PARIT BUNTAR, 12 Julai: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) mempersoalkan kewajaran polis mendedahkan kononnya kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan aman di ibu negara, Sabtu lepas.Payah betul la dengan puak-puak pembangkang ni. Bila dibagi makanan macam standard makanan lokap dikatakan macam nak bagi makan anjing, malah makanan anjing lagi elok. Bila di bagi makanan yang baik dikata jugak, makanan buffet macam pi makan kenduri orang kahwin pulak.
Beliau berkata, dikatakan sebanyak RM42,425 diperuntukkan untuk juadah bufet yang disediakan bagi menampung 1,697 individu ditahan.
Katanya, kenyataan tersebut dikatakan untuk menafikan dakwaan bahawa tahanan dilayan tanpa belas kasihan.
Dalam kenyataan itu juga Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bukan hanya makanan umpama kenduri kahwin, polis turut menyediakan tempat solat untuk tahanan beragama Islam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak. - Hrkh.
Memang payah la kaki bangkang ni, semua yang kerajaan buat depa tentu bangkang punya. Tapi nak buat macamana, memang macam tu la kerja pembangkang, memang standard. Akan bangkang apa saja.
Memang aku tak dinafikan sebenarnya bukan semuanya pembangkang ni bangkang. Ada jugak yang depa setuju, tapi takkan la pulak benda yang setuju tu akan jadi tajuk utama. Takat setuju sudah la. Dan tentunya dalam setuju tu mesti ada jugak yang masih boleh dibangkang.
Contohnya, macam jamuan buffet untuk tahanan BERSIH 2.0 tu, memang aku puji tindakan pihak berkuasa yang sediakan makanan 'mewah' macam tu. Memang padan sangat terutama kepada yang ditangkap selepas penat 'main polis sentry' dengan FRU yang lengkap dengan corta. Memang padan sangat makanan mewah tu untuk yang dah puas sebelum tu makan garam lepas teruk batuk dan sesak nafas akibat gas pemedih mata.
Tambah-tambah lagi la untuk yang sampai berdarah kena belasah dengan cota dan but FRU, memang patut sangat depa dapat rawatan segera, kalau ramai yang syahid macam allahyarham Baharuddin tu, lagi teruk imej polis jatuh.
Sepatutnya dari dulu lagi tahanan demonstrasi dapat 'layanan mewah' macam tu. Sebagai hero rakyat, memang depa layak dapat macam tu, peruntukan duit rakyat jugak.
Cumanya, aku agak simpati dengan anggota polis yang ditugaskan beraksi hari Sabtu lepas. Aku yakin makanan untuk depa tak semewah yang tahanan tu dapat. Taktau la depa akan marah kat sapa.
Nak marah kat tahanan tak patut sangat, pasai bukan depa mintak makanan semewah tu, malah mungkin depa dah bersedia untuk terima 'makanan anjing' macam Teresa Kok dapat dulu. Paling-paling pun depa akan marah kat Ambiga dan Mat Sabu yang sungguh-sungguh menjayakan himpunan tu.
Ataupun, tak mustahil ada jugak dari kalangan anggota polis tu yang marah kat Najib. Tapi setakat marah dalam hati saja la... "Tunggu la aku pencen nanti..."
Apa pun, menarik jugak kalau kita dibagitau berapa sebenarnya kos yang kerajaan terpaksa tanggung tu. Lagi menarik kalau depa bagitau sekali sapa yang dapat kontrak katering tu. Tentu punya ada berkait dengan seseorang.
Walaupun ramai di kalangan orang Umno yang tak puas hati dengan himpunan BERSIH Sabtu lepas, tapi bagi yang dapat durian runtuh macam kontrak katering tu, tentu dia berdoa moga-moga BERSIH 2.1 atau BERSIH 3.0 dibuat segera, ada peluang dia nak buat untung besar lagi.
Rugi macam jugak aku buat keputusan untuk tak kena tangkap Sabtu lepas. Kalau kena tangkap menarik jugak, dapat pengalaman kena tangkap, makanan pun sedap, layanan pun bagus. Apa sangat kalau setakat kena tahan beberapa jam. Bukan senang nak dapat peluang kena tangkap tambah-tambah pulak dengan layanan macam tu.
Cumanya jangan kena belasah dengan FRU dulu baru kena tangkap, tak sanggup aku bila tengok betapa bersungguh-sungguhnya FRU hayun cota sambil mulut tak henti-henti maki hamun, kalau dapat kat depa memang tak heran la kalau setakat berdarah kepala...