Showing posts with label Omar Abd Aziz. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011
Tuesday, July 12, 2011
Catatan Bersih Oleh Omar Abdul Aziz Bah 3
Berbalik kepada kumpulan kami, dalam samar-samar muncul pimpinan yang kami tungu-tungu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar). Baru lah semangat datang semula. Memang Ana perasan sejak dari awal pagi Ana tak Nampak langsung muka pimpinan. Sangkaan Ana semua pimpinan telah di tangkap. Allhamdulillah Allah telah pertemukan kami dengan seorang pemimpin yang boleh mambawa kami berjuang. Dengan pasukan FRU 100 meter di hadapan kami yang sudah sedia untuk belasah kami tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Kata Ustaz Mujahid dalam taklimat ringkas beliau Allah SWT telah turunkan tenteranya iaitu HUJAN dalam perjuangan kita, terdengar lah laungan Takbir beberapa kali. Kami bersyukur disebabkan hujan turun dengan lebat maka banyak angkatan FRU yang angkat kaki. Hanya beberapa belas orang sahaja yang ada di hadapan kami, Kami pun terus memulakan perhimpunan, berarak dengan kapisiti orang yang sudah mencecah puluhan ribu orang (Ana tak tau jumlah sebenar berapa, Ana agak sahaja) kami memulakan perarakan di jalan berhampiran Petaling Street. Maka bermulalah demonstrasi jalan dalam lingkungan jam 2.10 pm.
Disebabkan kumpulan kami mempunyai penunjuk arah yang mahir selok-belok jalan KL, di bantu pula oleh polis yang sudah menutup jalan, maka mudahlah kami bergerak dengan puluhan ribu orang tanpa ganguan kenderaan di jalan raya. Kami menyusuri jalan- jalan kampung, jalan-jalan desa yang Ana pun tak pasti jalan mana. Yang Ana ingat kami melalui Kg Pandan, Menara AM Bank, dan last di Dataran KLCC. Kumpulan kami tidak diganggu polis dan FRU disebabkan mereka sibuk berperang dengan kumpulan pertama yang mana kumpulan tersebut diketuai oleh pimpinan yang hebat seperti Dato Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi, Hj, Mat Sabu, Aabiga, Tian Chua dan ramai lagi. Kami adalah kumpulan kedua. Kami berarak tanpa sebarang ganguan. Joe Pg hanya sempat menyertai kumpulan tersebut sehingga jam 3.00 ptg sahaja. Beliau tidak mampu lagi disebabkan kakinya tarik mengkarung. Biasalah umur dah lanjut paham-paham ja lah. Ana meneruskan legasi perjuangan berseorangan di sebabkan telah berpecah dari awal. Selepas berpisah dengan Joe Pg Ana tidak mendapat berita lagi dari beliau. Kemuncak demonstrasi Bersih adalah di dataran KLCC iaitu sekitar jam 4.03 pm . Di sana terjumpa lah pemimpin muda iaitu Cikgu Bard, Dr Hatta, Ketua Pemuda Pas dan orang kanan Ambiga. Kami berkumpul dengan kekuatan ratusan ribu orang, dengan permulaan menyanyikan lagu Negaraku. Laungan Daulat Tuanku dan laungan Takbir. Bayangkanlah berapa jam kami jalan tanpa henti.
Ketika orang ramai mula duduk dalam keadaan tenang ketika mendengar pidato dari kesemua pimpinan, munculah abang kepala merah (FRU) sekitar jam 4.40 petang. Kami bertempiaran melarikan diri. Ketika Ana melarikan diri, beg Ana di rentap dari belakang sempat lagi Ana meloloskan diri. Ketika itulah Ana dapat rasakan sesuatu di belakang Ana. Rupanya Ana ditembak dari belakang dengan Gas Pemedih mata. Ana hampir jatuh, Ana lari kearah utara dataran dan Ana ditembak kali kedua. Tetapi nyaris terkena, mata Ana pedih seakan terkena cabai (Cili){Cibai sungguh depa yg arah/tembak tembak cabai tuh- Joe}. Ana gunakan garam untuk pulihkan semula. Alhamdulillah beransur hilang kesan cabai tersebut. Apabila Ana buka mata Ana, Ana Nampak beberapa orang aktivis seperti Ana terbaring atas jalan dengan tangan di ikat kabel plasticdi belasah oleh FRU tanpa belas kasihan. Betul kata ustaz Sharir Long, sejahat-jahat manusia ialah manusia yang bernama abang kepala merah. Tanpa belas kasihan Ana nampak ramai pemuda yang dibelasah tanpa belas kasihan. Ana pun kena bantai jugak di belakang tapi sempat lagi lari, memang kena bantai nie Ana ingat sampai mati. Belum sempat Ana bangun Ana dengar suara lantang “jangan lari”, tanpa menoleh Ana teruskan lari ke arah satu bangunan yang Ana tidak tahu bangunan apa. Belum sempat larian 100 meter berpagar Ana habiskan. Ana ditembak dengan Gas Pemedih mata kali yang ketiga dan ketika Ana mengelak dengan asap gas tersebut, Ana bertembung dengan seorang aktivis dan Ana terjatuh melambung di sebelah kon penutup jalan seperti kita lihat yang selalu di gunakan oleh JKR. Mata Ana pedih untuk kali yang ke 3, sempat lagi Ana makan garam untuk menutrel kan semula penglihatan Ana. Ana bingkas bangun, dalam fikiran Ana terbayang lah wajah Anak Ana, Wajah Isteri Ana dan wajah parent Ana. Tidap dapat dibayangkan jika Ana tertangkap bagaimana. Bermacam-macam yang terfikir dalam kotak pemikiran Ana. Dalam keadaan seperti di medan peperangan, Ana sekali lagi lari menyelamatkan diri. Kali ini Ana tekad lari ke arah Dataran dan Ana berjaya panjat salah satu tembok batu tersebut. Tummm, terdengar bunyi tembakan dan tembakan ke 4 betul-betul di depan muka Ana. Bahang gas dirasai kali yang ke 4. Ana lompat dan terjun ke jalan dan meyelamatkan diri. Ketika hampir pasti polis tidak mengejar Ana, Ana ternampak seorang kakak yang terjatuh di bersebelahan Ana. Cepat-cepat Ana tarik anak kecilnya dan terus mendukung berlari mambawa anak tersebut ke arah satu restoran bersebelahan pondok jaga. Ana dengan pantas dapat melompat dan melintasi longkang yang besar. Ana pun tak pasti bagaima Ana lompat dengan jarak longkang yang agak luas.{karamah tok wali kot? - Joe} Mungkin ini bantuan Allah SWT. Sempat juga Ana mengucapkan syukur kerana Ana tidak ditangkap. Kakak tadi datang melalui jalan yang jauh (jalan belakang) untuk mengambil anaknya semula. Ana rasa anak kakak tue baya anak Ana 3-5 tahun. Ana berpesan kepada akak tersebut supaya pesan makanan dan jangan pergi selagi FRU ada. Ana meninggalkan dua beranak tersebut dan terus ke belakang restoran.
Di belakang restoran Ana menghilangkan lelah, bersihkan diri dari siraman air asid, dan salin baju lain agar Ana tidak dapat dikesan. Hampir 15 minit berlalu Ana tabahkan hati untuk keluar dari tempat persembunyian Ana. Ana memandang sekitar kawasan tersebut masih ramai polis yang masih mencari aktivis perjuangan seperti kami. Ana rasakan seperti Ana dah lakukan rompakan besar dan polis sedang buru Ana. Itulah perasaan yang Ana rasakan, Bagaimanakah anda rasa jika Anda di tempat Ana. Ana bergerak seorang diri dalam keadaan berpura-pura tenang, supaya polis tak dapat cam Ana. Ana teruskan destinasi ke gedang I-Setan, dikuncinya pula semua pintu gedung membeli belah I- Setan. {Setan sungguh depa nih - Joe}Hah sudah bentak Ana. Ana bergegas pula ke LRT di atas. 10 orang polis menunggu di situ dan tak benarkan semua orang menaiki LRT sehingga waktu yang ditetapkan. Ana rasakan Ana terkepung dan tidak boleh keluar lagi. Ketika itu terfikir dalam hati ini untuk bertanyakan kepada seorang hamba Allah yang memegang Helmet. Dah tentu dia orang tempatan sebab naik motosikal. Rupanya lelaki tadi adalah student UM. Student tersebut mengatakan Ana perlu berjalan 6 km untuk keluar dari kawasan kepungan ini. Ana ikut jalan dan penunjuk seperti yang telah diberitahu student tersebut. Penat berjalan hampir 40 minit, Ana sampai di Menara Standard Charted. Terus Ana ambik teksi bermeter dan berjumpa dengan Siper Fisabilillah di jalan Brickfield. Tambang jangan cakap la, RM 22.80. Ranap duit Ana.{Takpa beb. Perjuangan! - Joe}
Ana bertemu Siper Fisabilillah dalam lingkungan jam 6.02 ptg. Di Brickfield, Ana, Siper Fisabilillah dan birasnya naik teksi dan terus ke Masjid Wilayah. Kami semua berkumpul di sana. Walaupun letih masing-masing berasa gembira dapat menyertai perhimpunan Bersih 2.0 ini. Ada antara kumpulan kami ditangkap dan dilepaskan semula jam 8.00 mlm. Ada juga berita yang mengatakan sahabat kami Samad Mamat ditangkap sebelum berjuang. Ana pun tak tahu nasib beliau macamana. Jumlah yang ditangkap hanya 3 orang. Kami semua mendapat berita tentang kematian saudara Baharuddin yang sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata berlebihan. AL-Fatihah kita sedekahkan kepada beliau. Moga beliau ditempatkan pada para shuhada. Amat bangga diri ini dapat merasakan satu pengalaman yang tidak ternilai dalam hidup ini. Kami solat Isyak dan jamak solat Maghrib di sini dan bertolak ke hentian Jalan Duta jam 10.30 pm. Rugilah kepada pejuang di luar sana tidak dapat hadir di sini. Pengalaman memang best sangat-sangat. Bertolak balik jam 11.15 mlm. Kami tiba di stesen bas PB jam 3.25 pagi.
Terima kasih pada sahabat kerana sudi menelefon bertanya khabar dan jangan marah kalau tak diangkat atas sebab hidup umpama pelarian di bumi KL ini. Antar sahabat yang sempat call Ana adalah Hj. Latiff, Kak Zah, Mahyuddin dan ramai lagi. Kenapakah kami sanggup menyertai perhimpunan ini ? Antara 8 Tuntutan Bersih 2.0 Adalah :
- BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
- Reformasikan Undi Pos
- Gunakan Dakwat Kekal
- Akses Media Yang Bebas & Adil
- Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
- Kukuhkan Institusi Awam
- Hentikan Rasuah
- Hentikan Politik Kotor
Dalam tuntutan Bersih tidak pun menyebut untuk mengubal Hak Keistimewaan Melayu, Tidak pula menyebut untuk menghapuskan hak imuniti Raja-raja melayu dan juga tidak menyebut untuk tukarkan Agama rasmi Agama Islam kepada Agama Lain. Kesimpulan disini adalah hanya menuntut pilihanraya yang bersih dan adil kepada semua parti dan dituju khas kepada SPR. Persoalannya mengapa UMNO pula yang melatah dan paling kuat membantah dengan 8 tuntutan Bersih ini. Mari kita berfikir sejenak.
Dalam erti kata lain salahkah kami menyertai perjuangan ini.
Berdosakah kami
- menegakkan hukum Allah di bumi Malaysia ini?
- menentang arak diharamkan di Malaysia?
- menentang Judi diharamkan di Malaysia?
- mahukan pemimpin yang amanah?
- menentang kerajaan yang zalim?
- mahukan Agama Islam yang Hakiki di Malaysia?
- menentang Rasuah di Malaysia?
Penulis yang membahasakan Ana di dalam artikel di atas adalah Omar Abdul Aziz (Nama Di Facebook)

Labels:
Catatan Demo,
Omar Abd Aziz,
Ulasan
Catatan Bersih Oleh Omar Abdul Aziz Bah 2
![]() |
| Inilah polis yang hampir-hampir menangkap kami di Masjid Negara |
![]() |
| Penangkapan dibuat di dalam pekarangan stesen KTM |
Bermulalah dari sini Ana dan Joe Pg terus beredar dari KTM dan kami membuat keputusan akan ke Berjaya Time Square untuk habiskan masa di sana. Kami hanya berdua berjalan kaki ke sana hampir 10 km dengan ditemani secebis semangat yang ada. Dalam perjalanan Ana sempat lihat berpuluh-puluh trak FRU di kiri dan kanan. FRU tersebut memerhati kami dari jauh. Ana harapkan semoga kami tidak di tangkap ketika dalam perjalanan. Kami tiba di Berjaya Time Squre jam 12.13 pm. Alhamdulillah, kami berdua sempat sampai kesana dengan selamat. Kami membeli tiket wayang Transformer untuk memujuk hati ini supaya tenang dan tenteram agar dapat melupakan Abang Kepala Merah buat seketika. Terfikir dalam hati ini habis menonton wayang akan terus bergegas ke Stadium Merdeka.
Tentu korang hairan kenapa kami membeli tiket wayang sedangkan matlamat asal adalah Perhimpunan Bersih 2.0? Kami membuat keputusan untuk menonton wayang disebabkan keadaan yang agak tidak menentu. Jika kami berkeliaran di luar sana besar kemungkinan kami akan ditangkap. Ditangkap sebelum berjuang adalah satu pekara yang tidak diinginkan oleh pejuang seperti kami. Jika ditakdirkan ditangkap, biarlah ditangkap ketika berjuang bukan ditangkap sebelum berjuang. Polis berkeliaran di merata tempat. Ana dan Joe Pg bukanlah orang tempatan yang mahir selok-belok Bandar KL ini. Kami telah pun terpisah dari kumpulan asal. Kami tidak tahu lagi kemana yang harus kami tuju. Berjaya Time Square adalah tempat yang kami rasa selamat buat sementara waktu. Terasa menjadi pelarian di Negara sendiri. Ketika kami tidak keruan serta dalam keadaan tertekan, taktala mendapat berita masih ada kes tangkapan dibuat, ketika semangat kami hampir lemah serta perasaan bercampur dengan takut, atas sebab itulah kami membuat keputusan untuk berada di Plaza Berjaya Time Square. Sebenarnya berat juga hati ini untuk masuk ke pawagam, akan tetapi memandangkan kami perlu tunggu hampir 2 jam lagi, dengan hati yang berat terpaksa lah juga.
Jam telah menandakan waktu tayangan hampir tiba. Kami lihat waktu ketika itu tepat jam 12.17 pm (09.07.2011). Tayangan bermula jam 12.30 pm. Ketika mana kami dalam keadaan gelisah menuju ke dewan tanyangan, telefon bimbit Ana berbunyi. Ketika itu Ana telah mendapat panggilan dari sahabat baik Ana Siper Fisabilillah yang mengatakan perhimpunan (kumpulan perhimpunan pertama) sudah pun bermula. Difahamkan keadaan di sana meriah dan juga sudah ada tembakan gas pemedih mata dan semburan air asid. Bermula di kawasan Pejabat Pos Besar betul-betul di bangunan besar Daya Bumi. Ketika itulah datangnya semangat entah dari mana, terasa seperti mati hidup kembali. Tanpa sebarang alasan kami terus membatalkan niat kami untuk menonton wayang. Kami terus bergegas meunuju ke bangunan Daya Bumi dengan semangat yang berkobar-kobar. Ana dan Joe Pg pun hairan mana datangnya semangat ini.
Ketika dalam perjalanan ke sana kami bertembung dengan aktivis yang datang dari
Nantikan sambungan seterusnya.
Penulis yang membahasakan Ana di dalam artikel di atas adalah Omar Abdul Aziz (Nama Di Facebook)
Labels:
Catatan Demo,
Omar Abd Aziz,
Ulasan
Catatan Bersih Oleh Omar Abdul Aziz Bah 1
Nota : Pengalaman ini ditulis oleh kawan saya iaitu Omar Abdul Aziz
Pengalaman Bersih 2.0. Mengajar Erti Perjuangan Sebenar.......
Walaupun entry ini disiapkan lewat pada asalnya disebabkan oleh kerja yang bertimbun dan masa yang agak terhad, tapi rasanya masih tak terlewat untuk di kongsi pengalaman menarik ini.
Perhimpunan Bersih 2.0 adalah satu perhimpunan haram kata sepupu PM. Memanglah haram sebab Bersih tidak pernah berdaftar dengan mana persatuan pun. Kelakar juga menteri-menteri bangang nie. Mufti hanya berdiam diri, bab arak dan judi tak pulak mengatakan haram. Lantak lah, janji Ana dah bertekad akan turun bersama sahabat untuk sama-sama memperjuangkan 8 tuntutan tersebut. Seminggu sebelum Ana berangkat ke sana, macam-macam ugutan dari pihak kerajaan antaranya menahan individu yang terlibat di bawah akta darurat, saper kerja gomen akan dibuang kerja dan berbagai-bagai ugutan di media arus perdana. Ana tekad akan turun juga kecuali jika tidak dengan keizinan Allah SWT. Sebelum Ana ke sana, Ana telah berpesan kepada isteri Ana, jika Abang di tangkap di ISA atau pergi buat selama-lamanya, baliklah kampung, jagalah anak-anak sebaik-baiknya, terapkan ilmu agama kepada anak-anak dan paling penting jangan tinggal sembahyang fardhu lima waktu. Jika di takdirkan dibuang kerja, buat bisnes Steam Boat macam Abby buat. Jangan mara Abby, rezeki di mana-mana. Itulah pesan Ana kepada Wife dan parent Ana. Hidup ini hanya sementara, yang kekal hanyalah kehidupan di sana kelak.
Tanggal pada 8hb .07.2011 jam 9.30 malam kenapa hati ini berdebar-debar untuk bersiap-siap. Ana siapkan diri Ana. 9.45 mlm bertolak dengan menaiki Kereta Wira Ana. Dalam perjalanan sempat menelefon Ibu Ana yang Ana sayangi dan Aina dikasihi. Ana memohon restu dari Ibunda Ana, doakan Ana selamat pergi dan balik. Jika Ana tidak pulang jagalah Aina (Isteri Ana) sebaik mungkin. Itulah pesanan terakhir . Ana tumpangkan sahabat Ana iaitu Siper Fisabilillah dan Birasnya. Dari rumah Siper Fisabilillah, Ana terus ke Rumah Abg G(Ust Fakrulrazi - Ketua Penerangan PAS Kawasan) . Hati mana yang tenang apabila meninggalkan isteri dan anak? Dalam keadaan isteri sarat 7 bulan, hanya secebis doa yang dapat Ana pohonkan. Semoga Allah SWT dapat memberkati pemergian kami . Di rumah Abg G kami berkumpul dan tergambar lah satu semangat baru dari kami yang mana datang nya dari pejuang sejati antaranya Ustaz Jafri Abu Bakar, Abg G, Abby, Al Tunggali, Sahabat baik ana Joe Pg, Siper Fisabilillah, Iman muda dari masjid Ptg Janggus, Ana tak ingat nama imam tue dan ramai lagi. Nak sebut ramai sangat sampai 62 Pejuang semuanya termasuk pelajar postgrad. Kami di tarbiyah di Surau Mujahideen, mana boleh tunggu lagi bila datangnya panggilan jihad. Ini semua hasil tarbiyah kuliah oleh sapa lagi kalau bukan Abg G. Terima kasih Abg G, moga Allah limpahkan rahmatnya kepada Abg G sekeluarga.
Hampir jam 11mlm 8hb.07.2011 kami bergegas ke stesen bas Parit Buntar. Kesemua 4 biji kereta jugak kesana. Setiba di sana kami berkumpul sehingga 62 orang semuanya, 2 biji bas. Ramai SB di sana, tapi apa peduli, nak tangkap-tangkap la bentak dalam hati ini. Semangat ramai nak takut apa. Allah SWT ada. Ini semua semangat yang ditinggalkan oleh AS- Shahid Ustaz Ibrahim Libya, tarbiyah Tok-tok guru dan ustaz kepada kami.
Bertolak dari Parit Buntar Jam 12.30 mlm (09.07.2011) dapat berita kena langgar banyak road block sebab tue la lambat. Di atas bas sebelum perjalanan sempat juga Abg G member sedikit taklimat ringkas dan membaca Doa, moga perjuangan ini diberkati Allah SWT. Sampai di Hentian Jalan Duta lebih kurang jam 5.30 pagi 09hb 07.2011 (tarikh keramat). Sahabat Ana Joe Pg silap beli tiket, naik bas lain. Ana pun tak tau camna dia boleh silap beli tiket. Pecah perut Ana nak tergelak. Tranasional dan Mara Linear sikit punya beza ka. Lain la kalau Royalti dan Ehsan, Nampak lebih kurang tapi maksud memang berbeza. Siap ambik tiket balik jam 5.30 ptg 9hb 07.2011. Camna boleh silap pun Ana tak tau. Sampai Ana buat entry nie pun dok gelak lagi sorang-sorang. Joe Pg oh Joe Pg. {Kutuk aku ye. Cis!- Joe}
Kami terus solat subuh berjemaah di Masjid Jalan Duta(Wilayah). Selesai solat Ana perasan betapa ramai orang dari segenap negeri datang dengan tujuan dan matlamat yang sama. Ada dalam lingkungan 200 orang berkumpul di Masjid Wilayah. Dari Masjid Wilayah kami terus ke Brickfield dengan menaiki teksi dengan bayaran RM 20/4 orang/kereta. Paham-paham sendiri la sorang kena caj baper, Ini KL
Setibanya di Brickfield kami menjamah apa yang patut disitu, Ana sempat balun nasi lemak mamak, pedas cam nak perli kami jer mamak, Sahabat Ana perasan yang ada sorang mamak tue muka cam Siva speaker Dun Perak. Betul la Ana cakap. Kalau korang tak percaya try ler pergi makan kat sana. Makan line clear ada orang sponsor. Makan di KL jangan buat main, silap-silap kena basuh pinggan kat belakang. Terima kasih diucapkan kepada yang sponser kami makan pada pagi tue. Nie bukan rasuah macam BN, nie kira kenduri.
Inilah Berkat Tarbiyah Tok Guru & Ustaz-ustaz.
Habis menketedarah pada pagi itu kami berjalan kaki terus ke Masjid Negara dan tiba sekitar jam 7.30 pagi. Waktu tepat tak ingat, agak-agak ja la. Kami berjalan hampir 6 km dari kedai mamak. Ketika dalam perjalanan sungguh ramai abg polis di serata jalan. Ada kenderaan yang terserempak dengan kumpulan kami ketika berjalan, ada yang melaungkan takbir. Fuh sungguh semangat hati ini. Tapi apa nak buat polis lebih ramai dari kami.
Setibanya kami di Masjid Negara kami sempat bersihkan diri, mandi, niat beriktikaf, solat dhuha, mengaji dan ada juga yang sempat melelapkan mata buat seketika. Bermulalah episod hidup dalam pelarian dalam pekan KL di sini. Dalam keadaan tenang dan nyaman, ketika mana Ana sedang membaca Surah Yassin, tiba-tiba kami dikejutkan dengan serbuan pihak polis di dalam Masjid Negara, Ana yang ketika itu sedang membaca Surah Yassin, Ana gagahkan jua untuk menghabisnya. Abg G dan Abby yang terlena tidak berapa jauh dari Ana terkejut serta terjaga dari tidur. Dalam keadaan yang kelam-kelibut, terdengar lah saranan dari sorang pejuang yang mengatakan “kita solat hajat ramai-ramai”. Itulah kelebihan jemaah PAS, sempat lagi berfikir. Kami semua terus bingkas bangun untuk solat Hajat walaupun Ana tidak sempat habis membaca Surah Yassin. Ketika kami sedang solat Hajat, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa cemas nya hati ini, solat hajat di kelilingi puluhan polis. Memang kami semua sembahyang tidak dalam keadaan khusyuk di sebabkan terdengar dari Walkie Talkie polis dengan jelas “Sesiapa yang berada di dalam Masjid Negara, tangkap mereka”. Dalam hati ini berbisik sayu, Ya Allah, selamatkanlah kami ini, permudahkanlah urusan kami hari ini, jika mati, biarlah mati dalam memperjuangkan agama mu, kalau ditangkap, biarlah ditangkap dalam redha mu, Ya Allah. Terfikir juga dalam fikiran ini, ini baru sikit dugaan, umat Islam di PALESTIN lebih berat dugaan dari ini. Datang lah sedikit semangat selepas terfikir sejenak. Paling best part ini imam yang megimamkan kami membaca doa hampir ½ jam. Polis Juga turut amin doa yang dibacakan imam tersebut, Ana kurang kenal imam tersebut. Sahabat Ana cakap iman tersebut datang dari pimpinan PAS Negeri Perak yang datang bersama anak muridnya. Hati Ana terus berdegup kencang, mana taknya, hampir ditangkap sebelum berjuang. Tak dapat dibayangkan solat hajat berjemaah dalam keadaan dikepung oleh Polis, SB dan FRU. Hanya tuhan yang tahu perasaan ini. Selesai solat kami di arahkan besurai. Alhamdulillah, mungkin ketua polis yang berada di situ berubah fikiran selapas mendengar doa yang di baca imam tadi walaupun arahan menahan kami dikeluarkan. Amin, syukur diri ini dan rakan-rakan masih boleh pergi berjuang. Kami meninggalkan masjid negara dalam linkungan jam 9.00 pagi 09.07.2011.
Nantikan sambungan seterusnya. Panjang la beb. Nak edit gambar dan ayatnya pun ambil masa. Pergh!
Penulis yang membahasakan Ana di dalam artikel di atas adalah Omar Abdul Aziz (Nama Di Facebook)
Pengalaman Bersih 2.0. Mengajar Erti Perjuangan Sebenar.......
Walaupun entry ini disiapkan lewat pada asalnya disebabkan oleh kerja yang bertimbun dan masa yang agak terhad, tapi rasanya masih tak terlewat untuk di kongsi pengalaman menarik ini.
Perhimpunan Bersih 2.0 adalah satu perhimpunan haram kata sepupu PM. Memanglah haram sebab Bersih tidak pernah berdaftar dengan mana persatuan pun. Kelakar juga menteri-menteri bangang nie. Mufti hanya berdiam diri, bab arak dan judi tak pulak mengatakan haram. Lantak lah, janji Ana dah bertekad akan turun bersama sahabat untuk sama-sama memperjuangkan 8 tuntutan tersebut. Seminggu sebelum Ana berangkat ke sana, macam-macam ugutan dari pihak kerajaan antaranya menahan individu yang terlibat di bawah akta darurat, saper kerja gomen akan dibuang kerja dan berbagai-bagai ugutan di media arus perdana. Ana tekad akan turun juga
Tanggal pada 8hb .07.2011 jam 9.30 malam kenapa hati ini berdebar-debar untuk bersiap-siap. Ana siapkan diri Ana. 9.45 mlm bertolak dengan menaiki Kereta Wira Ana. Dalam perjalanan sempat menelefon Ibu Ana yang Ana sayangi dan Aina dikasihi. Ana memohon restu dari Ibunda Ana, doakan Ana selamat pergi dan balik. Jika Ana tidak pulang jagalah Aina (Isteri Ana) sebaik mungkin. Itulah pesanan terakhir .
![]() |
| Tiket pergi dan balik, Highlight hijau adalah tiket balik. |
Bertolak dari Parit Buntar Jam 12.30 mlm (09.07.2011) dapat berita kena langgar banyak road block sebab tue la lambat. Di atas bas sebelum perjalanan sempat juga Abg G member sedikit taklimat ringkas dan membaca Doa, moga perjuangan ini diberkati Allah SWT. Sampai di Hentian Jalan Duta lebih kurang jam 5.30 pagi 09hb 07.2011 (tarikh keramat). Sahabat Ana Joe Pg silap beli tiket, naik bas lain. Ana pun tak tau camna dia boleh silap beli tiket. Pecah perut Ana nak tergelak. Tranasional dan Mara Linear sikit punya beza ka. Lain la kalau Royalti dan Ehsan, Nampak lebih kurang tapi maksud memang berbeza. Siap ambik tiket balik jam 5.30 ptg 9hb 07.2011. Camna boleh silap pun Ana tak tau. Sampai Ana buat entry nie pun dok gelak lagi sorang-sorang. Joe Pg oh Joe Pg. {Kutuk aku ye. Cis!- Joe}
Kami terus solat subuh berjemaah di Masjid Jalan Duta(Wilayah). Selesai solat Ana perasan betapa ramai orang dari segenap negeri datang dengan tujuan dan matlamat yang sama. Ada dalam lingkungan 200 orang berkumpul di Masjid Wilayah. Dari Masjid Wilayah kami terus ke Brickfield dengan menaiki teksi dengan bayaran RM 20/4 orang/kereta. Paham-paham sendiri la sorang kena caj baper, Ini KL
Setibanya di Brickfield kami menjamah apa yang patut disitu, Ana sempat balun nasi lemak mamak, pedas cam nak perli kami jer mamak, Sahabat Ana perasan yang ada sorang mamak tue muka cam Siva speaker Dun Perak. Betul la Ana cakap. Kalau korang tak percaya try ler pergi makan kat sana. Makan line clear ada orang sponsor. Makan di KL jangan buat main, silap-silap kena basuh pinggan kat belakang. Terima kasih diucapkan kepada yang sponser kami makan pada pagi tue. Nie bukan rasuah macam BN, nie kira kenduri.
![]() |
| Inilah Pejuang-pejuang Islam yang rela Shahid,Anda ada berani. |
Habis menketedarah pada pagi itu kami berjalan kaki terus ke Masjid Negara dan tiba sekitar jam 7.30 pagi. Waktu tepat tak ingat, agak-agak ja la. Kami berjalan hampir 6 km dari kedai mamak. Ketika dalam perjalanan sungguh ramai abg polis di serata jalan. Ada kenderaan yang terserempak dengan kumpulan kami ketika berjalan, ada yang melaungkan takbir. Fuh sungguh semangat hati ini. Tapi apa nak buat polis lebih ramai dari kami.
Setibanya kami di Masjid Negara kami sempat bersihkan diri, mandi, niat beriktikaf, solat dhuha, mengaji dan ada juga yang sempat melelapkan mata buat seketika. Bermulalah episod hidup dalam pelarian dalam pekan KL di sini. Dalam keadaan tenang dan nyaman, ketika mana Ana sedang membaca Surah Yassin, tiba-tiba kami dikejutkan dengan serbuan pihak polis di dalam Masjid Negara, Ana yang ketika itu sedang membaca Surah Yassin, Ana gagahkan jua untuk menghabisnya. Abg G dan Abby yang terlena tidak berapa jauh dari Ana terkejut serta terjaga dari tidur. Dalam keadaan yang kelam-kelibut, terdengar lah saranan dari sorang pejuang yang mengatakan “kita solat hajat ramai-ramai”. Itulah kelebihan jemaah PAS, sempat lagi berfikir. Kami semua terus bingkas bangun untuk solat Hajat walaupun Ana tidak sempat habis membaca Surah Yassin. Ketika kami sedang solat Hajat, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa cemas nya hati ini, solat hajat di kelilingi puluhan polis. Memang kami semua sembahyang tidak dalam keadaan khusyuk di sebabkan terdengar dari Walkie Talkie polis dengan jelas “Sesiapa yang berada di dalam Masjid Negara, tangkap mereka”. Dalam hati ini berbisik sayu, Ya Allah, selamatkanlah kami ini, permudahkanlah urusan kami hari ini, jika mati, biarlah mati dalam memperjuangkan agama mu, kalau ditangkap, biarlah ditangkap dalam redha mu, Ya Allah. Terfikir juga dalam fikiran ini, ini baru sikit dugaan, umat Islam di PALESTIN lebih berat dugaan dari ini. Datang lah sedikit semangat selepas terfikir sejenak. Paling best part ini imam yang megimamkan kami membaca doa hampir ½ jam. Polis Juga turut amin doa yang dibacakan imam tersebut, Ana kurang kenal imam tersebut. Sahabat Ana cakap iman tersebut datang dari pimpinan PAS Negeri Perak yang datang bersama anak muridnya. Hati Ana terus berdegup kencang, mana taknya, hampir ditangkap sebelum berjuang. Tak dapat dibayangkan solat hajat berjemaah dalam keadaan dikepung oleh Polis, SB dan FRU. Hanya tuhan yang tahu perasaan ini. Selesai solat kami di arahkan besurai. Alhamdulillah, mungkin ketua polis yang berada di situ berubah fikiran selapas mendengar doa yang di baca imam tadi walaupun arahan menahan kami dikeluarkan. Amin, syukur diri ini dan rakan-rakan masih boleh pergi berjuang. Kami meninggalkan masjid negara dalam linkungan jam 9.00 pagi 09.07.2011.
Nantikan sambungan seterusnya. Panjang la beb. Nak edit gambar dan ayatnya pun ambil masa. Pergh!
Penulis yang membahasakan Ana di dalam artikel di atas adalah Omar Abdul Aziz (Nama Di Facebook)
Labels:
Catatan Demo,
Omar Abd Aziz,
Ulasan
Subscribe to:
Posts (Atom)