expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Catatan Demo. Show all posts
Showing posts with label Catatan Demo. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

(Stuck in the Tunnel) : Diselamat si warga iran. (part 2)

The rally were goes on, people are been faktub, we has been lied, especially me, i dont expected they are shooting in the tunnel and let us trap inside that hell tunnel. This time i continue run, after suffered, and after i see a pakcik@brother has been kick at his stomach as he dont have any kudrat anymore and merangkak. Yap, we have been chased, macam pergi sekolah, masuk padang tempat anjing tido, and been chased, have u ever feel that? but this time it is even worse, we are breathless, even Pak Samad cool mention

" Compare to PPSMI, this time smoke they use are even SUGARY"


Continue from first part
Aku paut pada dinding, disebalik gelap itu, aku terdengar jeritan sayup orang meminta pertolongan. Ada yang meratap
Ya Allah Pedihnya
Ya Allah Selamatkan lah kami
Tiada yang mampu untuk berjalan, kerana ketika itu, group aku adalah yang dihadapan, yang paling teruk merenangi aroma amonia belerang itu. Tengik dan busuk, makan salutan mata, it is worse,  for sure. 
How s about her?nurul hana? then my mom just cross my mind, 
'mom, please pray for your son.', 


i know we are in debt of oxygen, no advance of oxygen. We have to pay for oxygen, the payment is by taking a deep breath but take also the pieces arome of amonia.a toxic. Our bodies were burn faster, we are loosing earlier coz take  the risk of that emergence gasp. I know i shouldn't breath anymore. It was Inhumane. Believe me.- Panglima muda Ahmad Chin @ AnakMudaDiary.


Apabila aku lihat keaadaan reda, aku rasakan, asap amonia dan belerang itu sudah bersebati, kesannya masih ada, dan ianya tidak menjadi semakin teruk kerana, aku memang sudah teruk dan merasakan malaikat maut sedang bermain di ibu jari kaki. Kalau aku terlelap, aku pasti, pengsan/mati. So, nak tak nak, gagahkan mata, buka buka buka dan terus buka. Sangat teruk, aku dah tak mampu berdiri, ini kali pertama hiduan asap ini menusuk, aku rebah dalam merangkak. Nurul Hana dan Wan Azizah hilang di pandangan, bedebah! i can't stare at you anymore hanah. At that time, aku telah dipaut dan dibawa ke sebelah, kawasan private construction.


Aku mula segar tapi perit mata masih terasa, hiduan oksigen seakan nikmat yang sangat besar buat aku, Aku mengikut mamat ini, 'Come, 'follow me', aku tak tau macam mana dia boleh bawak aku, dia mata tengah merah lagi. Sampai ke surau mini, ada paip, bersyukur, pergghhhhh, aku happy gila kot, aku mendekati paip,


'Hey bro, dont use that, come over me, u got a light?
Dia bawak keluar tissue dan bakar, dia halakan asap itu kemuka dia, yah, he is getting better, nie teknik magik marang kerapu mana dibikin nie, aku takut untuk mencuba entah tissue ilmu hitam kot, tapi aku tak pedulik, aku tak tahan, aku terus hidu asap tisu terbakar tu, halakan ke arah mata aku, yah, seriusly, aku rasa macam nikmat mata baru aku dapat, dada aku bertambah baik. Macam popeye baru dapat spinach. Macam rakyat dijanji dengan projek itu ini untuk mengundi sesebuah parti, segar dan aku rasa tenaga kembali. 
'Hey bro, come here, have a picture with me', aku cakap
'okay,'dia balas
'How u know all this technic
Dia bagi tau,
"i'm used to it while we were in iran. We have family and a girl whose been raped by the police. We have brothers who been beaten by policeman. We are used to demo!

Dia bagi tips lagi, waktu berdemo, jika berdekatan dengan paip air jangan guna air paip berdekatan, its maybe been asid or poison, sebab bomba pon guna air dari paip itu jugak untuk buat water canon yang dikatakan berasid.

'Thx bro', aku hadiahkan dia sebatang rokok dunhill, sebab dia mintak.


We are moving, dan aku nampak banyak lagi demonstran yang diselamatkan warga construction. Pekerja bangla yang aku tak pasti ada permit ke tak bawa demonstran kat dalam kawasan construction supaya dapat hirup angin. Damn! i miss her! dia selamat tak? dia kene tangkap polis ke? 
SUCKthenly, got a news, anwar ibrahim and whole family been caught@arrested. Pak Samad yang cool hilang, aku teringin lihat dia berpuisi di dalam tunnel, puisi unggun api dan ludah warna, membakar jiwa, jiwa anakmuda. Aku pasti!!!


Aku tak bertanya nama warga iran itu, aku terlupa. Maafkan aku, aku hanya ada sekeping gambar ini dengan dia sebagai bukti cerita ini. Ini bukan cerita rekaan. Ramai tidak percaya, bila aku pulang, aku bercerita tanpa emosi, jadi ramai sangka ianya tipu. Tapi inilah kenyataan, aku senyap dan tidak banyak berkata, sekarang hidung aku pun rasa terkesan dengan asap tu. Aku rasa pedih. Anda takkan mempercayainya, selagi anda tak bersama, jika anda benci bersih sekalipon, tapi rasailah penderitaan jiwa demonstran. Stuck In the Tunnel. Itu tajuk yang terbaik aku boleh bagi. Aku rasai, aku hayati, aku dengar, tanyalah batu batu itu jika mereka boleh berkata2, tanyalah jalan tar, andai dia mampu bangun, pasti jalan tar tue menutupi pandangan si pemegang pistol. Tanyalah bilik yang sempit, pasti ia akan perluas sendiri jika ia hidup dan simpati akan golongan demonstran ketika itu. 


-The End-

p/s : Keseraman, kengerian, kesusahan, penderitaan inilah kehidupan si miskin diperintah bangsawan - Bong Samad Said



Sekian

AnakMudaDiary @ P.m.A.c

BERSIH 2.0 Part III

"Mam, ok ke parkir kereta sebelah SMK Cochrane Perdana tu?" Aku bertanya kepada Dhamam sambil memusingkan sedikit kepalaku ke belakang. Jika mengikut perancangan asal, kereta akan diparking di perkarangan Masjid Jamek Alam Shah, namun bilamana kami dimaklumkan pihak polis membuat tinjauan setiap masjid di ibukota membuatkan kami membatalkan perancangan asal itu.

"Inshaallah selamat. Tawakal je bro." Dhamam membalas sambil tersenyum, lantas beliau mengeluarkan DSLR Nikon D90 dari beg galas. Sudah menjadi kebiasaan Dhamam, kemana sahaja beliau pergi, sudah pasti dibawa kamera kesayangannya itu. Minat beliau ini bermula sejak Pilihanraya Kecil Dun Tenang yang lepas. Banyak gambar yang beliau tangkap ketika itu menjadi sebaran rakan-rakan blogger dan rakan-rakan facebook. Terutama gambar Cikgu Mala dan suami yang meredah banjir beramah mesra dengan pengundi. Dan hari ini pula, kamera itu bakal menjadi saksi kisah perjalananku.

Jalan Cochrane menuju ke Jalan Tun Razak


Laluan kiri disebelahku lengang. Namun berbeza pula di laluan yang berasingan. Sesak dengan kenderaan. Masing-masing membunyikan hon. Di lampu isyarat pula kenderaan seolah-olah tidak bergerak. Bertembung dari setiap simpang. Maklumlah simpang empat untuk memasuki Jalan Pasar telah ditutup oleh pihak polis. Bahana polis menutup jalan, akhirnya menyusahkan pihak polis trafik pula yang terpaksa membantu kelancaran lalulintas.

Aku cuma memerhatikan gelagat pemandu. Ada juga satu dua kereta yang tidak sanggup menempuh kesesakan kenderaan di jalanraya, nekad melakukan pusingan-u walaupun disebelah mereka adanya penghadang jalan yang agak tinggi juga.

Kami terus berjalan sehingga berhenti sebentar di Stesen Minyak Petronas yang letaknya di sebelah kanan simpang empat jalan.

Perbincangan


"Macam mana, nak tunggu team lain sampai dulu ke?" Soal aku kepada Dhamam. Dhamam yang diamanahkan menjadi Amir (ketua) kami perlu dirujuk dalam setiap keputusan. Sahabat-sahabat kami yang lain memandang ke arah Dhamam untuk mendengar keputusan dari beliau.

"Awal lagi ni. Baru 9.30 pagi. Takpelah, ana nak tinjau-tinjau sebelah sana dahulu. Nampak macam ada pasar. Nanti kalau nak gerak, ana maklumkan." Jawab Dhamam.

"Ok, set." Jawapan balas dari kami semua.

Beberapa orang sahabat yang lain menuruti Dhamam. Aku pula masih di Stesen Petronas.

"Aduh, sakit perut pula!" Kataku dalam hati. Walhal seusai Solat Subuh tadi sudah ku buang 'kekotoran' bendasing di dalam usus besarku ini. Kini meragam pula. Alhamdulillah, aku masih berada di Stesen Minyak Petronas dan terus menuju ke tandas. Namun perlu mengikut giliran disebabkan sudah ada 'client' di dalamnya. Terima kasih Petronas kerana sudi menjadi sebahagian 'penaja' dalam perjalananku ke Himpunan Bersih 2.0. :)

Bank Rakyat

Seusai melepaskan hajat, aku menghubungi Dhamam. Bertanyakan beliau di mana. Rupa-rupanya, beliau di seberang jalan dan sedang berehat di hadapan Bank Rakyat. "Wah, Bank Rakyat pula yang menjadi 'penaja' ya." Getusku di dalam hati sambil tersenyum sendirian. Sahabat-sahabat yang lain juga telah menuruti Dhamam sewaktu aku melepaskan hajat. Tanpa melengahkan masa, aku terus mendapatkan Dhamam di Bank Rakyat. Dari jauh sudah ku nampak Dhamam sedang bermain-main dengan kameranya. Pantang dilihat sesuatu yang 'bernilai' di sisi matanya, pasti kamera itu akan beraksi.

"Bro, enta tangkap gambar apa tu?" Aku bertanyakan Dhamam sebaik sahaja menghampiri beliau.

"Enta tengok depan tu." Dhamam menjawab sambil jari telunjuknya dihalakan ke bahu jalan di hadapan kami. Rupa-rupanya Dhamam menangkap gambar beberapa orang sahabat kami yang sedang berjalan.

"Gambar ana tak nak tangkap ke?" Soal aku kepada Dhamam berbasa basi.

Dhamam tersenyum, dan mengeluarkan kameranya semula dari beg galas dan mengambil gambarku pula.


"Dah hampir 10.15 pagi ni. Bila kita nak gerak?" Aku terus bertanya kepada Dhamam sebaik sahaja beliau menangkap gambarku.

"Rasanya kita dah boleh gerak sekarang."

"Ok cun. Kita terus ke Stadium Merdeka ke?" Soalan yang cukup wajar kutanyakan kepada Dhamam. Maklumlah, di saat-saat akhir pihak Stadium Merdeka tidak membenarkan pihak Bersih menggunakan stadium. Walhal Perdana Menteri yang kita 'cintai' mencanang kepada semua rakyat Malaysia bebas melakukan demontrasi atau sebarang himpunan di Stadium. Ya, syaratnya buat di stadium. Kini, lain pula bunyinya. Konon Stadium Merdeka tempat 'suci'. Suci sehingga Justin Bieber dibenarkan membuat konsert April 2011 yang lepas. Aku yakin engkau juga arif kronologi kisah Ambiga, Datuk A. Samad Said dan rakan-rakan penggerak Bersih 2.0 mengadap Yang Dipertuan Agong. Keputusan yang dicapai adalah YDP Agong bersetuju jika himpunan di adakan di stadium, dan pihak Bersih 2.0 juga bersetuju dengan saranan YDP Agong. Alih-alih, pihak KERAjaan di bawah pentadbiran Najib Toon Razak, Kementerian Dalam Negeri di bawah Hishamuddin Hussein bertegas akan mengambil tindakan kepada Bersih 2.0 kerana ia pertubuhan haram. Inilah manusia tolol yang menuduh pihak Bersih 2.0 derhaka kepada YDP Agong, walhal merekalah yang derhaka kerana tidak meluluskan permohonan Bersih menggunakan Stadium Merdeka selepas YDP Agong memperkenankan.

Dhamam terdiam seketika lantas menjawab. "Kita jalan-jalan dulu. Kemudian, bila kita nampak ramai orang kat situ, kita berkumpul dengan mereka."

"Ok. Cadangan yang baik tu. Maklumlah polis ada di merata tempat." Sahut salah seorang sahabatku yang lain.

Pasar Pagi

Sedikit demi sedikit kami menghampiri Pasar Baru Pudu. Suasana di pasar sama seperti hari-hari yang lain. Peniaga meneruskan aktiviti niaga mereka, pelanggan pula meneruskan aktiviti tawar menawar dan jual beli mereka. Aku tersenyum melihat keadaan ini. Hairan juga melihat warga kota yang seolah-olah mempersetankan arahan daripada pihak polis yang meminta sekalian warga kota jangan keluar rumah, kononnya ada rusuhan akan berlaku. Itulah kalimat yang sering digunakan oleh si tolol bagi mengelirukan orang ramai. Perkataan RUSUHAN itu akan di ulang-ulang sebanyak mungkin samada di televisyen mahupun di dada-dada akhbar. Mereka seboleh-bolehnya mengharapkan sekalian warga tidak menyebut Demontrasi atau Himpunan. Jika perkataan Demontrasi dan Himpunan di sebut juga, sudah pasti di hujungnya mereka akan selitkan dengan perkataan Haram.

Namun hairan juga bilamana membandingkan layanan pihak polis dan KDN kepada pihak Bersih, Patriot dan juga Perkasa(m). Bersih ditekan saban hari. Bersih dituduh komunis. Bersih dituduh cuba menggulingkan kerajaan. Bersih dituduh itu dan ini. Patriot pula diangkat sebagai hero. Diangkat sebagai wira. Manakala Perkasa(m) di bawah Ibrahim Ali turut sama menunjukkan kejaguhan mereka. Namun yang lucunya, semalam (8 Julai 2011), Ibrahim Ali telah memaklumkan yang Perkasa(m) menghormati keputusan pihak polis yang tidak membenarkan himpunan haram, lantas Ibrahim Ali mengarahkan agar pihak Perkasa(m) ke Tasik Titiwangsa sahaja untuk berjalan-jalan di tepian tasik. Inilah lawak paling kelakar di abad ini. Aku syorkan bilamana pencen dari dunia politik, sila menyertai Raja Lawak kerana lawak anda sangat menghiburkan. :)

"Akhi, cuba tengok buah tu." Dhamam menyapa aku sambil memuncungkan bibirnya.

"Wah, buang mangga la. Warna kuning tu. Mam, enta tengok yang tu pula." Aku pula meminta Dhamam menoleh di belah kiri.

"Jagung. Warna kuning juga." Dhamam menjawab dan mengukir sebuah senyuman.

"Ha, yang tu lagi menarik bro. Kasut Phua Chu Kang. Warna kuning lagi." Ligat mataku mencari objek yang bewarna kuning di pasar pagi ini. Maklumlah, KERAjaan kini cukup 'teruja' dengan warna kuning. Juga begitu teruja dengan perkataan 'Bersih'. Wakil Rakyat yang mengadakan Gotong Royong bersama rakyat dengan tema bersih juga turut ditangkap.

Dhamam hanya tersenyum. Sambil berjalan melalui Pasar ini, kamera beliau terus beraksi. Tiba-tiba kelihatan dihadapan kami seorang ibu muda. Wajahnya tidaklah mirip Melayu, Cina atau India. Ibu Muda ini sedang mendokong anaknya di belakang dengan diikatkan kain di bahunya. Lantas, warna warni warga kota yang sebegini terus dirakamkan oleh Dhamam melalui D90 nya. :)

Bebelan Auntie

"Ini semua salah polis. Tutup jalan sana. Tutup jalan sini. Tak ramai olang datang beli hari ini maa." Marah seorang Auntie berbangsa Cina kepada pelanggannya. Aku dan Dhamam hanya tersenyum mendengar bebelannya.

"Bersih mau berhimpun di stadium, kasi la." Auntie itu terus bersuara.

Kami terus meninggalkan Auntie yang meneruskan bebelannya. Bagus juga ada masyarakat yang prihatin sebegini. Masyarakat yang tahu pokok pangkal kisah. Masyarakat yang tidak 100 peratus bersumberkan bahan berita dari media pengampu kerajaan di televisyen dan akhbar. Inilah majoriti warga kota. Mereka berada dalam dunia realiti. Kos bebanan hidup yang tinggi. Harga barang yang meningkat naik. Tol sana sini. Perkhidmatan kenderaan awam yang menggila di waktu puncak. Maka, tekanan demi tekanan inilah membuatkan mereka semakin matang dan bijak berpolitik.

Kami meneruskan perjalanan sehinggalah tiba di Berjaya Times Square.

Berjaya Times Square

"Kalau ikut arahan pimpinan, kita perlu berkumpul jam 2 petang. Sekarang baru 10.40 pagi. Jom kita rehat di Berjaya Times Square dulu la." Dhamam mencadangkan. Lalu, cadangan beliau itu dipersetujui oleh kami semua.


Kami berlegar-legar di Times Square. Ada yang melepaskan hajat di tandas. Ada yang duduk di kerusi yang disediakan. Aku dan Dhamam pula ke kedai kamera. Seronok melihat pelbagai jenis kamera terkini yang menjadi kegilaan jurufoto.

Tiba-tiba, telefon bimbit aku berdering. Ku lihat, sahabat facebook aku yang menalifon. Ali Abu namanya.

"Bro, kau ada kat mana?" terus Ali bertanya.

"Aku di Times Square ni. Lepak sini dulu."

"Dekat dah dengan Lowyat tu. Boleh je kalau kau nak ke sana."

"Wah. Ye ke. Tak perasan pulak aku." Jawabku. Lantas aku terus bertanya kepada Ali. "Kau pula ada kat mana?"

"Aku masjid negara bro. Tak ada seorang pun pimpinan di sini. Aku dah masuk ke dalam masjid. Ada ramai lagi di luar masjid yang tak dapat masuk. Polis halang."

"Polis halang orang masuk masjid? Ini kerja gila bro. Nanti aku cuba tanya pada Ustaz Ridhuan Md Nor siapa pimpinan yang akan ke Masjid Negara. Kalau ada info terkini dari sana kau roger la aku ya."

"Ok bro. Assalammualaikum."

Selang beberapa minit, telefon bimbit aku bergetar. Sudah menjadi tabiat, aku kurang gemar ringtone yang pelbagai samada melalui panggilan atau sms. Aku lebih suka menukar ke mode silent atau virate sahaja. Bila ku lihat skrin telefon bimbitku, 1 mesej telah sampai. Rupa-rupanya mesej dari akak aku, Kak Yan.

"Salam. Kau ada kat mana? Akak tengok Astro Awani ni. Polis maklumkan 200 lebih tangkapan dari pagi tadi. Risau pulak akak."

Lantas aku membalas sms kakakku. "Wslm. Orang ada di Berjaya Times Square ni. Mungkin yang ditangkap tu mereka yang menaiki LRT. Kalau ada apa-apa berita, roger kami terus ya." Kalau bersama adik beradik, aku suka menggelarkan diri sebagai orang ataupun kami. :)

"Ok. Kalau ada apa-apa berita, akak sms k. Jaga diri baik-baik."

"Ok Kak Yan. Terima kasih." Aku membalas sms kakakku. Kali ini beliau benar-benar cemas. Ogos 2009 yang lepas, sewaktu aku menyertai Himpunan Membantah ISA, beliau juga cemas. Tapi kali ini lebih cemas lagi.

Sahabat facebook

Aku perlukan info yang terkni. Nak access internet, laptop aku tak bawa. Telefon bimbitku ini pula tidak ada aplikasi internet. Maklumlah, handset murah. Lalu aku sms sahabat facebookku yang lain pula. Namanya Taca Yunus.

"Salam. Taca, boleh minta tolong tak?" Aku memulakan sms dengan meminta tolong.

Lantas, Taca membalasnya. "Kenapa akhi? Taca ada di Melaka ni dengan keluarga." Akhi ini panggilan sahabat-sahabat facebook kepadaku. Di facebook, aku menggunakan nickname Akhi Fairuz. Ramai dikalangan mereka memanggilku Akhi.

"Macam ni. Akak saya sms tadi maklumkan dah ada beratus-ratus tangkapan dari pagi tadi. Kalau Taca berkesempatan online, boleh tak update saya info-info terkini via sms?" Tanya aku kepada Taca.

1 minit kemudian, Taca membalas smsku. "Ok. Kalau ada apa-apa info Taca akan maklumkan pada Akhi."

"Ok, TQ."

Seusai bersms dengan Taca, aku teringat pula sahabat facebookku yang seorang lagi. Kalau di facebook, nickname yang beliau gunakan adalah Ameno World.

"Salam. Kau ada kat mana sekarang ni?" Aku memulakan sms kepada Ameno. Terdahulu, Ameno memaklumkan kepada aku melalui facebook yang beliau pertama kali menyertai himpunan seperti ini. Jadi, sebagai kawan facebook yang agak rapat juga dengan beliau, ingin juga tahu situasi beliau sekarang ini.

Sms aku tidak terjawab. Mungkin dia sibuk agaknya.

Dhamam masih lagi berpusing-pusing di Kedai Kamera. Sahabat-sahabat yang lain pula ada yang menaiki eskalator meninjau kedai-kedai yang ada. Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Nampaknya, warga Arab lebih ramai dari warga Malaysia di sini. Lelaki-lelaki Arab kebanyakkanya bersama isteri yang berjubah hitam berpurdah dan anak-anak mereka yang masih kecil. Membeli belah di sini. Keadaan seperti ini sering ku lihat di KLCC.

Telefonku bergetar sekali lagi. Mesej baru tiba. Dari Taca.

"Akhi, dari Twitter Bersih, mereka maklumkan pimpinan Pas ada yang dah ditangkap. Hati-hati Akhi. Ada juga yang ditangkap di KL Sentral. Polis menggeledah beg mereka. SMS yang diterima juga polis periksa. Lepas Akhi dapat mesej ni, eloklah Akhi delete."

"Terima kasih Taca untuk info. Sangat-sangat menghargai."

Sebaik sahaja membalas sms Taca, aku terus delete setiap satu sms yang bercerita tentang Bersih. Langkah berjaga-jaga. Biar ditangkap semasa berhimpun dari ditangkap sebelum berhimpun.

Tiba-tiba aku teringat janji aku kepada Ali Abu. Ya, untuk bertanyakan kepada Ustaz Ridhuan Md Noor selaku Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia berkenaan pimpinan yang mengetuai peserta himpunan dari Masjid Negara. Terus saja aku sms Ustaz. Namun sms ku tidak delivered. Mungkin Ustaz mematikan handsetnya.


To Be Continued...

Akhi Fairuz's

Monday, July 25, 2011

Drama kejar mengejar aku, Mat Sabu, polis

oleh Mohamed Hanipa Maidin
http://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/mat%202.jpgKali ini aku ingin ber­kongsi cerita pra, semasa dan pasca himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Kita mulakan dengan fasa pra perhimpunan. Aku dan Mat Sabu berada di luar negara kerana bererehat sebentar dek terlalu banyak kes Mahkamah yang melibatkanku (peguam) dan Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu (anakguam) yang juga Timbalan Presiden PAS.
Di luar negara kami berbincang adakah Mat Sabu perlu ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 8 Julai iaitu sehari sebelum Himpunan Bersih. Mat Sabu agak risau dicekup pada 8 Julai di Pulau Pinang maka ter­lepas untuk menyertai himpunan Bersih. Aku katakan pada Mat Sabu bahawa kami perlu hadir pada 8 Julai di mahkamah.

Maka pada hari tersebut, kami berdua berlepas ke Pulau Pinang dari Lapangan Terbang Subang pada jam 6.55 pagi. Di Pulau Pinang aku dan Mat Sabu hadir di Mahkamah Tinggi bagi rayuan kes oleh Pendakwaraya ke atas keputusan Mahkamah Majistret di Jawi yang membebaskan Mat Sabu dan sembilan yang lain. Tapi jahatnya pihak pendakwaraya, mereka hanya merayu kes Mat Sabu sahaja.

Alhamdulillah di Pulau Pinang Mat Sabu tidak ditangkap. Ramai yang menyapa Mat Sabu tanpa mengira bangsa di Pulau Pinang dan semua bersemangat bercerita tentang Bersih dan tindakan polis yang mereka kata agak kururang siuman. Jam 6.30 petang, kami sampai di Subang. Kenderaan dan petugas keselamatan PAS menanti kami. Di Lapangan Terbang Bayan Lepas, kami membeli baju warna kuning yang bakal dipakai di perhimpunan Bersih 2.0 keesokan harinya.

Pemandu yang membawa kami beritahu banyak sekatan jalan polis dan jika naik kereta tidak selamat. Dua buah motosikal disediakan untuk kami. Sampai di sebuah stesen minyak, Mat Sabu membonceng motosikal untuk dibawa ke sebuah hotel di ibu kota dan aku pula dibawa ke rumah. Kami berjanji akan jumpa malam itu di hotel.

Sebaik sahaja sampai di rumah, aku membersihkan diri dan jam 12 malam berjumpa Mat Sabu di sebuah hotel di ibu kota.
Pagi 9 Julai, aku tinggalkan Mat Sabu di bilik hotel dan turun minum. Aku hanya berseluar jeans hitam dan ber­baju T merah (tapi bukan Patriot). Aku minum di gerai mamak tidak jauh dari hotel. Ramai ahli PAS turut minum dan menyapaku. Kepala aku hanya memikir satu perkara; bagaimana nak melepasi banyak sekatan jalan polis? Aku dan Mat Sabu saling ber­hubungan melalui SMS (khidmat pesanan ringkas).

Tiba-tiba aku terima SMS dari sahabat PAS Johor yang secara kebetulan dapat maklumat daripada seorang kawan lain yang berada di hotel penginapan Mat Sabu. SMS itu berbunyi; “Beritahu akhie Hanipa jangan balik ke hotel kerana polis sedang cari dia.”

Aku forwardkan SMS itu kepada Mat Sabu. Aku minta kawan yang minum bersama aku untuk lihat keadaan di hotel. Kawan aku pergi ke hotel dan beritahu ramai polis berkeliaran. Aku menelefon Dr Mohd Hatta Ramli dan beliau minta aku dan Mat Sabu ke Masjid Negara jika boleh lepas dari kepungan polis. Aku beritahu Mat Sabu apa yang Dr Hatta beritahu. Mat Sabu kata kita ke sana untuk solat Zohor. Maka petugas keselamatan menyediakan dua motor dengan dua penunggang. Aku naik satu motor dan Mat Sabu naik satu motor yang lain.

Sebaik sahaja Mat Sabu berjaya turun ke bawah (polis tidak menyedari Mat Sabu sudah terlepas), kedua-dua motor memecut deras membawa kami. Aku amat gayat membonceng motor yang dipandu laju. Tiba-tiba motor yang membawa Mat Sabu berhenti kerana dalam jarak 100 meter ada sekatan jalan polis. Kami cuba masuk ke kawasan perumahan dan tidak semena-mena kenderaan pacuan empat roda polis dan dua kereta peronda meluru laju dan membrek di hadapan motor kami.

Kami cuba berpatah balik tetapi dikepung dan pacuan empat roda polis dengan sengaja melanggar motosikal yang dinaiki Mat Sabu. Aku nampak bahagian depan jip Pajero itu melanggar kaki Mat Sabu.

Kedua-dua motosikal yang kami naiki jatuh dan beberapa anggota polis bertindak ala gangster menerpa kami sambil berteriak. Aku dijatuhkan dan muka aku ditekan oleh polis sehingga ter­kena roda motosikal. Aku lihat Mat Sabu dalam kesakitan dan memberitahu polis bahawa dia tidak boleh berjalan.
Tanganku digari ke belakang dan dimasukkan ke dalam kereta peronda. Aku protes tangkapan tersebut dan memberitahu polis yang aku seorang peguam. Namaku juga tiada dalam perintah mahkamah. ACP Fairuz (yang juga aku kenal kerana akulah peguam yang menyoal balas beliau dalam kes himpunan Protes) hanya mengatakan beliau “ikut arahan”. Jawapan standard polis.

Kami berempat dibawa ke Balai Polis Jinjang. Dari sana Mat Sabu kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. Di Jinjang aku dikenali oleh beberapa anggota polis yang bekerja di mahkamah dan mereka agak terkejut kerana aku ditangkap. Apabila merereka kata pada aku “maaf tuan’ polis yang lain pula terkejut. Aku bersyarah panjang pada polis tentang hak orang yang ditangkap dan sedikit sebanyak mereka akur.

Aku dimasukkan ke dalam sel bersama-sama dua pemandu motosikal yang membawa kami. Di dalam sel, rupanya sudah ada merereka yang ditangkap kerana perhimpunan Bersih. Apabila aku ingin bersolat Zohor, polis arahkan aku berpindah sel. Aku dibawa ke sel baru dan di situ aku terserempak dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam sel seorang diri. Aku juga melihat seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar juga dalam sel seorang diri. Aku diletakkan dalam sel bersebelahan Mahfuz. Kami bertiga dikurung di sel berasingan seorang diri (solitary confinement).

Tidak lama kemudian Tian Chua pula dimasukkan ke dalam sel di sebelah aku. Selepas itu Mat Sabu pula dimasukkan ke dalam sel di depan sel kami. Beliau hanya berkain pelekat dan kaki berbalut.
Mat Sabu berjalan terdencot-dencot. Tidak lama lepas itu Sivarasa Rasiah pula dimasukkan dalam sel di sebelah sel Mat Sabu. Maka kami ber­bual (sahut-menyahut) dengan nada ria antara satu sama lain.

Nampaknya, polis boleh menahan kami tetapi tidak boleh mencabut kegembiraan kami menentang kezaliman polis dan BN.

Kau menang kerana kami patuh kepada janji untuk berhimpun secara aman!


Oleh Tan Sek Choong

... Pada ketika ini, seorang pemuda Melayu yang kurus, berbaju belang hitam-kuning, memakai cermin mata, dengan beg merah, dan bekas air berwarna kuning - melangkah ke depan dengan perlahan-lahan. Beliau duduk pada jarak lima meter di depan FRU.

Beliau mengangkat tangannya yang sedang menggenggam. Beliau duduk senyap di situ. Genggaman itu bukan untuk protes. Saya yang berada di belakangnya nampak dengan jelas, posisinya itu membawa makna bahawa beliau sedang menunggu polis untuk menggarinya.

Beliau memilih untuk tidak menentang ketika berdepan dengan kekerasan FRU. Beliau berseorangan di situ untuk beberapa minit. Ada orang yang menjerit, "Cepat bawa dia balik, jangan biar dia ditangkap!" Tiga orang kawan Melayu dengan cepat membimbingnya untuk balik ke kelompok manusia. Beliau tidak meronta, beliau menurut saja.

Apabila beliau lalu di sisi saya, saya nampak betapa sedih wajahnya. Saya tidak faham, mengapa wajah seseorang pemuda yang seharusnya bersemangat, sarat dengan kepiluan sedemikian. Mungkin anda anggap saya menghasut sentimen jika saya berkata sedemikian. Namun, benar dalam otak saya muncul sekeping gambar yang pernah saya tatapi, gambar seorang rakyat berdiri di depan kereta kebal untuk menghalang kemaraannya di Tianan Men, China, pada tahun 1989.

Tidak hilang kawal

... Walaupun telah diserang beberapa kali dengan gas pemedih mata, namun kelompok manusia tidak hilang kawal. Saya ternampak beberapa orang pemuda Melayu berlari ke kedai di tepi jalan dan mengetuk pintu besinya dengan kuat. Tingkahlakunya dibalas dengan ratusan orang yang mengherdiknya, "Jangan, jangan buat kerosakan, cepat tengok siapakah mereka! "

Saya tidak pasti beberapa orang pemuda itu sekadar mahu melepaskan geram, atau dihantar pihak lain untuk sabotaj. Tapi apa yang saya pasti, anda gagal membuat kecoh dalam kelompok manusia yang begitu tinggi disiplinnya.

Saya ternampak juga ada yang melontarkan satu botol air mineral dari perhentian bas Pudu Raya, menghala ke arah FRU. Dan ratusan orang yang berada di depan terus menghentikannya. Seorang pakcik Cina berulang kali menjerit, "Jangan lawan mereka, mereka terima arahan, mereka cuma jalankan tugas saja, kita semua rakyat Malaysia, jangan, jangan lawan."

Tiada bendera yang dibakar, tiada harta awam yang dicerobohi. Tiada kedai yang dihancurkan, tiada pintu atau tingkap kaca yang dipecahkan. Apa yang ada hanyalah laungan slogan dan duduk secara aman. Namun kita dilabel sebagai "perusuh". Apakah "keganasan" kami? Saya masih tertanya-tanya sehingga hari ini.

Kerana "aman" itu janji kami

Ratusan anggota polis memasuki kelompok "musuh" yang mempunyai puluhan ribu orang, dan polis pulang dengan tangkapannya yang berjaya. Apakah kamu rasa kamu ni berani dan tangkas? Kamu berjaya keluar dari kelompok kami tanpa dicederakan - ini kerana kami memilih untuk tidak berkasar. Apabila tiga atau empat orang daripada kamu bersama membuli seorang peserta, tahukah kamu bahawa ratusan pasang mata yang sedang memandang, dan ratusan pasang buku lima yang sedang menggenggam di belakang kamu?

Kami tidak berkasar kerana kami patuh kepada janji kami untuk berhimpun secara aman. Melihat prestasi kamu tempoh hari, semua rakyat tertanya-tanya, mengapa kamu sering terlambat apabila berlaku rompakan atau kes pencurian, dan apabila berdepan dengan rakyat jelata yang tidak bersenjata, kamu seolah-olah menelan pil berwarna biru itu, berkobar-kobar semangat, malah boleh menawan kelompok manusia 10 ribu orang? Apakah kami ini senang dibuli?

Bukankah tugas FRU adalah untuk menyuraikan orang ramai? Jadi mengapa pula menyekat jalan di Bukit Bintang apabila peserta perhimpunan diusir ke Jalan Pudu? Di kawasan berdekatan perhentian bas Pudu Raya, lorong di tepi jalan dipagari tiang besi kira-kira lima kaki tingginya. FRU melepaskan gas pemedih mata bertubi-tubi. Peserta mencari perlindungan di Hospital Tung Shin kerana ia adalah satu-satunya jalan keluar yang utama. Tak malukah wahai Menteri mengecam peserta kerana menggangu hospital?

"Kali pertama bayar cukai"

Saya mengikut orang ramai untuk berehat di kawasan rumpun di depan hospital. Hujan mula turun. Mungkin langit juga tidak merestui tindakan mereka, mencurahkan air hujan untuk menjirus bahan kimia yang berada pada tubuh kami.

Seorang gadis yang berada di belakang saya bengkak dan merah matanya. Sambil mengesat matanya, beliau berkata, "Tahun ini kali pertama saya bayar cukai." Kawan di sebelahnya pula mempersendakannya, "Jadi kerajaan pun pulangkan kepada kamu sekarang!"

Kami ketawa terbahak-bahak bersama, dan gadis itu mencungkil senyuman pahit. Menurut khabar, sebutir peluru gas pemedih mata berharga RM300, dan hari ini kerajaan dengan murah hati menghadiahkan kepada rakyatnya. Puluhan bilion ringgit dibelanjakan untuk pertahanan negara, selain jet yang tidak boleh terbang, kapal selam yang tidak boleh selam - mungkin kami bersyukur dengan gas pemedih mata dan meriam air yang terbukti memadai harganya.

Gas pemedih mata dilepaskan lagi. Sebutir peluru gas itu jatuh pada tempat yang tidak jauh daripada kami. Asapnya tersebar ke hospital. Asap yang berkepul-kepul juga berlegar di kawasan masuk Rumah Bersalin Cina. Jangan kata kepada saya bahawa tiada gas pemedih mata dilepaskan ke arah hospital, jangan pula kamu kata kamu tidak tahu apa itu "impact zone" gas pemedih. Yang Berhormat Menteri Kesihatan, jikalau saya melontar sebiji bom tangan pada jarak 1 kaki di depan kamu, jangan pula menyalahkan saya jikalau kamu dibom mati. Ini kerana bom tangan saya tidak menyentuh anda. Mungkin anda boleh menyalahkan angin yang meniupkan kuasa bom tangan ini ke arah kamu! (Ketika menafikan penembakan gas pemedih ke dalam perkarangan hospital, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai mendakwa gas pemedih mata mungkin ditiup angin ke dalam kawasan hospital.)

Selepas hujan berhenti, kelompok orang ramai hanya tinggal separuh dari asalnya. Ramai yang memandang dari dalam bangunan hospital, dan kebanyakannya sudah keletihan. Beberapa orang pemimpin parti politik cuba berunding dengan polis, dan peserta di belakangnya menjerit "Buka jalan, buka jalan!"

Tidak lama kemudian, orang di depan memberitahu bahawa polis bersetuju untuk membuka jalan kepada peserta. Namun, apabila peserta berkumpul semula di Jalan Pudu, polis pula mengambil kesempatan untuk melepaskan meriam air. Peserta menjerit, "Polis tipu, tipu!" Apa peliknya? Sedangkan pimpinan tertinggi kerajaan boleh berdolak-dalih, apa pula orang bawahnnya?

Peserta terpaksa bersurai selepas meriam air dilepaskan. Polis mula menyerbu ke dalam hospital untuk menangkap peserta perhimpunan. Kenyataan dari kerajaan (hujah Menteri Kesihatan) mendakwa bahawa tiada tangkapan dibuat di dalam hospital, sekadar menghantar peserta yang cedera masuk ke hospital untuk rawatan.

Nampaknya dalam masa sekelip mata, munculnya ramai pakar Photoshop dan Video Editing, dan kesemua video dan gambar menjadi palsu. Mengapa pula polis menghantar ratusan orang ke dalam rumah bersalin? Adakah ratusan lelaki dan perempuan itu mahu bersalin? Mungkin gas itu bukan untuk memberi kesan memedihkan mata, tetapi merangsang untuk bersalin.

Saya terserempak dengan seorang kawan yang tidak saya jumpai untuk 10 tahun kebelakangan, maka saya mengikutnya untuk berlari ke Jalan Robertson. Terdapat sebuah gereja di hujung jalan itu. Sekumpulan muslim sedang bersembahyang di depan gereja itu, menghala ke Mekah. Dua orang pakcik India dalam gereja membuka paip air agar orang yang mencari perlindungan di situ boleh mencuci mukanya. Apa itu perpaduan kaum? Apa itu keharmonian agama? Kawan yang menggagaskan 1Malaysia itu harus turun ke perhimpunan ini untuk lihat sendiri.

Puluhan anggota polis datang dari belakang, pakcik India ini membuka pagar besinya untuk kami lalui. Kami berjalan ke belakang gereja, melangkaui tembok yang tingginya lima kaki, dan duduk untuk berehat di lorong itu. Maka tamatlah perhimpunan yang saya sertai ini, untuk diri saya.

Akhirnya saya ingin berkata kepada badut yang mendakwa "apa yang susah sangat terkena sebutir gas pemedih mata". Benar, mungkin dari kesudahannya, kamu menang dalam perhimpunan ini. Rakyat gagal sampai ke Stadium Merdeka, memorandum gagal diserah ke Istana Negara, malah peserta disuraikan tanpa belas kasihan. Tapi jangan lupa, kemenanganmu disebabkan pilihan kami untuk tidak membalas dengan keganasan.

Saya tetap yakin, apabila suara rakyat menjadi tsunami, anda gagal menghalang dengan meriam air yang kuat dan gas pemedih yang memedihkan. Siapa yang menang dan siapa pula yang kalah kelak, kita tunggu dan tengok! -MR


Thursday, July 21, 2011

Lagi bukti jelas Polis cukup-cukup berhemah jalankan tu...

Gambar peserta Bersih solat dengan tangan diikat polis bukti 'layanan baik' polis Malaysia

Inilah layanan baik polis Malaysia yang tak mampu ditayang dalam video cut and paste polis.

Tidak bolehkah mereka membuka ikatan bagi membolehkan anak muda ini bersolat dengan selesa berhadapan Allah.

Anak muda ini bukan pembunuh, perompak , perogol tapi umat Islam yang taat kepada perintah Allah.

Anak-anak muda ini adalah antara yang ditahan secara zalim semasa Himpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

Mereka bersolat dengan keadaan tangan bergari (terikat). Polis hanya melihat sahaja mereka bersolat, Polis tidak solat bersama.

PAS terbukti berjasa mentarbiyyah ahlinya untuk sentiasa istiqamah mengerjakan solat walaupun dalam keadaan apa sekalipun.

Gambar ini diambil berhampiran Dataran Maybank.

Syabas kepada anak-anak muda ini ............

Lagi Pemuda Dedah Jadi Mangsa Keganasan Polis

Bandar Jengka, 20 Julai: Seorang lagi peserta himpunan Bersih 2.0 tampil mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis walaupun selepas bersurai. Gambar fail.

Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19 dekat sini, berkata beliau dibelasah ketika melalui tangga OCBC Bank dalam perjalanan ke stesen LRT untuk pulang.

“Saya menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain. Kira-kira pukul 4.30 petang perhimpunan bersurai setelah diarahkan polis dan saya berjalan mencari stesen LRT yang beroperasi untuk pulang ke Pahang,” katanya ketika bercerita kepada Harakahdaily.

Tambahnya, semasa perjalanan pulang itu beliau memang memegang baju kuning Bersih di tangan dan sedar terpaksa melalui deretan polis di tepi jalan.

“Polis yang berada di tepi jalan telah memanggil saya lalu meminta baju berkenaan. Saya enggan menyerahkannya lalu mereka rentap dan rampas kemudian mereka mengkasari saya.

“Seingat saya polis bernama Azrin dan seorang lagi bernama Hafizul mengheret saya sambil mencengkam kolar baju. Kemudian mereka gari saya dan heret sejauh kira-kira 200 meter ke Dataran DBKL. Saya ingat betul pada masa itu tak kurang daripada 20 orang polis berseragam membelasah sambil memaki hamun saya sebagai samseng.

“Mereka pukul saya dengan berselindung di sebalik trak polis. Saya langsung tak melawan kerana digari dan mereka hanya berhenti apabila tiba di Dataran DBKL. Selepas berada di situ selama setengah jam, saya dinaikkan ke dalam trak dan dihantar ke Pulapol. Di situ baru gari dibuka dan dibebaskan sejam kemudian,”
ujarnya.

Badrul yang mengusahakan ladang bapanya sendiri, berkata pada ketika itulah baru dia sedar di sebelah mata kanannya lebam dan berdarah, kepala bengkak serta tulang betisnya amat sakit akibat disepak.

“Dari Pulapol saya kemudiannya polis hantar ke stesen LRT Dang Wangi untuk meneruskan perjalanan pulang ke Pahang,” katanya.

Bagi Badrul, ini merupakan pengalaman pertama menyertai himpunan seperti itu dan tidak sangka sudah menjadi belasahan polis.

Katanya, beliau pergi kerana gambaran awalnya perhimpunan aman dan merasa tidak takut kerana selama ini mengganggap polis adalah sebagai pelindung dan pemelihara undang-undang.

“Tapi dengan layanan sebegitu saya terperanjat. Saya sanggup tampil jika ada yang mahu menyiasat. Saya juga akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -HD

Wednesday, July 20, 2011

Bukti jelas Polis cukup-cukup berhemah jalankan tugas.

Cukuplah gambar dan video ni sebagai bukti

Klik gambo untuk besorkan..


Dah tangkap dan GARI tu sudah2 laaa yg LU pegi tumbuk perut mamat tu apahal... dah la pakai gadjet LU bantai perut mamat tuuu...kerana perangai LU macam sial nie laa yg BUSUK NAMA PASUKAN POLIS tuuu...

Dari saya : Ya Allah, Kami semua dizalimi. Bantulah kami

Tuesday, July 19, 2011

Bersiar-siar untuk " Bersih 2 "di Kotaraya Haram KL- Part 2





Demonstran geng stesen KTM mula bergerak ke Pasar Seni sambil melaungkan Hidup Rakyat ! BERSIH BERSIH ! dan Reformasi !. Tiba di Pasar Seni, geng Pasar Seni yang menunggu di stesen LRT mula bergabung membentuk ketumbukan besar yang kemudian bergerak menyusuri lorong-lorong tikus tepi bangunan Dayabumi dan Pejabat Besar POS KL.
Gerakan yang besar ini telah membuatkan kumpulan kami terpisah di mana Syed dan Paksu bergerak agak ke hadapan. Demonstran kali terkandas di belakang bangunan Sultan Abd Samad di mana lori FRU warna merah "block' di laluan menuju Dataran Merdeka. Lebih kurang 8000 orang berkumpul di sini. Kling !Kling ! Loceng dari lori merah FRU dibunyikan menandakan amaran sudah diberi dan puluhan tembakan TEAR GAS dilepaskan ke udara menuju ke arah ribuan demonstran.

Dek kerana TEAR GAS, ribuan demonstran mula melarikan diri dari berdekatan dengan kelongsong peluru tear gas ekoran gas ini amat memedihkan mata anda. Kumpulan kami sekali lagi berpecah masing-masing ketika melarikan diri dari tear gas. Kini saya bergerak solo menyusuri jalan-jalan di China Town dan kelihatan ribuan demonstran mula bergerak menuju ke Petaling Street. Sempat juga melihat beberapa pelancong asing dan barisan peguam dari Bar Council yang menunggu di Petaling Street.

Kemudian, sekumpulan anak muda Cina mula keluar dari Petaling Street dan bergabung dengan kumpulan besar demonstran menuju ke kawasan lapang dan jalan berhadapan Pudu Raya dan Menara Maybank.Saya bangga melihat kali ini kaum Cina baik dari yang muda atau tua kini sudah berani turun berdemonstrasi di jalanan.

Nah ! Momokan UTUSAN yang selalu kata Melayu dan India sahaja kaki demo hanya tinggal nostalgia.

Saya begerak menuju ke Pudu melalui Jalan Hang Jebat dan dari situ datang lagi kumpulan demonstran dari Brickfields yang kebanyakan kaum India mula bergabung membentuk ketumbukan besar menuju ke Puduraya. Di situ saya ketemu sahabat Alumni Akademi Merdeka, Sdr Afif Abdullah dan sempat bergambar kenangan dengannya. Tak sangka, perhimpunan dan demonstrasi macam ini boleh menemukan sahabat lama yang lebih kurang 2 tahan tidak ketemu.

Tiba di Puduraya ibarat "TAHRIR SQUARE MALAYSIA" , sudah puluhan ribu sudah berkumpul dan mendengar amanat pimpinan PR iaitu Dr Hatta, Dr Badrol Amin,Chegu Bard,Nasrudin dan beberapa pimpinan parti yang lain. Daripada anggaran, boleh dikatakan 50 ribu sudah menawan Pudu Raya dan Dataran Maybank kerana lautan manusia memenuhi segenap ruang kawasan tersebut. Laungan BERSIH, BERSIH PILiHANRAYA, HIDUP RAKYAT dan Hancur Kezaliman dilaungkan oleh pimpinan dan rakyat bergema di lautan manusia.



Lautan manusia yang menawan Puduraya dan Maybank telah dicemburui oleh Sang Penguasa Merah & BIRU.Lori merah datang lagi lengkap dengan pasukannya,kemudian melaksanakn tugas RUTIN mereka iaitu "tembak TEAR GAS dan Air pemedih mata " kepada demonstran. Sang penguasa BIRU dan PREMAN pula sibuk berlari mengejar demonstran yang berkumpul di tangga Maybank. Ramai juga yang ditangkap dan ditahan polis dan memaksa sebahagian demonstran bergerak ke belakang ke Pudu Raya dan Hospital Tungshin.

Saya kemudian berpatah balik mengikut satu lagi kumpulan besar menyusuri Jalan Hang Jebat yang mana ketika itu hujan mulai turun lebat. Hujan lebat tidak sesekali mematahkan pergerakan rakyat menuju ke Stadium Merdeka. Gerakan demonstran kemudian naik bukit melalui jalan di hadapan Stadium MABA (bola keranjang).



Boleh tahan juga kepenatan mendaki bukit ini yang mana ia adalah laluan menuju ke Stadium Merdeka. Kemudian Unit Amal dan pimpinan PR sprt Nik Nazmi dan Dr Hatta mengarahkan demonstran berpatah balik kerana sudah "Block" dengan kawat berduri berdekatan Stadium Merdeka. Berehat di depan Std MABA, terserempak dengan org ramai yang mahu bergambar dengan Marina Mahathir yang datang memberi sokongan pada Bersih dan beliau nampak happy dengan perhimpunan aman ini.


Jam kelihatan sudah agak lewat (4.20pm) dan saya mengambil keputusan untuk kembali ke Masjid Jamek ekoran Pasar Seni sudah dikepung Polis untuk mencari pengangkutan ke KL Sentral. Tiba di Masjid Jamek terkejut melihat POLIS sudah tawan LRT Msjd Jamek dan ia tidak dibenarkan masuk. Masjid Jamek dan Masjid India juga berkunci dan tiada azan Asar berkumandang apabila masuk waktunya.

Arahan siapakah ini? Larang orang solat dan Azam? sudah semestinya Melayu Islan lah yang membuat arahan GILA /EDAN ini ! Mungkin mereka udah banyak pahala dan kira mahu tanggung dosa rakyat tidak SOLAT!

Saya berjalan-jalan menuju ke Dataran Merdeka selepas makan nasi di Kedai mamak kat Masjid India. Di sana juga, ia ibarat DATARAN LARANGAN dan saya diarah ke Stesen Komuter Bank Negara jika mahu ke KL Sentral oleh Polis. Sempat melihat muslimat solat ditepi bangunan Sultan Abdul Samad ekorang masjid dikunci oleh PENGUASA .



Kemudian, saya tiba di Kl Sentral dan bertemu Syed, Azhar ,Paksu,Pak Tam dan Radzi yang baru lepas makan di Food Court. Masing-masing berkongsi pengalaman dan kisah suka duka menjadi demontran BERSIH 2 dan ada yang dikalangan kami yang sesat berjalan sampai di KL sampai Kg Baru. Salute sama PAKSU ! haha



Dalam perbualan kami itu telah menarik perhatian seorang anak muda Haizal yang mana PAKSU memberitahu beliau lah yang membuat aksi seni secara solo dihadapan FRU yang seolah-olah sindirin pada penguasa yang mahu disembah oleh rakyat. Foto aksi beliau telah tersebar meluas di Malaysiakini ,Al Jazeera dan lain-lain. Tahniah Haizal !. anda telah mempraktikkan apa anda belajar dalam kursus SENI persembahan dahulu.

Tiba masa dan waktunya , Tren Ekspres Senandung Mutiara kami akhirnya tiba di Kl Sentral dan bergerak menuju ke Penang pada jam 11pm.

Mehnah dan suka duka di Kota Larangan KL menjadi kenangan dan pembakar semangat untuk teruskan perjuangan...

"Hanya orang yang pernah berdemonstrasi tahu apa itu demonstrasi dan demokrasi "- Ikhwanhafiz


Jiwa Merdeka

Bersiar-siar untuk " Bersih 2 "di Kotaraya Haram KL- Part 1


Bersih ! Bersih !Bersih !

oleh Pantherian @ikhwanhafiz

Saya tiba di Kuala Lumpur seawal 6.00am di KL Sentral melalui perkhidmatan KTM bersama sekumpulan anak muda Tasek Gelugor dan Permatang Pauh (Syed Mikael,Pak Tam,Pak Su,Azhar & radzi). Tiba di sana sudah kelihatan #demonstran tegar baik tua atau muda sudah berkeliaran sekitar perkarangan KL Sentral yang mana kebanyakkannya dari utara tanahair.

Kami bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan Solat Subuh menggunakan tren Komuter dan berhenti Stesen KTM lama.Sampai di Masjid Negara, sudah kelihatan lebih 200 org demonstran ada di Masjid Negara baik di luar masjid dan dalam masjid.Selepas selesai solat dan mandi , kami bergerak ke Pasar Seni untuk breakfast di sana setelah melihat Restoran Heritage di Stesen KL penuh sesak dengan orang ramai yang mahu breakfast.


Nah ! sapa kata perniagaan dibuka pada hari perhimpunan aman rakyat" RUGI"? Mamak kedai yang berani berniaga tidak menang tangan melayan pelanggan yang luar biasa ramai !

Kemudian kami patah balik ke Stesen KTM lama dan berkubu di situ ekoran Polis sudah berkawal di luar stesen dan menghalang pergerakan demonstran ke Masjid Negara.Di sini, kami lepak santai sambil bergurau senda dan ber" tweet" di Twitter tentang status terkini. Pak Su (veteren PKR) asyik mengusik demonstran dan media yang lalu lalang di hadapan kami.


Kelihatan muslimat agak ramai di dalam stesen terutama dikalangan siswi IPTA dan mereka kebanyakannya menutup muka dengan purdah dan face mask sebagai menutup identiti wajah mereka.Saya juga terserempak dengan sekumpulan warga emas yang duduk di kaki lima hadir untuk memberi sokongan kepada BERSIH dan sempat mengambil photo mereka.




Apabila lihat semangat mereka untuk hadir, kita sebagai anak muda patut berasa malu jika hanya mampu duduk berkepit dengan GF dan BF masing-masing dihujung minggu walhal ALLAH beri tubuh badan yang sihat untuk berjuang di jalan yang benar.Anak muda patut juga malu pada siswi muslimat yang berani hadir walaupun tahu jika ditangkap akan dikenakan tindakan oleh pihak universiti.


Polis kemudian mula menganggu lepak santai kami di Stesen KL dan menghambat semua demostran keluar dari Stesen KL. Pada mulanya, semua demostran duduk tidak mahu berganjak dan ini memaksa polis mula menangkap mereka yang engkar arahan. Pekikan dan jeritan angkuh seorang Polis pada muslimat melihatkan keangkuhan sang penguasa yang zalim pada rakyat. Mengikut maklumat,lebih 14 orang telah ditahan di Stesen KL termasuk wanita.

Lihat Video dibawah kisah demonstran bergerak dari Stesen KTM ke Pasar Seni.Ada video kisah berlaku dalam Stesen KTM.

From KTM to Pasar Seni oleh Malaysiakini



Catatan bersambung di Part 2 - Nantikan....

Jiwa Merdeka

Ini Catatanku - 709 Bersih 2.0

Hari ini memang lain daripada yang lain, biasanya lepas subuh, aku akan sambung tidur balik sampai tengah hari kalau hari minggu. Tapi, Hari ni hari sabtu 9 julai 2011. Tido selepas subuh ku tidak berpanjangan. Aku bangun dalam pukul 8 pagi dan siap mandi macam biasa. Takde la pulak nak mandi bunga or minyak panas ke. Selepas bersiap, aku terus pergi hantar anak2 aku dirumah parent aku yang terletak di ampang. Ayah aku sudah menjangkakan kemana arah tuju aku hari itu, tapi tiada halangan just pesanan supaya berhati-hati (bunyi macam nak pergi berperang je).

Dalam pukul 10 pagi, aku sudah bersiap, tapi aku masih tak keluar rumah lagi. Aku mengambil keputusan untuk melihat berita terkini dan perkembangan semasa dalam internet. Mula2 ada yang bagi tahu lrt masih berjalan seperti biasa, tapi dijangkakan stesen masjid jamek dan pasar seni akan ditutup. Kemudian ada juga berita pagi tu yang dah bagi tahu polis membuat tangkapan rambang dibeberapa tempat di pusat Bandar. Alamak, benda tak mula lagi, tapi dah start tangkap orang, tak thrill la. Tapi yang kene tangkap dalam gambar dan video tu, takde pulak yang bawak parang ke, pedang ke, apetah lagi bom. Yang aku nampak, pak cik pakai kopiah, budak perempuan yang cantik bertudung . aku mula ada sikit goyang. Lagi ada berita yang menyatakan beg2 orang awam digeledah dan jika terdapat sebarang benda bewarna kuning akan ditangkap. Kalau ada garam pun akan ditangkap katanya. Garam untuk ape? Kalau tak tau, pergi search sendiri garam tu guna untuk apa.

Sebelum aku sambung, biar aku citer sikit pasal bersih. Bersih bukan nak tumbangkan kerajaan sedia ada dengan menawan pusat Bandar kuala lumpur, buat kerosakan, berperang dengan polis. Bersih adalah suara rakyat yang ingin kan pembaikan dalam system pilihan raya dan demokrasi di Negara kita melalui 8 tuntutan seperti yang telah dinyatakan. Senang cite macam korang nak Proton mengeluarkan produk yang lebih baik.kalau ada 2 pilihan untuk jadi CEO proton, sorang kata dia akan jadikan proton jadi lebih baik seperti kereta lain di eropah dan asia yang sorang lagi, saya akan pertahankan proton punye teknologi sampai sini je, tidak perlu pembaikan, rakyat Malaysia semua dah suka pakai kereta proton sedia ada, agak2 mana satu yang akan dipilih jadi CEO, Lebih kurang macam tu la. Takde kaitan pun dengan jual agama la, diperkudakan la. Dan macam2 lagi jawapan yang mengarut seperti tak sekolah.

Sambung balik, Jam dah pukul 12.30 tgh hari, aku masih kat rumah depan internet. Perut aku plak, dari pagi tadi meragam, semalam boleh makan tak betul. Bertambah goyang aku, kalau tercicir tengah jalan, memang punah jawabnya. Kemudian abang ipar aku datang rumah, ok dia cakap kita jumpa kat sana, gerak asing2, tak leh sama2 nanti kene tangkap. Kemudian dia pun jalan dulu, abang ipar aku lagi satu dan adik ipar aku pun dah jalan dari pagi, masing2 pergi dengan kawan masing2.

Tak lama lepas tu plak, kawan aku ‘uncle’ call. Dia tanye pergi Bersih tak? Aku cakap pergi la, kemudian dia ajak aku pergi dengan dia naik motor. Aku tanye die ada lesen tak, die cakap ada tapi L, aku cakap tak pe lah, kita jumpa kat sana je kalau ade rezki. Tak pasal2 kene tahan sebab takda lesen penuh sangat tidak dramatik dihari orang lain kene tangkap sebab demo.

Aku masih ragu2 lagi nak pergi, kita sebagai rakyat biasa yang jarang2 pergi demo besar, plak tu dah diugut akan gunakan kekerasan manenye tak cuak. Kemudian ada orang mula upload gambar demo bersih di Melbourne. Dan yang ramai adalah orang cina, haha. Dalam laman social dok sibuk cakap orang melayu bodoh la, terhegeh2 la, orang cina tak pergi pun demo, diorang cuma batu api nak melaga-lagakan melayu lah. Belum cerita pasal ambiga dan ifc nye lah dan macam-macam lagi. Aku peduli apa, apa kaitan dengan tuntutan bersih yang lapan tu? Ada kaitan ke? Cuba cite kat aku sikit, aku nak gelak. Kalau macam tu, sokong team bola sepak Malaysia pun tak boleh la sebab hindu dia punya coach, lepas tu yang main semua melayu, india 2-3 orang jer, cina takde hanya bertepuk tangan menyokong dari jauh. Adoi la punye pemikiran. Ok, semangat aku naik sikit, dalam gambar tu pun perhimpunan berjalan dengan aman, tiada provokasi. Dalam pukul 1 petang macam tu, ade orang upload gambar kat masjid Negara and KTM pasar seni kalau tak silap, rupa-rupanya ramai gile orang dah kat sana. Ok jooom!!.

Aku pun mengenakan kemeja lengan panjang aku, dan membawa seminimum duit yang mungkin. Selain daripada ic, lesen dan kad touch n go, aku keluarkan dari dompet. Konon2 pakai kemeja sebab nak pegi shopping kat midvalley la. aku park kereta di lrt setiawangsa. sampai di lrt, azan zohor berkumandang, Aku niat jama takhir. By the way, aku menetap diluar kl. Moga segalanya dipermudahkan untuk aku. Aku gunakan touch n go untuk melancarkan perjalanan. Dalam lrt, tak ramai orang, aku pun buat rileks je, berdiri depan aku 2 orang dewasa sedikit berusia, sorang cina sorang india berbaju kemaja, tapi baju dalam dia warna kuning! Ok, aku tag dia as a friend.seperti yang aku sedia maklum, stesen masjid jamek dan pasar seni ditutup. Dari masjid jamek ke pasar seni dan kl sentral, aku lihat keluar dari dalam lrt; jalan kosong, tapi orang agak ramai, kelihatan juga, ramai yang solat di kaki lima. Aku difahamkan masjid jamek dan masjid Negara ditutup. Kalau camtu tak yah azan la masjid tu. Tak pun tukar azan untuk hari tu je kat 2 masjid ni “haiya ‘alassolah” kepada “Haiya ‘alal bait”.Aku perhatikan jalan2 yang perlu dan bakal aku lalui nanti berdasarkan flow orang ramai yang sedang berjalan. Turun dari kl sentral, hujan mula turun, agak lebat. Dari kl sentral, aku mengambil jalan keluar menuju ke jalan tun sambathan. Laluan itu tertutup seperti terowong. Orang yang lalu lalang adalah orang biasa dan juga orang yang buat2 biasa serta pelancong asing. Sepanjang perjalanan dari kl sentral ke jalan tun sambathan adalah laluan berbumbung, so tak kena hujan. Bila sampai ke jalan tun sambathan, hujan masih lebat, aku mengambil keputusan untuk berhenti dan berteduh dulu. Kelihatan polis trafik sedang mengawal lalu lintas dan mengalirkan trafik ke jalan tun sambathan 4, jalan tun sambathan clear. Laluan ditutup untuk memudahkan peserta bersih berarak agaknya.huhu. dalam 5 ke 10 minit jugak aku tunggu dan berteduh dari hujan.

Apabila hujan sudah renyai-renyai turun, tiba-tiba seorang pak cik tua yang berdiri agak jauh didepan aku cakap “JOM!”. Rupa-rupanya tanpa aku sedar, aku sudah pun berada dalam kumpulan bersih dalam 40 orang lebih dek sebab hujan lebat tadi. Yela mana nak tau, semua pakai baju biasa, takde yang pakai warna kuning pun. Kami mula berjalan dalam group, pak cik india dan cina aku jumpa dalam lrt pun jalan sekali dalam group tu. Kelihatan 3-4 orang yang bertindak sebagai field commander. Bila grup kami mula jalan, ramai yang mula mengikut, orang ramai yang berteduh kat esso dan petronas di jalan tun sambanthan juga mula join grup kami, orang yang bertenggek dikaki lima juga turut mengekori. Tiada laungan apa2 dibuat. Hanya isyarat tangan untuk mengajak orang yang tengah duduk ditepi jalan or berteduh dibawah pokok join sekali. Baru jalan dalam 200 meter, hujan lebat balik. Memang kuyup. Perjalanan diteruskan. Kelihatan polis trafik dan yang berbaju biru(aku tak tau orang panggil ape kalau polis yang pakai baju biru ni) berada di setiap persimpangan jalan. Mereka tidak berbuat apa, berborak sesame sendiri seperti tak nampak sekumpukan gajah lalu depan mata.Dari jalan tun sambathan, kami berjalan menuju ke jalan sultan sulaiman kemudian ke jalan syed putra. Bila sudah ramai didalam kumpulan, laungan ‘bersih’, ‘hidup rakyat’ dan lain-lain mula dipekikkan untuk menaikkan semangat. seterusnya ke jalan kinabalu dan berhenti di bulatan merdeka dipersimpangan jalan petaling. Disitu aku berjumpa dengan adik ipar aku dan kawan2nye. Kelihatan di jalan masuk ke stadium Negara di tutup dengan kawat duri dan di benteng oleh polis biru. Di belakang mereka ada sekurang2nye 2 trak fru dengan fru nye sekali la. Aku anggarkan lebih kurang 2 ke 3 km perjalanan dari KL Sentral ke Bulatan Merdeka. Kalau hari2 biasa, mintak maaf la aku nak jalan kaki jauh2 macam tu.

Orang masih tidak berapa ramai disitu, ada dalam ratusan orang sahaja ketika itu. Aku difahamkan peserta bersih sudah ramai di beberapa tempat. Kami mula berkumpul di bulatan merdeka. Sedikit ucapan dan taklimat dibuat, kemudian kami menuju kearah betul2 depan kawad duri yang menghalang antara kami dengan polis dan juga yang menghalang kami dengan stadium merdeka. Ntah dari mana, tiba2 orang semakin ramai. Ada yang datang dari arah aku sampai, dan ada juga yang datang dari arah jalan petaling. Aku kini berada betul2 dihadapan kawad duri yamg merintangi jalan.Keadaan masih terkawal. Polis juga memberikan kerjasama(tak menghalau). Slogan2 ‘hidup rakyat’ ‘hidup bersih’ ‘takbir’ ‘daulat tuanku’ bergilir2 dipekikkan.

Dalam keramaian di kejauhan, kedengaran orang bersorak kuat, rupa2 nya SN A Samad Said Berjaya sampai ke kumpulan kami dengan membawa memorandum. Peserta Bersih dah semakin ramai waktu tu. Aku difahamkan Pak Samad rupanya berkaki ayam dari KL Sentral ke Bulatan Merdeka tempat kami berhimpun kerana kehilangan kasut ketika huru hara di terowong bawah KL Sentral kerana polis mengepung dan menembak gas ditempat yang tertutup. Aku agak bernasib baik sebab awal sedikit, kalau x dengan2 aku sekali kene gas. Jangan main2 weh pasal gas ni, aku yang tak hisap rokok ni pun tak boleh tahan kene asap rokok, inikan pula kene asap gas. Tempat tertutup pulak tu, memang boleh lemas orang ramai. Padan la pak samad cakap gas kali ini dia kena paling teruk, masa dia demo mansuhkan bahasa inggeris dalam subjek mat dan sains dulu tak teruk sangat katanya. Last sekali aku kene gas masa aku lepas form 5 dulu, demo untuk Iraq kalau tak silap. Fuh, dia punya asap tu perit dari hidung pegi ke tekak. Mata pedih tok sah cakap la. Nanti aku sambung lagi pasal tear gas canister ni.

Kehadiran Pak Samad Berjaya menaikkan lagi rating moral aku yang sudah agak keletihan. Nak beli air pun tak da orang jual.kalau diorang bukak kedai jual air mineral botol kecik tu satu RM3 pun kompem laku. Dalam keramaian kami berkumpul dihadapan polis tanpa diganggu, ada juga yang cuba membuat provokasi terhadap polis seperti menjerit dan memaki polis, tapi kami serta peserta lain berjaya mematahkan provokasi tersebut. Biasanya yang cetuskan provokasi ni Siput Babi. Siput Babi tu ape? Cari sendiri. Semasa perhimpunan disitu berlansung dengan aman, tiba2 truck water canon tersembur air dia sedikit. Macam kencing tak lawas tu. Keadaan menjadi sedikit tegang dikalangan peserta kerana tiba2 plak polis ni nak main sembur2, tak de amaran suruh bersurai or takde bunyikan ‘loceng aiskrim’ kat truck fru tu pun. Tapi aku rasa polis dalam truck tu tersalah tekan kot. Peserta Bersih disitu berjaya ditenangkan semula.

Tidak lama selepas Pak Samad sampai, Husam Musa pula sampai dalam kumpulan yang besar. Lautan manusia ketika itu memang superb, yang lagi best, bukan melayu jer ramai. Cina ramai, india pun ramai. Ini dalam intenet dok sibuk cakap melayu je ramai. Perhimpunan dah habis pun sibuk cakap melayu jer ramai yang pegi. Cina dan india duduk kat rumah bertepuk tangan. Hello kawan, nak story sikit eh, awak kalau nak cari sumber, jangan bukak satu buku je tau, nak2 yang dah kompem buku tu cerite takde fakta. Kalau buat assignment or thesis memang confirm fail tau, bukan markah kesian lagi. Berbalik semula. Tourist pun join sekali demo ni tau. Didepan mata aku sendiri ada orang buta yang ditemani oleh penjaganye. Nasib baik dia tak jual tisu tau, kalau dia jual, pergh, tak tau berapa collection dia hari tu.sekadar selingan. Ok, kalau nak bayangkan berapa ramai orang kat tempat aku, meh aku cite. Kat tempat aku je tau, belum kat klcc, jalan pudu, pasar seni dan lain2. Bulatan Merdeka tu bawa ke Jalan Petaling, penuh dengan umat manusia berbilang kaum. Seluas mata memandang tu la ramai nye orang. Suasana disini sangat meriah tanpa provokasi dari pihak polis. Cumanya polis x benarkan jalan lebih dari kawad duri yang menghalang peserta untuk ke stadium Negara.

Disini para pemimpin bersih bergilir-gilir memberikan ucapan, pak samad, Husam musa, wakil orang cina, wakil orang india. Ketika jam menunjukkan pukul 3.40 petang +-, seorang wakil ahli jawatan kuasa bersih memberikan ucapan, antara didalam ucapannya adalah kita telah berjanji dengan tuanku YDPA yang kita akan bersurai secara aman tepat pukul 4 petang, harap semua dapat bagi kerjasama. Kesemua peserta bersetuju dan memberikan tepukan gemuruh kepada pihak polis yang menjalankan tugas dengan baik dan membenarkan kami berhimpun secara aman didepan stadium merdeka.
Majlis disitu, berakhir dengan bacan doa oleh pak cik tua yang aku ikut dari Kl Sentral. Rupanye pak cik tua tu Ustaz Abu Bakar Chik. Semasa doa diaminkan terdapat juga suara2 nakal ajak polis amin kan sekali. Perhimpunan tamat dengan tepukan gemuruh untuk pasukan polis yang bertugas dikawasan itu sahaja yang memberikan kerja sama yang baik. Polis belah pudu, klcc tempat lain aku x nak cakap, aku tak de kat tempat kejadian, tapi korang boleh tengok sendiri dalam internet dan youtube. Yang pasti Bersih tau, kita berhimpun bukan nak hadap polis tu, sebab tu kekerasan tidak dibalas. Mungkin, aku ulang lagi sekali mungkin polis yang baik2 mintak bertugas di stadium, dan jugak menjaga trafik.

Lagi satu perkara aku nak jelaskan kepada yang tak pergi dan hanya tengok gambar dan video sahaja dan tak biasa dengan demo-demo ni. Suasana ketika polis melepaskan tembakan gas pemedih mata, kemudian tiba2 dari arah peserta Bersih juga kelihatan “membalas” dengan membaling gas jugak; benda tu macam ni,nak bagi korang ni paham, yang dah paham takpe. Dalam ramai2 peserta Bersih, ada yang tua, ada yang bawah umur, ada perempuan yang hatinya kental tapi fizikalnya tidak berapa kuat, tapi ada juga anak muda yang jiwanya kental, fizikalnya mantap. Apabila polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata, gas yang keluar tu adalah sangat perit, mata jadi sangat pedih, hidung dengan tekak tibe2 rase perit sangat dan susah nak bernafas. Orang tak pernah kene, boleh jadi hilang arah dan tak tau nak buat apa. So, anak2 muda yang kuat dan berani ini, akan kutip canister gas tu dan baling balik kearah yang tak da orang seperti di sungai atau kearah polis tu balik. Takkan dia nak baling kearah kawan dia kan? Ada juga yang sepak canister tersebut jauh-jauh.

Kembali ke cerita aku yang tak habis2 ni, peserta didepan stadium beransur2 pulang dengan aman, kebanyakan nye menuju ke KL Sentral semula, seperti biasa, polis trafik paling sporting hari ni, aku rasa diorang ni menyampah dekat orang yang berkenderaan kot. Masa jalan nak balik tu dalam pukul 4 +-, kereta mula melalui jalan-jalan yang ditutup. Yang menariknya, polis trafik membantu peserta bersih untuk melintas jalan dengan menahan kenderaan yang lalu lalang. Haha, itu la, orang dah kata jalan ditutup, tapi nak lalu jugak, memang termenung la diorang menunggu peserta bersih lintas jalan. Ada yang menyirap sampai hon kuat2 dan lama2, tapi polis trafik tu buat deek je sambil terus memberi laluan untuk peserta bersih melintas jalan.

Ok, kalau korang tau jalan tun sambathan, ada 2 petrol station kat situ, satu Petronas, satu lagi Esso. Agak2 korang apa yang berlaku? Hahaha, dua2 stesen minyak ni la aku rasa kaut untung paling banyak hari tu untuk kategori kedai di tepi jalan. Masa aku lalu depan Mesra dan On the run, penuh dengan orang yang shopping. So aku amek keputusan untuk terus ke KL Sentral jer, tekak yang haus ni aku abaikan dulu. Aku melalui balik jalan yang aku lalu masa pergi tadi. Masa lalu dalam terowong untuk nak ke stesen KL Sentral, kesan gas yang terkena pada pak samad tadi, masih tak hilang, pedih nya terasa, aku lalu dengan tutup mulut dan hidung aku dengan tuala kecil yang aku bawa. Nak tutup mata nanti tak Nampak jalan plak.

Aku berniat untuk terus balik, apakan daya, stesen KL Sentral dah ditutup, aku rasa kalau tak tutup, pasti lagi ramai umat manusia yang join Bersih. Jam sekarang pukul 4.30 petang, so aku pergi tandas jap, dan kemudian lepak makan di KFC.ini restoran pun manyak untung aku rasa ini hari. Senang cite, sape yang tak tutup kedai ini hari, kompem untung. Kebanyakan kedai dan lrt stesen ni bukanlah terpaksa tutup sebab takut rugi, tapi sebenarnya dipaksa tutup oleh somebody. Kata la kalau 1 juta orang naik lrt hari tu, tak ke jadinya macam peak hour hari kerja collection lrt tu? Di KFC, Aku berjumpa dengan beberapa rakan yang menyertai bersih tapi punya pengalaman yang berbeza. Kawan aku antara yang dikepung didalam terowong dan kemudian ditembak dengan gas pemedih mata. Dia juga dapat mengambil gambar pengawal peribadi anwar yang berlumuran darah kerana terkena canister tepat ke muka. Selesai melayan 2 ketul ayam KFC, kelihatan stesen lrt sudah dibuka semula.
Aku pun terus pulang kerumah.

Resolusi aku:
1. Tanpa provokasi polis/SB, perhimpunan dapat berjalan dengan aman
2. Masih wujud lagi polis yang punya hati budi. Tapi sori, report terhadap kekejaman yang dibuat aku tetap sokong.
3. Anak muda, remaja, wanita, dan orang tua termasuk OKU Melayu, Cina, India semua turun berkongsi aspirasi yang sama menuntut pilihanraya yang adil (tak percaya sila tengok youtube)
4. Bersih 2.0 yang dianjurkan diluar negara berjaya membuka mata ramai pihak yang menilai betapa bezanya layanan terhadap peserta perhimpunan Bersih di Malaysia. (tak percaya juga sila tengok youtube, kawan aku juga salah sorang yang berhimpun secara aman diluar Negara)
5. Rakyat Malaysia berjaya membuktikan mereka boleh berhimpun secara aman tanpa merosakkan harta benda awam, apatah lagi membawa senjata-senjata tajam yang tidak munasabah seperti pedang, parang, bom dan yang pelik2 serta tidak masuk akal.

Ini cerita aku, pengalaman aku sudah tentu berbeza dengan orang lain yang menyertai perhimpunan Bersih ini, apa yang pasti kita berkongsi tujuan yang sama iaitu untuk membina hari yang lebih baik untuk Malaysia dikemudian hari. Daulat Tuanku!

Pelabuhan Malam

CATATAN LENGKAP “BERSIH 2.0” DARI ANAK MUDA BUKIT MERTAJAM a.k.a BUDAK BM

Persiapan Strategi Menuju “Bersih 2.0
Petang  Jumaat 8 Julai 2011, habis saja waktu kerja aku terus memandu pulang. Di dalam fikiran aku pada waktu itu hanya memikirkan tentang perhimpunan besar dan bersejarah yang bakal berlangsung keesokan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Perhimpunan yang dimaksudkan ialah perhimpunan BERSIH 2.0. Dalam perjalanan pulang ke rumah petang itu aku singgah di kedai cyber cafe tempat kawan aku iaitu Adil bekerja. Adil juga akan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 bersama dua lagi rakan aku yang lain itu Ikhwan Nasir atau Achen serta Said. Kami berempat telah mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi pada jam 10 malam itu.
Tujuan aku singgah di kedai tempat Adil bekerja adalah untuk memikirkan strategi atau tempat untuk kami berkumpul dan bergerak setiba di Kuala Lumpur nanti. Ini kerana keputusan pihak Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil BERSIH 2.0 yang mengubah cadangan pada saat-saat akhir perhimpunan ke Stadium Merdeka membuat aku turut juga terpaksa mengubah cadangan dan rancangan kami . Pada mulanya aku telah memutuskan untuk turun di stesyen keretapi Sungai Buloh dan mengambil komuter ke stesyen bank negara dan berjalan ke Sogo untuk berkumpul di sana. Ini kerana, pada mulanya BERSIH 2.0 mencadangkan agar para penyokong berkumpul di tiga tempat sekitar Kuala Lumpur pada hari itu iaitu di SOGO, Masjid Kampung Baru dan DBKL. Tetapi akibat perubuhan tempat berkumpul disaat-saat akhir kesan dari tekanan dari pihak kerajaan, membuatkan kami juga terpaksa mengubah perancangan kami. Lagi pun berdasarkan pengalaman aku menyertai perhimpun Anti ISA 2009 yang lalu, SOGO adalah tempat strategik untuk berkumpul.
Mengumpul Maklumat
Aku cuba berhubung dengan rakan-rakan aktivis yang lain pada hari Jumaat itu bagi mendapat maklumat sebenar dimana kawasan strategik yang bakal digunakan untuk berkumpul. Satu maklumat yang aku dapat, memberitahu agar berkumpul di Masjid Negara dan berarak ke Stadium Merdeka selepas Zohor dan jika tidak dapat ke Stadium Merdeka diarahkan berkumpul di Puduraya. Aku mengirim sms ke salah seorang aktivis sosial terkenal iaitu Hishammudin Rais a.k.a Tukar Tiub bagi bertanyakan maklumat dan serta idea strategi. Tukar Tiub mengarahkan aku turun keretapi di Stesyen Keretapi lama Kuala Lumpur dan terus ke Masjid Negara dan berkumpul di situ hingga pukul pukul 2 petang dan berarak ke Stadium Merdeka. Sebenarnya aku tidak berapa berminat untuk berkumpul di Masjid Negara, ini kerana berdasarkan sejarah demostrasi – demostrasi besar sebelum ini Masjid Negara adalah tumpuan utama polis dan  FRU untuk membelasah dan menangkap para penyokong.  Tapi akhirnya aku akur juga kepada cadangan – cadangan untuk berkumpul di  Masjid Negara.
Setiba di rumah aku terus mandi dan berehat sekejap bagi menghilang penat bekerja pada hari itu. Dalam hati aku, aku begitu tidak sabar untuk menanti jam 10 malam untuk menaiki keretapi ke Kuala Lumpur. Aku turut menghubungi kawan – kawan aku yang lain yang akan menyertai perhimpunan itu juga. Ada antara rakan aku yang lain ini pergi dengan menaiki kereta dan ada yang pergi menaiki bas yang disewa khas. Aku memilih untuk menaiki keretapi kerana bagi aku perjalanan dengan keretapi lebih lancar dan selamat untuk ke Kuala Lumpur berbanding dengan kenderaan lain walaupun agak sedikit memenatkan. Mustahil polis akan membuat sekatan jalan raya di atas landasan keretapi. Ini kerana 3 hari sebelum perhimpunan itu berlangsung jalan masuk ke Kuala Lumpur dikawal begitu ketat seperti situasi perang dan Kuala Lumpur telah menjadi kawasan larangan pada pemimpin – pemimpin utama perhimpunan BERSIH 2.0 serta banyak jalan juga telah ditutup menjelang 12 tengah malam 9 Julai 2011 bagi menghalang orang ramai memasuki Kuala Lumpur. Hampir beratus juga telah ditangkap beberapa hari sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 berlangsung.  Aku cuma risaukan kalau - kalau Keretapi Tanah Melayu KTM membatalkan semua perjalanan mereka ke Kuala Lumpur pada malam itu. Aku telah membuat keputusan jika perkara ini berlaku aku dan rakan – rakan aku tetap akan pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta aku sendiri. Apa pun terjadi aku mesti libatkan diri dalam perhimpunan yang bersejarah itu. Aku tidak mahu menjadi rakyat Malaysia yang hanya mengeluh tetapi berpeluk tubuh tidak berbuat apa – apa.
Beberapa jam sebelum bertolak, aku mengikuti perkembangan semasa mengenai perhimpunan itu di internet dan juga di televisyen. Berbagai amaran dan ancaman yang keluar dari media – media arus perdana pada saat – saat akhir hinggalah mahu menggunakan tentera bagi menakutkan rakyat yang mahu menyertai perhimpunan itu nanti. Semua ancaman dan tekanan yang keluar dari media arus perdana itu membuatkan aku lebih bersemangat dan tidak sabar – sabar untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0. Aku perhatikan yang wajah ibu aku agak risau dengan perkembangan melalui berita tv3 malam itu. Namum aku cuba menyakinkan ibu aku bahawa tujuan aku pergi ini adalah untuk menyertai perhimpunan yang aman dan bukan untuk membuat kekacauan. Dalam hati aku, aku hanya mahukan “restu” dari ibu aku. Ayah aku hanya selember dan tidak berkata apa – apa melihat aku bersiap – siap untuk pergi ke stesyen keretapi pada malam itu. Namum aku tahu, ayah aku bersetuju dengan tindakan aku cuma dia seorang yang tidak pandai menunjukkan penyetujuannya.
Melangkah Keluar Dari Rumah
Tepat jam 9 malam aku melangkah keluar dari rumah dengan membawa sebuah beg  galas dan sehelai tuala kecil. Aku tidak membawa sebarang pakaian lebih. Aku keluar dari rumah dengan menaiki motosikal menuju ke rumah Said. Dalam perjalanan ke rumah Said di Kampung Baru Alma, aku singgah di sebuah mesin atm bagi mengambik wang. Aku hanya membawa RM150 dalam poket.  Ini kerana aku baru beberapa minggu bekerja dan belum mendapat gaji. Sampai di rumah Said, emak Said telah sedia menjemput aku. Motosikal aku, aku tinggalkan di rumah Said dan emak bersama kakak Said menghantar aku dan Said ke Stesyen Keretapi Bukit Mertajam dengan menaiki kereta
KTM Bukit Metajam
Setiba di KTM Bukit Mertajam, Adil dan Achen telah sedia menunggu. Aku perhatikan telah ramai orang berkumpul di KTM Bukit Mertajam bagi menaiki keretapi ke Kuala Lumpur. Dalam perkiraan aku ramai yang berada di KTM Bukit Mertajam tersebut akan ke Kuala Lumpur dengan tujuan yang sama dengan aku. Namum aku sedar, polis cawangan khas SB juga telah ramai berkeliaran dan memerhatikan gerak – geri bakal penumpang keretapi malam itu yang akan ke Kuala Lumpur. Di stesyen keretapi, kami berempat tidak duduk sekali dan berlagak seolah – olah tidak mengenali antara satu sama lain, ini kerana bagi mengelakkan gerak – geri kami disedari oleh polis SB yang belegar sekitar kawasan stesyen keretapi. Ini ditambah pula, dalam beg yang digalas Achen mempunyai 4 helai baju T-Shirt BERSIH 2.0. Kami tidak bercakap banyak sementara menunggu keretapi datang. Aku berdiri di kawasan luar stesyen sambil mengisap rokok sendirian begitu juga dengan 3 rakan aku yang lain dengan hal masing – masing. Sehinggalah keretapi yang kami tunggu datang. Dalam hati aku merasa lega melihat keretapi yang akan membawa kami ke Kuala Lumpur tiba juga akhirnya. Aku bimbang kalau – kalau pihak KTM membuat pengumuman yang keretapi pada malam itu dibatalkan perjalanan, ini kerana Malaysia ini semuanya boleh.
Setelah keretapi tiba, kami menaiki gerabak seperti yang tertulis diatas tiket dan duduk di kerusi yang ditetapkan.  Aku telah membeli tiket keretapi ini 3 minggu sebelum perhimpunan ini berlangsung bagi mengelakkan kehabisan tiket. Apa bila keretapi mula bergerak, aku sudah berdebar – debar serta tidak sabar untuk tiba. Sudah terbayang difikiran aku tentang lautan manusia yang ramai membanjiri Kuala Lumpur serta aroma gas pemedih mata yang pasti akan dapat aku hidu. Aku sedar yang peratusan untuk ditangkap oleh polis pada perhimpunan BERSIH 2.0 itu nanti cukup tinggi, 60% untuk ditangkap itu mesti ada. Namum semua itu membuatkan aku lebih bersemangat dan aku rela kalau tertangkap. Kerana bagi aku, jika tertangkap sekali pun, aku pasti merasa bangga kerana aku bukan melakukan kesalahan jenayah tetapi sebagai pejuang rakyat. Sepanjang perjalanan dan beberapa hari sebelum kami bertolak ke Kuala Lumpur, aku sering bergurau dengan kawan aku dengan mengatakan, “kita tak payah pikir la pasal nak balik lagi...kita pikir pasal nak pi dulu..lagi pun bila kita pi belum tentu kita boleh balik.....” semua ini walaupun aku ucapkan sebagai gurauan namum masej yang aku cuba hantar ialah perhimpunan ini cukup memcabar dan kemungkinan untuk ditangkap itu cukup tinggi, moga kami bersedia.
Situasi Di Dalam Keretapi
Di dalam keretapi, aku terdengar cakap – cakap penumpang yang duduk dihadapan aku tentang perhimpuan BERSIH 2.0. Aku sedar bahawa mereka juga bakal menyertai perhimpunan itu. Setelah beberapa jam dalam keretapi aku mula dapat merasakan bahawa hampir semua dalam gerabak yang aku naiki itu adalah bakal demostrater yang akan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0. Kini aku mula sedar bahawa pasti ramai yang akan menyertai perhimpunan itu nanti walaupun pelbagai cara Umno Barisan Nasional gunakan untuk menghalang rakyat menyertainya. Aku hanya tidur – tidur ayam diatas keretapi, walaupun badan aku agak letih kerana bekerja disiang hari, namum aku tidak boleh tidur dengan lena bukan kerana keretapi yang bergoyang tetapi asyik memikirkan dan tidak sabar dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung kurang 24jam dari masa tersebut.
Setelah bosan menonton tv di dalam keretapi, kami berempat pergi ke kantin untuk minum. Di kantin aku juga terdengar bisik – bisik orang bercakap tentang BERSIH 2.0, dan nada mereka bercakap menunjukkan mereka akan menyertai perhimpunan itu nanti. Kami hanya tersenyum menyatakan sokongan kepada mereka itu. Kami tahu ramai yang menyokong BERSIH 2.0 di dalam keretapi itu tetapi tidak berani untuk menunjukkan secara terbuka kerana bimbang dengan polis SB yang sentiasa berada di merata tempat. Selesai minum kami lepak ditangga keretapi bagi menghisap rokok. Aku perhatikan terdapat seorang lelaki sekitar lewat 40an sedang duduk ditepi tangga keretapi. Rupanya lelaki ini menaiki keretapi dengan tidak mempunyai tiket dan sanggup membayar denda harga tambang untuk ke Kuala Lumpur bagi tujuan yang sama.  Terlintas dihati aku, jika pak cik yang bersendal capar yang berusia hampir 50an ini berani untuk pergi ke perhimpuan BERSIH 2.0 seorang diri, malulah aku yang berusia 20an yang penuh tenaga ini jika tidak menyertainya.
Sepanjang perjalanan dalam keretapi ke Kuala Lumpur, aku dihujani dengan banyak sms dari rakan dan pemberi maklumat. Ramai rakan – rakan mengirim sms dengan ucapan selamat dan kata –kata semangat. Ada juga yang menelefon dengan memberitahu keadaan semasa di Kuala Lumpur. Aku juga turut mengirim sms bertanyakan perkembangan rakan – rakan aku yang pergi dengan kereta dan bas. Ini bagi memastikan semuanya selamat tiba ke destinasi demokrasi. Semua ini membuatkan aku lebih semangat. Kira – kira jam 5.15 pagi aku mendapat panggilan dari rakan aku yang pergi dengan kereta. Dia memberitahu bahawa dia telah selamat tiba di Kuala Lumpur dengan selamat. Aku kagum kerana dengan begitu ketat kawalan polis pada malam itu rakan aku itu dapat menembusi juga ke Kuala Lumpur dengan menggunakan pelbagai jalan alternatif. Aku tiba di Kuala Lumpur kira – kira sejam dari itu.
Apabila keretapi melintasi stesyen KTM Sungai Buloh aku sudah bangkit membawa beg dan menunggu di tangga keretapi kerana aku tahu selepas beberapa ketika sahaja lagi aku akan tiba di stesyen lama Kuala Lumpur. Apa bila keretapi tiba di stesyen keretapi lama Kuala Lumpur, keretapi kami tidak berhenti, malah terus meneruskan perjalanan ke KL Sentral. Lagi aku terpaksa mengubah rancangan saat – saat akhir. Ini kerana rancangan awal untuk ke Masjid Negara agak terganggu kerana jarak KL Sentral ke Masjid Negara agak jauh, malah ada maklumat mengatakan yang semua komuter pada hari itu telah dihentikan perkhidmatannya.  Namum kami terpaksa juga meneruskan racangangan. Kami tidak kekok walaupun rancangan awal kami agak terganggu kerana ramai lagi para peserta perhimpunan tersebut turun di KL Sentral.
Tiba Di KL Sentral
Setiba di KL Sentral aku melihat ramai para peserta perhimpunan telah tiba serentak atau mungkin sebelum kami. Aku juga terjumpa beberapa orang kampung aku yang bakal turut serta dalam perhimpunan itu nanti. Kami menuju ke surau KL Sentral dan ramai peserta – peserta berada di surau hinggakan terpakasa menunggu giliran untuk solat subuh. Setelah selesai kami berempat berlegar sekitar KL Sentral. Kami lepak bersama peserta dari negeri – negeri lain di pintu masuk utama KL Sentral. Orang yang makin ramai tadi telah makin kurang entah kemana. Aku mendapat maklumat ada yang pergi berjalan kaki ke Masjid Negara dan Stadium merdeka yang jaraknya agak jauh, malah polis telah makin bertambah di KL Sentral. Aku pergi berbual dengan beberapa orang para peserta dari Johor. Setelah beberapa lama berbual, salah seorang dari mereka mendapat sms dengan mengatakan arahan untuk berhimpun di Masjid Negara dan bergerak ke Stadium Merdeka pada jam 2 petang. Aku mendapat matlumat bahawa komuter ke arah Masjid Negara masih beroperasi dan bakal ditamatkan tidak berapa lama lagi.
Aku lantas pergi kearah kawan aku dan mengajak mereka membeli tiket ke untuk ke Masjid Negara. Aku dan rakan – rakan aku bersama kumpulan lelaki dari Johor itu tadi terus bergerak ke kuanter tiket. Namum kumpulan dari Johor itu tadi terlebih dahulu menaiki komuter dari kami dan kami terpaksa menunggun komuter yang lain. Sekitar 8.45 pagi, kami menuju ke stesyen keretapi lama denga menaiki komuter arah Rawang. Tiba di KTM lama Kuala Lumpur kelihatan polis telah penuh sekitar kawasan Masjid Negara. Namum polis pada waktu itu tidak mengganggu pergerakan bakal peserta perhimpunan yang sekitar ratusan orang sekitar KTM lama dan Masjid Negara. Polis hanya memerhatikan pergerakan para peserta kerana mungkin mereka belum mendapat arahan untuk bertindak.
KTM KL dan Masjid Negara
Adil dan Achen berjalan jauh ke depan dan aku berjalan bersama Said dibelakang. Tiba – tiba Said mengatakan yang dia mahu ke tandas. Aku membiarkan Said ke tandas dan terus mengejar langkah Adil dan Achen yang jauh kedepan. Aku sukar memerhatikan mereka kerana jumlah orang yang makin ramai. Aku menelefon Adil dan dia memberitahu bahawa dia dan Achen berada sedikit dihadapan. Setelah aku bertemu semula dengan Adil dan Achen, kami menunggu Said dihadapan restoran nasi kandar di KTM KL. Lama menunggu tapi Said belum tiba, aku serta Adil dan Achen mengambil keputusan untuk pergi dahulu ke Masjid Negara dan percaya Said akan menyusul kemudian memandang keadaan pada waktu itu masih lagi tenang.
Setiba di Masjid Negara aku perhatikan ramai anggota polis yang beruniform dan tidak beruniform telah berada dalam kawasan masjid. Namum jumlah orang ramai juga makin meningkat sekitar perkarangan masjid negara. Kami bertiga lepak di dataran Masjid Negara tersebut sambil menunggu Said. Aku mula menghubungi Said tetapi tidak dijawab. Aku mula memikirkan yang Said sudah mungkin ditangkap. Tidak berapa lama selepas itu, Said menghubungi aku dan bertanya kami berada dimana. Aku memaklumkan yang kami berada dalam perkarangan Masjid Negara dan mengarahkan dia datang ke sini. Said memberitahu bahawa dia sudah tidak boleh datang kearah masjid kerana sudah ada sekatan polis dari menghalang orang ramai masuk ke masjid. Said juga memaklumakan bahawa dia telah ditahan polis dan beg yang dia bawa telah digeledah polis namum tidak ditahan. Aku mengarahkan Said berjalan seperti biasa ke Masjid Negara namum Said memberitahu dia sudah tidak boleh untuk berbuat begitu.
Suasana Tegang Di Masjid Negara
Namum begitu, dalam beberapa ketika sahaja keadaan di Masjid Negara sudah menjadi sedikit tegang. Polis yang beruniform dan yang memakai vest polis telah mula bergerak kearah orang ramai. Berdasarkan pengalaman aku, polis yang 
memakai vest ini selalunya digerakkan untuk menangkap dan membuat serbuan keatas para peserta secara rambang. Aku mengajak Adil dan Achen masuk ke dalam masjid kerana dalam perkiraan aku polis mungkin tidak menggangu mereka yang berada dalam masjid. Namum jangkaan aku silap, Polis menghambat orang ramai hingga ke dalam masjid. Kami berlegar – legar sekitar dalam masjid bagi menjauhkan diri dari polis yang mula menerpa kearah orang ramai. Terdapat jeritan dari polis yang mengarahkan semua yang berada di dalam masjid supaya beredar. Aku perhatikan dari atas seorang muslimat PAS telah ditahan oleh beberapa polis wanita dan lelaki.

Sambil itu keadaan dalam Masjid Negara mula agak tegang, Achen hampir bertekak dengan polis yang mahu mengambil begnya. Aku tahu Achen tegas melawan tindakkan polis tersebut kerana terdapat 4 helai t-shirt Bersih 2.0 didalamnya. Jika ini dikesan sudah tentu Achen akan ditahan. Aku menasihatkan Achen jika keadaan memaksa tinggalkan sahaja t-shirt bersih itu kerana bagi aku penyertaan kami dalam perhimpunan bersih 2.0 itu lebih penting dari t-shirt tersebut. Namum Achen begitu berani dan masih enggan meninggalkan beg berisi t-shirt bersih 2.0 tersebut.

Solat Hajat Yang Dikepong
Tidak berapa lama selepas itu, terdapat seorang lelaki mengajak semua yang berada di dalam masjid untuk menunaikan solat hajat. Aku mengambil keputusan untuk menyertai solat hajat tersebut. Aku hanya mengambil wudhuk pada air pancut ditepi kolah masjid. Selang beberapa ketika air pancut itu tadi ditutup entah oleh siapa, dan mungkin tujuannya bagi menghalang orang ramai dari mengambil wuduk sekaligus menghalang dari mereka bersolat hajat. Sekitar 70 orang lebih menyertai solat hajat tersebut. Adil dan Achen tidak menyertai solat hajat tersebut kerana mereka diprovok oleh polis untuk meninggalkan kawasan dalam masjid. Mujur aku sempat memasuki saf solat dan polis tidak dapat berbuat apa – apa. Kini aku sudah terpisah dari Adil, Achen dan Said. Jemaah lain terus bersolat hajat. Dalam masa kami bersolat hajat, polis telah bertindak mengepong tempat kumpulan jemaah yang sedang bersolat. Mungkin begini agaknya umat Islam di Palestin menunaikan solat di Masjid Al-aqsa yang dikawal ketat oleh polis dan tentera Israel.  Aku kira setelah selesai solat ini nanti pasti aku dan semua disini akan ditangkap. Namum aku terus menunaikan solat hajat dengan tenang.
Selepas sujud yang terakhir, aku mendengar arahan dari walkkie talkie polis yang mengarahkan agar semua yang sedang bersolat itu ditangkap. Pada ketika itu imam sedang membaca doa, kami semua tidak berganjak dari saf dan terus mengaminkan doa imam walaupun polis telah mengelilingi kami dan mungkin hanya menunggu masa untuk menangkap. Doa yang panjang dibaca oleh imam dan jumlah polis semakin ramai mengelilingi dan menghampiri jemaah yang sedang berdoa. Namum tidak seorang pun yang berasa gentar atau meninggalkan saf jemaah. Semua makin kuat dan bermangat mengaminkan doa imam. Aku bersedia sahaja sekiranya ditangkap setelah solat itu.
Namum setelah selesai solat, seorang pegawai polis yang berpaku tiga, mengarahkan dengan lembut dan sopan kepada semua jemaah untuk beredar dari kawasan dalam masjid dengan berjalan kearah hadapan dan pusing keluar mengikut pintu utama masjid. Walaupun aku merasa sedikti lega dengan arahan itu, namum aku merasakan mungkin ada muslihat polis dengan mengarahkan kami keluar dari dalam masjid dengan melalui satu arah. Mungkin ada polis diluar sana yang telah bersiap sedia untuk menangkap kami. Aku bersedia sahaja dengan apa jua kemungkinan.
Rupanya polis ikhlas dengan arahannya tersebut, kami dibiarkan meningkalkan kawasan  dalam masjid dan perkarangan Masjid Negara dengan tenang dan aman tanpa sebarang gangguan dan provokrasi. Aku juga sempat bergurau dengan salah seorang polis ketika dia sedang mencari kasut dan dia juga membalas guruan aku dalam loghat Kelantan. Terima kasih aku ucapkan kepada pegawai dan anggota polis yang sanggup engkar arahan ketuanya yang menyuruh menangkap kami tadi. Dalam demostrasi – demostrasi besar begini, saat paling genting serta berisiko tinggi untuk ditangkap adalah pada sebelum dan selepas perhimpunan.
Restoran Mamak Nasi Kandar KTM Lama KL
Setelah keluar dari perkarangan Masjid Negara, aku menelefon Adil dan dia memberitahu bahawa dia dan Achen sedang berada dihadapan KTM lama KL. Aku berjalan keluar dengan selamber sambil melemparkan senyuman kepada anggota polis yang terdapat di kawasan sekitar. Aku mencari – cari Adil dan Achen dicelah – celah orang ramai dan anggota polis. Akhirnya aku bertemu kembali dengan Adil dan Achen tetapi  Said telah hilang sejak dari tadi. Usaha menghubungi dia juga gagal. Aku serta Adil dan Achen masuk ke dalam restoran nasi kandar di KTM lama KL. Tujuan kami adalah untuk mengelak dari bertembung dengan polis dan berlagak seperti pelanggan restoran. Keadaan pada waktu itu walaupun kelihatan tenang tapi cukup membahaya umpama ikan yang bergerak dicelah – celah jaring dan bila – bila masa sahaja boleh tersangkut pada jaring. Polis menangkap sesiapa sahaja secara rambang dan usaha menjauhkan diri dari mereka dan SB perlu dilakukan. Aku sempat menoleh kearah Masjid Negara dan aku perhatikan Masjid Negara telah ditawan polis dalam sekelip mata. Hanya kelibat polis sahaja yang kelihatan dalam perkarangan Masjid Negara tidak seperti awal tadi.
Aku, Adil dan Achen masuk kedalam restoran nasi kandar dan memesan minimum. Aku sempat menjamah roti canai bagi mengisi perut. Keadaan dalam restoran nasi kandar itu juga penuh sesak dengan orang ramai yang juga para peserta perhimpunan. Aku kira mamak nasi kandar itu pada hari tersebut sahaja telah mengaut untung lebih dari hari – hari lain. Aku menghubungi Said sekali lagi dan kali ini berjaya. Aku mengarahkan dia datang dan masuk kedalam restoran nasi kandar tersebut. Dalam pada masa itu para peserta perhimpunan di dalam restoran nasi kandar tersebut terus berbual dan mengutuk kawalan ketat polis. Kali ini semuanya bersembang secara terbuka dan tidak secara bersembunyi lagi. Tidak berapa lama selepas itu aku terlihat Said telah memasuki restoran nasi kandar yang aku dan dua rakan aku lagi berada. Rupanya selamat lagi Said dari ditangkap. Kami berusaha untuk mengelakkan diri dari ditangkap bukan kerana takut dilokap atau ditahan, tetapi kami memikirkan rugi jika tertangkap awal – awal kerana sudah tentu peluang kami untuk berhimpun dalam beberapa jam sahaja lagi akan terbantut dan kami betul – betul mahu terlibat dalam perhimpunan tersebut.
Tangkapan Dan Pemeriksaan Beg Mencari T-Shirt Kuning “Bersih 2.0”
Sedang kami minum, kami memerhati melalui tingkap restoran, tangkapan demi tangkapan telah dilakukan oleh polis. Tidak berapa lama selepas itu datang arahan dari pegawai polis yang mengarahkan sesiapa yang telah selesai makan dan minum agar terus keluar meninggalkan restoran nasi kandar tersebut. Sebelah pintu restoran nasi kandar tersebut juga telah ditutup bagi menghalang orang ramai masuk. Nampaknya polis yang menyekat rezeki mamak itu pada hari tersebut. Aku merasakan keadaan mula agak kurang selesa dan berbahaya di dalam restoran nasi kandar tersebut. Ini ditambah lagi dengan polis yang sudah mengepung pintu masuk restoran tersebut. Aku mengajak 3 rakan aku yang lain agar keluar dari restoran. Setiba di pintu restoran untuk keluar, polis mengarahkan agar semua yang membawa beg diperiksa beg masing – masing oleh polis. Aku mula memerhatikan Achen kerana di dalam beg Achen terdapat t-shirt BERSIH 2.0 dan memang tujuan pemeriksaan beg oleh pihak polis itu adalah untuk mencari sesiapa yang memiliki  t-shirt BERSIH 2.0 untuk ditahan. Aku membisik kepada Achen agar melepaskan dan meningkalkan sahaja beg itu didalam di dalam restoran nasi kandar tersebut. Tetapi ternyata Achen berani dan keras hatinya. Dia masih enggan melepaskan beg yang berisi  t-shirt bersih tersebut. Achen membelok ke tandas dan kami bertiga yang lain keluar dengan selamber dari restoran nasi kandar tersebut. Beg aku diperiksa polis dan begitu juga dengan beg Adil dan Said. Namum kami tidak ditahan kerana tidak mempunyai t-shirt atau barang berunsur BERSIH 2.0 didalam beg kami.
Berkumpul Di Dalam KTM KL
Aku mengajak Adil dan Said masuk ke dalam KTM lama KL, aku memberitahu mereka “jika polis menahan, kita cakap yang kita hendak mengambil train untuk balik”. Sambil berjalan ke dalam KTM aku melemparkan senyuman kepada polis walaupun aku jenis seorang yang sukar untuk senyum. Sambil – sambil itu aku berkata kepada salah seorang aku anggota polis “nak berhimpun tak boleh kena ambik train balik aarr..” sambil dibalas polis tersebut dengan berkata “aarr balik-balik..”.
Keadaan di dalam KTM terutama disekitar tempat menunggu keretapi, orang sudah semakin ramai. Rupanya kini tempat tersebut menjadi tempat perkumpulan sementara menunggu perhimpunan sebenar bermula. Selang beberapa ketika ada terdengar orang bertakbir, malah jumlah wartawan dan jurugambar juga makin ramai. Tiba – tiba aku ternampak Achen berjalan masuk kedalam KTM, aku melambai tangan kepada dia untuk memanggil dia kearah kami. Syukur Achen terselamat, dia memberitahu, t-shirt BERSIH 2.0 itu tadi disorokkan dalam lipatan seluar dan polis gagal mengesan ketika memeriksa beg dia.
Polis telah mula masuk ke dalam KTM dan kawasan sekitar landasan. Beberapa tangkapan juga telah berlaku. Keadaan yang mula tadi agak tenang kini dengan pantas menjadi tegang. Jam pada waktu itu menunjukkan baru sekitar 10 pagi. Lebih kurang 3 jam lebih lagi untuk menunggu masuk waktu Zohor, ini kerana kami percaya jika telah masuk waktu Zohor, polis pasti tidak akan dapat menghalang orang ramai memasuki Masjid Negara untuk menunaikan Solat dan selepas solat sudah pasti perhimpunan besar akan berlaku. Tapi jangkaan aku meleset, maklumat yang aku dapat selepas itu, Masjis Negara telah ditutup sama sekali dan tidak ada sesiapa dibenarkan menunaikan solat Zohor di Masjid Negara.  Nampaknya Masjid Negara sudah menjadi seperti Masjid Al-aqsa. Tapi sekurang-kurangnya di Masjid Al-aqsa umat Islam masih lagi dibenarkan sembahyang sambil dikawal ketat oleh tentera Yahudi Israel tapi di Masjid Negara pada waktu itu diharamkan terus masuk ke masjid dari menunaikan solat.
Kami masih terus berada dalam kawasan berhampiran tempat menunggu train di KTM lama KL. Keadaan semakin tegang dan aku jangkakan polis aku bertindak menyerbu bila – bila sahaja ke atas orang ramai yang berhimpun disitu. Masih lagi lambat untuk menuju ke jam 2 petang, jika terus menunggu disitu aku rasakan tidak akan membawa apa – apa dan risiko tertangkap itu cukup tinggi. Akhir sekali kami berempat membuat keputusan untuk menginap dimana – mana hotel berhampiran sementara menunggu jam 2 petang, ini kerana jika sudah jam 2 petang perhimpunan besar telah berlangsung lautan manusia telah wujud dan pada waktu itu polis tidak mampu lagi untuk membuat tangkapan dan pada waktu hanya pertempuran dengan pasukan unit simpinan persekutuan FRU sahaja yang akan berlaku dan menyeronokkan.
Menempah Hotel
Oleh itu, kami berempat mula bergerak dari KTM melalui jalan dalam KTM menuju kearah pasar seni dan ke Jalan Petaling untuk mencari hotel buget di kawasan sekitar. Dalam perjalanan, aku teserempak dengan bekas rakan sekerja aku yang merupakan seorang kakitangan awam yang lagi 3,4 tahun akan pencen. Beliau begitu berani dalam usia yang begitu dengan statusnya sebagai kakitangan awam, yang jika tertangkap boleh hilang pencennya datang ke perhimpunan tersebut. Aku tabik kepada beliau. 
Akhirnya kami menempah satu balik untuk 4 orang untuk tempoh 2 jam iaitu 11pagi hingga 1ptg. Hotel yang kami pilih ialah Hotel China Town di Jalan Petaling dengan bayaran yang dikenakan terhadap kami RM120 selama 2 jam. Walaupun agak mahal, kami berkongsi duit seorang RM30 untuk menginap disitu buat seketika. Sekurang – kurangnya kami boleh melepaskan dari risiko untuk ditangkap pada waktu awal, dapat merehatkan diri dan mengumpul tenaga serta mandi. Aku memanfaatkan masa 2 jam itu untuk merehatkan badan dan tidur sejenak. Apabila jam sudah 12.30 tengah hari aku bangun untuk mandi. Achen dan Adil telah bersiap dengan lebih awal, Said masih tertidur. Setelah selesai mandi, aku mengejutkan Said agar terus mandi dan bersiap. Sementara menunggu Said siap mandi, aku sempat menjamah 2 keping roti yang dibeli di KL Sentral pagi tadi. Hanya 2 keping roti itu yang akan mengisi perut aku untuk berdemo hingga petang nanti. Ini kerana sudah tidak ada masa untuk kami mencari kedai makan untuk makan tengah hari. Apa yang ada dalam kepala kami pada waktu itu hanya “DEMOSTRASI”.
Lautan Manusia Mula Wujud
Lagi 5 minit jam 1 petang kami meninggal bilik hotel dan check out, dan setelah keluar dari hotel kami telah mendengar jeritan dan laungan orang ramai yang entah berapa ramainya. Kami dapati laungan itu datang dari arah belakang hotel kami menginap sekitar Jalan Petaling. Said belum lagi keluar dari hotel kerana dia ke tandas. Aku, Achen dan Adil sudah begitu teruja untuk menyertai kelompok ramai rakyat tersebut. Setibanya di jalan belakang hotel kami menginap, kami perhatikan sekitar 2 hingga 3 ribu orang telah berada di atas jalan raya. Kami bertiga terus menyertai kumpulan tersebut sambil melaungkan “hidup-hidup, hidup rakyat” , “bersih-bersih”, “reformasi” dan pelbagai lagi selongan semangat. Hanya beberapa ketika sahaja jumlah orang ramai tersebut terus meningkat, aku menoleh kebelakang dan perhatikan hampir 200 meter dari belakang aku sudah dipenuhi orang ramai hanya dalam masa tidak sampai 5 minit. Entah dari mana jumlah orang ramai itu datang, ini kerana ketika aku dan rakan aku berjalan disekitar Jalan Petaling untuk ke hotel pagi tadi, suasana agak lengang, hanya ada beberapa kumpulan kecil ditepi jalan dan yang lebih ketara adalah jumlah polis. Tapi kini lautan manusia telah menawan sepenuhnya kawasan Jalan Petaling.
Helikopter polis berlegar – legar di udara mungkin bagi memantau suasana perhimpunan aman itu. Setiap kali helikopter terbang rendah, ianya akan disorak oleh orang ramai dan aku sendiri mengibarkan t-shirt “bersih 2.0” yang aku simpan dibahagian punggung seluar aku sewaktu turun dari hotel bagi mengelak dari dikesan polis. Said tidak bersama kami lagi pada waktu itu, lautan manusia di Jalan Petaling terus bergerak menuju ke hadapan menara Maybank Jalan Pudu.Jumlah yang aku boleh anggarkan di Jalan Petaling sahaja sudah hampir 8000 orang. Ketika sedang menuju ke hadapan menara Maybank, aku berjumpa kembali dengan Said setelah dia menghubungi Adil untuk mengetahui lokasi. Kami terus bergerak dalam jumlah lautan orang ramai dan terdiri dari pelbagai bangsa. Anak – anak muda kaum Cina boleh dikatakan agak ramai dengan membawa bunga dan belon kuning. Tidak ada anggota polis atau FRU yang kelihatan sekitar Jalan Petaling pada waktu itu. Ini mungkin kerana pihak polis sudah tersalah percaturan dan menjangka tidak akan ada dan orang ramai tidak berani berhimpun di Jalan Petaling yang terkenal dengan kisah kongsi gelap.
Lebih kurang 100 meter untuk tiba dihadapan menara maybank Jalan Pudu, aku sudah dapat melihat lautan manusia sekitar 5 hingga 6 ribu orang sudah sedia berhimpun dihadapan menara maybank tersebut. Ketibaan kumpulan kami disambut dengan laungan semangat beserta tepukan gemuruh oleh para perserta perhimpunan Bersih 2.0 yang telah berada disitu. Kami terus bergabung dan membentuk kumpulan yang makin besar sekitar 10 ribu pada waktu itu. Polis dan FRU masih belum kelihatan. Aku mendapat panggilan dari kawan aku yang berhimpun di Masjid Kampung Baru bahawa mereka telah dibedil dengan gas pemedih mata disana. Rakan aku juga memaklumkan jumlah peserta di masjid Kampung Baru juga sekitar 5 ribu peserta dan mereka ini tidak berjaya untuk ke menara maybank kerana kerana telah dikepung dan dibedil oleh FRU. Mungkin FRU dan Polis lebih menumpukan perhatian di Masjid Kampung Baru dan beberapa kawasan “panas” yang lain dan terlepas pandang di Jalan Pudu dan Menara Maybank, makan kami selamat seketika.
Doktor Hatta sedang berucap dari atas tangga menara Maybank dengan mengguna “heler”. Suara Doktor Hatta sayup – sayup kedengaran kerana ditenggelamkan oleh suara orang ramai. Namum aku dapat mendengar bawah Doktor Hatta telah memberitahu bahawa beberapa pemimpin Pakatan telah ditangkap, antaranya Mahfuz Omar, Salahuddin Ayop dan Nurul Izzah. Dalam masa yang sama aku dapat perhatikan jumlah para peserta makin bertambah. Pergerakan masuk para peserta seolah tidak berhenti. Aku menoleh kearah Jalan Tun Perak dan kelihatan para peserta terus datang berdoyon – doyon. Aku mengalihkan perhatian aku kearah Jalan Pudu dari aku perhatikan kehadiran orang ramai terus melimpah datang dari arah Bukit Bintang masuk ke Jalan Pudu. Tiba – tiba aku mendengar jeritan orang ramai dari belakang. Aku toleh kebelakang dan rupanya satu kumpulan lagi sekitar 3 hingga 4 ribu orang baru tiba dari Jalan Petaling. Kuala Lumpur memang benar – benar telah ditawan oleh rakyat pada hari itu. Setiap simpang dan setiap selekoh penuh dengan lautan manusia dan ianya tidak putus dari pandangan. Sewaktu di hadapan menara maybank aku sempat perhatikan 4, 5 orang pelancong asing turut menunjukkan reaksi gembira dengan perhimpunan itu dan mereka turut menyertai dan bersorak riang. Aku menegur seorang pelancong remaja lelaki, dia memberitahu dia berasal dari England, dia tidak kekok malahan sedikit pun tidak takut dengan perhimpunan ratusan ribu rakyat itu mungkin kerana perkara ini sudah biasa di negara seperti England. Aku memberitahunya bahawa “we gather here today, because we need a free and fair election, our government is very corrouptent handle the election”  kata – kata aku itu disambut dengan tepukan orang sekumpulan remaja cina yang berada dihadapan aku dan kami bersalaman.
FRU, Water Canon Dan Aroma Gas Pemedih Mata
Lebih kurang  satu lebih jam kami berada dihadapan menara maybank yang umpama seperti pesta rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan mempunyai impian yang sama iaitu “Free and Fair Election”. Selepas beberapa ketika kelihatan sebuah truck FRU yang membawa meriam air “water canon” mula tiba dari arah Jalan Tun Perak. Namum para peserta sedikit tidak berganjak hinggalah apabila FRU melepaskan pancutan air kimia yang berwarna biru kearah orang ramai. Aku, Achen, Adil dan Said lari menyelamatkan diri dengan mengikut orang ramai menuju kearah jalan pudu. Sebahagian lagi para peserta lari kearah Jalan Petaling, ini akan lebih memudahkan kerja polis dan FRU kerana jumlah orang ramai telah berpecah dua kearah arah Jalan Pudu dan Jalan Petaling. Dalam masa para perserta cuba lari dan mengelak dari terkena pancutan air kimia, segerombolan FRU yang berjalan kaki dan lengkap bersenjata melepaskan gas pemedih mata. Akibat dari para peserta yang berganjak ke Jalan Pudu dan Jalan Petaling, ini membuatkan ruang  jalan di hadapan menara maybank menjadi sedikit kosong dan membolehkan FRU masuk dengan  lebih dalam dan berada betul – betul dipertemuan antara Jalan Pudu, Jalan Tun Perak dan Jalan Petaling. Situasi ini memudahkan lagi FRU dan polis untuk bertidak zalim keatas para peserta perhimpunan “bersih 2.0” yang berhimpun secara aman.
FRU terus menembak gas pemedih mata bertalu – talu kearah Jalan Pudu tempat aku dan 3 rakan aku lain berada. Aku terus membasahkan t-shirt “bersih 2.0” yang aku pegang tadi dengan air mineral yang aku bawa dan menekapnya ke mulut dan hidung. Aku cuba bertenang kerana dalam keadaan yang begitu jika terjatuh boleh menyebabkan kita dipijak oleh orang lain dan yang paling membahaya ialah sepakan dan tapak kasut FRU boleh hinggap dimuka jika terlalai. Ini kerana selepas melepaskan gas pemedih mata, seleng beberapa minit selepas itu gerombolan FRU yang berbelantan aku masuk membalas mereka yang gagal melarikan diri.
Aku bersama Said terus berjalan di Jalan Pudu dihadapan Pudu Raya bersama puluhan ribuan peserta lain lagi. Aku memperingati Said supaya jangan jauh dari aku kerana kami bimbang kalau – kalau terpisah dalam keadaan yang sedikit tengang itu.  Achen dan Adil masih berada dalam kelompok orang ramai dibawah jejantas pudu raya. Aku bersama Said berada sekitar lebih 100 meter jarak yang dipisah dengan orang orang ramai. Mustahil aku dan Said dapat bersama semula dengan Achen dan Adil kerana keadaan yang agak sedikit kelam kabut dan jumlah orang yang ramai. Aku mengambil keputusan, aku mesti bersama Said dan biarkan Achen bersama Adil, dan aku merancang untuk bertemu semula setelah perhimpunan selesai.
Kumpulan Rakyat Terpisah Dua
FRU kini berada betul – betul di atas Jalan Pudu. Para peserta yang berada di Jalan Pudu itu sekitar 20 ribu orang atau mungkin lebih. Sebahagaian yang lain telah berpecah ke  Jalan Petaling dan aku mendapat maklumat yang mereka kini menuju ke dataran merdeka dan bergabung dengan kumpulan di Sogo. Tetapi kami masih di Jalan Pudu, dan boleh dikatakan kami sudah terperangkap dan terkepung. Ini kerana jalan dari Pudu menuju ke Bukit Bintang telah ditutupi oleh banteng polis. Sekali sekali datang gas pemedih mata dari arah sana dan membuatkan para peserta bergerak semula menuju ke hadapan pudu raya  dan terhenti di persimpangan hadapan pudu raya kerana FRU berperisai dan berbelantan telah berdiri bagi menutupi jalan bersama sebuah truck “water canon”. Aku dapat lihat gas pemedih mata telah dilepaskan dikawasan bawah jejantas pudu raya, tapi ianya tidak memberi banyak kesan kepada aku yang berapa pada jarak lebih 100 meter dari situ. Di atas jejantas penuh dengan para penyokong dan wartawan dan begitu juga dengan laluan untuk ke lot parking di pudu raya.
Para peserta hanya bergerak di jalan pudu dengan menuju kearah bukit bintang dan berpatah balik ke hadapan pudu raya. Beberapa kali kami menyanyikan lagu Negara Ku dan pelbagai slogan keramat dilaungkan. Aku membisikan kepada Said dengan memberitahu bahawa kami sudah terkepung dan Said juga menyedari akan itu. Aku cuba mengenalpasti lorong – lorong dicelah – celah bangunan lama sekitar Jalan Pudu sebagai laluan untuk menyelamatkan diri jika FRU melakukan serangan. Ini kerana aku sudah merasai bahawa FRU akan melakukan serang bila – bila masa sahaja ke atas para perserta perhimpun aman “bersih 2.0” berdasarkan loceng truck FRU yang dibunyikan sudah 3 kali dan bunyi ketukan kuat belantan FRU ke perisai mereka yang menandakan mereka akan menyerbu bila-bila masa sahaja. Aku perhatikan jam ditangan aku sudah hampir pukul 4.00petang.
Tembakan Bertalu – Talu Gas Pemedih Mata
Aku ternampak YB Saifuddin dan YB Siva datang dari arah belakang di celah – celah orang ramai menuju ke barisan paling hadapan sekali.  Beberapa lama selepas itu semua peserta diminta duduk  dan maklumat yang aku dapat, YB Siva cuba berunding dengan polis dan FRU bagi membenarkan kami semua bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Aku baru sahaja hendak duduk dan aku mendengar loceng dari truck FRU dibunyikan sekali lagi dan selepas itu bendera hijau diangkat oleh seorang anggota FRU dari atas truck sambil menunjukkan tangannya ke arah orang ramai.  Tidak sampai seminit  bunyi tembakan gas pemedih mata  kedengaran bertalu – talu. Aku mendongak kepala ke udara dan memerhati lebih dari sepuluh gelongsong gas pemedih mata sedang  menuju kearah para peserta yang berhimpun dan ianya datang dari pelbagai sudut. Said memberitahu aku selepas perhimpunan itu, bahawa ada tembakan gas pemedih mata yang datang dari arah bangunan terbengkalai di Jalan Pudu. Mungkin FRU telah menyelinap masuk ke dalam bangunan terbengkalai tersebut bagi mendapat jarak yang lebih dekat untuk melepaskan gas pemedih mata.
Menyelamatkan Diri
Kali ini beberapa gelongsong gas pemedih mata jatuh kira – kira satu meter dari tempat aku berdiri. Hanya dalam beberapa saat sahaja asap dan kesan gas pemedih mata tersebut telah menyerang aku dan ribuan peserta lain.Situasi pada waktu ini cukup mencemaskan, sakit dan kepenatan. Aku membasahkan lagi t-shirt “bersih 2.0” yang dipegang aku dengan air mineral yang semakin kurang dan menekapkan ke muka.  Masing cuba menyelamatkan diri, dan lari dengan tidak tentu arah. Aku cuba untuk tidak menarik nafas dengan begitu dalam walaupun penat  kerana ini akan menyebabkan asap gas pemedih mata tersebut masuk dengan lebih banyak ke dalam badan aku dan boleh menyebabkan aku hilang kawal.  Aku mencari kawan aku Said, aku melihat dia berlari terus kearas jalan besar, aku menarik beg Said dan membawa dia lari mengikut lorong ditepi bangunan lama. Aku tahu jika berlari terus mengikut jalan besar, polis sudah bersedia di sana dan akan menangkap bila kami tiba.  Ini yang menyebabkan ramai yang menyembunyikan diri dalam perkarangan hospital swasta Tung Shin di jalan pudu yang mana polis dan FRU bertindak membedil hospital swasta tersebut.
Aku membawa Said dengan mengheret beg galasnya mengikut aku ke celah lorong, ramai sudah berpusu – pusu memasuki lorong tersebut. Selepas hanya 2 meter pegerakan di lorong tersebut, terdapat sebuah tangga dan para peserta yang mahu menyelamatkan diri tadi berpusu – pusu menaiki tangga tersebut. Mujur tidak ada yang terjatuh atau yang terpijak oleh para perserta lain. Aku melihat ramai yang tertanggal kasut dan berlari dengan kaki ayam selepas kasut mereka tertanggal sewaktu berpusu – pusu menaiki tangga. Setibanya diatas aku perhatikan 3 hingga 4 orang gadis remaja Cina sedang terbatuk hingga hampir termuntah kerana terhidu gas pemedih mata. Aku masih mampu menahan kesakitan dan keperitan gas tersebut.
Kaki Kejang “cram” Di Tangga Sempit
 Di kawasan atas tempat kami tiba itu ada sebuah kuil hindu, ada yang mengambil kesempatan untuk bersembunyi dalam kuil hindu tersebut baik dari kaum melayu atau cina. Ada beberapa kumpulan lagi sedang memanjat tembok untuk pergi ke tempat yang lebih selamat. Aku sudah tidak terdaya untuk memanjat tembok yang setinggi satu setengah meter  itu kerana kedua- dua belah kaki aku sudah mula terasa kejang “cram”. Jika aku memaksa dengan lebih kuat pergerakan pasti kaki aku akan terus cram dan tidak dapat berjalan lagi dan pasti akan ditangkap, ini kerana polis sudah mula menyerbu untuk menangkap sesiapa sahaja para peserta yang mereka lihat. Memang ini taktik tangkapan yang aku perhatikan dari pelbagai demostrasi – demostrasi yang aku sertai sebelum ini, FRU melepaskan gas pemedih mata dan apabila gas tersebut sedikit reda gerombolan polis dan FRU akan menyerbu masuk. Maka mereka yang telah lemah terkena gas pemedih mata akan mudah tertangkap.  Oleh itu carilah stamina secukup mungkin sebelum menyertai mana – mana demostrasi selepas ini.
Ketika berada di kawasan belakang blok – blok kedai tadi, aku rasakan seperti sudah tidak ada jalan untuk melarikan diri. Tiba – tiba aku terpandang sekumpul para peserta berpusu – pusu pada satu sudut di tembok tadi. Rupanya disitu terdapat sebuah anak tangga yang membolehkan para peserta menyelamatkan diri ke sebatang jalan raya yang boleh menuju ke kawasan Bukit Bintang. Aku tidak menyedari terdapat anak tangga tersebut pada awalnya kerana mata aku yang terlalu pedih akibat kesan gas pemedih mata. Sekali lagi aku menarik Said yang kelihatan agak hilang kawalan selepas terkena gas pemedih mata, menuju kearah anak tangga tadi dan situasi perpusu – pusu dan berhimpit sekali lagi terjadi seperti ketika menaiki tangga yang pertama tadi.
Selepas melepasi tangga tersebut, ramai antara kami termasuk aku dan Said berehat di bangunan Bursa Malaysia yang terdapat situ. Mujur ketika asap gas pemedih mata mula menguasai ruang udara hujan mula turun dengan sedikit lebat. Ini mengurangkan sedikit rasa perit akibat gas pemedih mata tersebut. Peluang untuk berehat sekejap tersebut aku gunakan untuk membasuh muka yang pedih. Beberapa peserta lain memberi garam kepada aku dan beberapa orang lain lagi. Garam adalah penawar mujarab untuk menghilangkan rasa perit gas pemedih mata dengan memasukkannya kedalam mulut. Petua ini aku perolehi sewaktu demo anti ISA 2009 dan selepas mencubanya pada waktu itu ternyata ia memang mujarab.
Garam Dan Polis
Aku betul – betul dahaga dan tekak menjadi kering, air mineral yang dibawa sudah habis diminum dan berkongsi dengan para peserta yang lain tanpa mengira kaum. Hampir 20 hingga 30 orang para peserta perhimpunan yang berlindung di bangunan Bursa Malaysia pada waktu itu. Selain para peserta, terdapat juga 3 orang polis yang beruniform berpangkat konstebel dan lans koporel  berada disitu. Aku tidak tahu apa motif mereka mereka berada disitu, mereka kelihatan langsung tidak mengambil peduli kepada para peserta perhimpuan yang berlindung dan berehat disitu. Aku sendiri hanya berdiri tidak sampai 2 meter dengan mereka dan mereka tidak ambil peduli. Yang aku perhatikan mereka memegang tuala kecil dan menyapu – menyapu muka mereka kerana kepedihan gas pemedih mata. Ada para peserta yang menghulurkan garam kepada polis tersebut tetapi mereka enggan menerimanya. Mungkin anggota polis ini sedang mencuri tulang atau tidak tahan terkena gas pemedih mata kerana dari riak wajah mereka jelas mereka seperti menahan kesakitan. Atau mungkin mereka ini antara polis yang tidak sanggup terlibat dengan aktiviti membelasah rakyat yang berhimpun dengan aman.
Terserempak Dengan Kumpulan FRU Yang Mengganas
Lebih kurang 15 minit berhenti di bangunan Bursa Malaysia tersebut, datang tiga orang lelaki dengan dua buah motosikal yang dipercayai unit amal pas dan mengarahkan kami untuk turun ke jalan di bawah tempat kami berlindung, ini kerana katanya lebih ramai para peserta perhimpunan sedang berada di bawah dan mereka mengajak kami membentuk semula kumpulan yang besar. Kaki aku sudah betul – betul terasa sakit dan kejang. Aku berjalan dengan agak terhencut – hencut dan perlahan. Semua perserta yang berada di bangunan Bursa Malaysia tadi turun ke bawah mengikut seperti mana arahan unit amal tadi. Setibanya aku dibawah ditepi jalan aku mendengar laungan dan jeritan kumpulan manusia yang ramai. Aku cuba mencari arah datangnya bunyi tersebut, dan apa bila aku perhatikan di sebelah kiri, kira – kira 500 orang para peserta sedang bergerak dalam satu kumpulan dan mereka ini sedang diasak dan dikejar rapat oleh FRU yang berperisai dan berkayu belantan. Pada waktu ini aku sudah tidak tahu apa yang terjadi pada Achen dan Adil kerana kami betul – betul telah terputus hubungan dan terpisah, hanya Said yang masih bersama aku.
Jarak kumpulan para peserta perhimpunan yang diasak dan dikejar FRU tadi lebih kurang 200 meter  dari tempat aku berdiri dan mereka sedang bergerak menuju kearah tempat aku berdiri. Bunyi deruman ketukan kayu belantan FRU pada perisai yang mereka pegang cukup menakutkan kepada mereka yang belum biasa merasai. Aku sudah tidak boleh berlari pada waktu itu dan hanya mampu berjalan perlahan – lahan sahaja. Dengan pantas aku perhatikan kumpulan yang dikejar dan diasak oleh FRU itu tadi semakin menghampiri aku dan Said yang berdiri di tepi jalan. Aku mengarahkan Said agar lari kearah  jalan agak menaiki bukit kerana aku pasti jika FRU sampai ditempat kami berdiri sudah pasti kami akan menjadi ulam mereka. Said terus berlari kejalan yang aku sebutkan tadi, tapi aku tidak mampu untuk bergerak selaju Said kerana kaki aku sudah terlalu sakit dan kejang. Aku hanya mampu berjalan perlahan – lahan bagi melalui jalan yang agak mendaki tersebut.
Jalan Mati
Setiba di separuh jalan, aku perhatikan terdapat denai yang menaiki bukit dan aku memasuki denai tersebut dengan tujuan untuk bersembunyi sementara menunggu kumpulan FRU yang menggila tadi melepasi kawasan tersebut. Tindakan aku ini diikuti oleh 4 orang peserta perhimpuan dari Kelantan. Aku bersama lelaki dari Kelantan tadi menyusuri denai tersebut dan rupanya denai tersebut adalah jalan mati dan pergerakan kami mati situ. Kami berlindung dibelakang timbunan tanah merah bagi mengelak dikesan FRU yang mungkin masih berada di kawasan sekitar. Helikopter polis berlegar dan terbang rendah di kawasan tersebut, aku percaya anggota polis yang berada didalam helikopter tersebut pasti dapat melihat kami yang sedang bersembunyi. Salah seorang dari lelaki Kelantan tadi menyatakan kerisauannya dengan mengatakan “kalau FRU datang kita tak boleh lari ni”. Aku juga menyedari situasi tersebut, tapi aku mencadangkan agar kami berada situ dahulu dalam beberapa ketika sementara menunggu keadaan reda. Ini kerana jika kami keluar pada keadaan FRU masih berlegar di kawasan tersebut, sudah pasti risikonya lebih tinggi. Aku sebenarnya sudah bersedia untuk ditangkap pada waktu itu, oleh itu aku mengambil tindakkan membuang dengan membunyikan baju t-shirt Bersih 2.0 aku tersebut di tepi hutan tersebut. Ini kerana jika tertangkap dengan memiliki baju t-shrit tersebut ianya akan menjadi lebih panjang cerita.
Meneruskan Pergerakan
Tidak berapa lama selepas itu, Said menghubungi aku bertanyakan dimana aku berada, aku memberitahu yang aku sedang bersembunyi di atas bukit tersebut. Said memberitahu keadaan sudah tenang FRU semua sudah beredar dari situ. Aku mengajak kumpulan lelaki dari Kelantan tadi untuk keluar semula. Sambil berjalan dengan terhencut – hencut aku mendapatkan Said yang mula hendak menghampiri tempat aku dan beberapa lelaki Kelantan tadi berlindung. Setelah turun dari bukit tersebut kami berjalan terus mengikut jalan raya yang sedikit mendaki tadi. Beberapa kumpulan kecil para peserta tiba dari arah belakang. Terdengar seorang lelaki memaki polis dan FRU dalam loghat pantai timur, berbunyi “tidak guna punya melayu, semua tu melayu belaka”. Aku hanya tersenyum memandang muka lelaki tersebut yang berbaju melayu dan berkopiah sambil aku terus menahan kesakitan kaki aku.
Aku dan Said serta beberapa para peserta lain terus berjalan mengikut jalan raya tersebut. Aku sendiri tidak tahu jalan tersebut menuju kemana. Aku bertanyakan kepada seorang lelaki cina yang berkepala botak tentang arah jalan tersebut, dia memberitahu jalan tersebut menuju ke bukit bintang. Kami meneruskan perjalanan agar dapat membentuk semula kumpulan yang besar walaupun pada waktu itu aku sudah betul – betul kekurangan tenaga. Sepanjang perjalanan aku menerima dua tiga panggilan telefon serta dari rakan aku yang berkumpul di masjid kampung baru pagi tadi dengan memberitahu dia sedang berada di pudu waktu itu, ini menunjukkan kumpulan dari masjid kampong baru telah mengambil alih tempat kami di pudu. Selain itu aku turut menerima panggilan dari rakan – rakan aku yang berada di Penang bagi bertanyakan situasi semasa perhimpunan tersebut. Aku hanya menjawab ringkas kerana terlalu penat.
Dijemput FRU Dan Restoran Makanan Cina
Setibanya kami di Bukit Bintang sekali lagi kami terperangkap, rupanya kumpulan FRU tadi sudah tiba lebih awal di Bukit Bintang. Ketika aku berada disekitar kedai – kedai makanan di Bukit Bintang, aku terdengar bunyi tembakan gas pemedih mata bertalu – talu. Bunyinya datang dari arah belakang kedai – kedai makanan tersebut. Aku sudah betul – betul tidak berdaya untuk belari pada waktu itu, aku dan Said berpatah balik bersama dengan dengan para peserta lain yang kebanyakan kaum cina. Aku hanya mampu untuk berjalan secara perlahan dan hanya redha kalau tertangkap.
Aku masuk ke sebuah restoran makanan cina yang terdapat ditepi jalan tersebut. Pada mulanya mereka agak keberatan untuk membenarkan aku masuk kerana bimbang akan menjejaskan perniagaan mereka. Tapi selepas aku memberi penerangan mereka membenarkan aku berada dalam kedai tersebut. Said mengambil selekoh ditepi  jalan tersebut dan masuk ke dalam restoran nasi kandar. Hanya aku seorang yang berada dalam restoran makan cina tersebut kerana pihak pengurusan restoran tersebut terus menutup kedai mereka apabila FRU mula menggila di luar. Aku diberi layanan yang baik oleh kakitangan restoran dan pengurus restoran tersebut. Mereka membawakan aku segelas air kerana mereka menyedari aku berada dalam keletihan. Hampir setengah jam  aku berada dalam restoran tersebut. Di luar masih kedengaran tembakan gas pemedih mata, Said menghubungi aku dan memaklumkan yang dia sedang berada di restoran nasi kandar berhampiran di situ. Aku mengarahkan Said agar terus berada disitu hingga semuanya reda dan berjumpa kembali selepas itu.
Setelah beberapa lama aku dalam restoran makanan cina tersebut, salah seorang kakitangannya memberitahu bahawa keadaan sudah “ok” dan sudah tidak ada polis di luar. Aku mengucapkan terima kasih kepada kakitangan dan pengurus restoran tersebut kerana membantu aku dan aku terus keluar dari restoran tersebut bagi mendapatkan Said. Aku cuba menghubungi Said tetapi gagal kerana rangkaian telefon aku tiba tiada liputan. Agak mustahil di tengah-tengah bandar besar seperti Bukit Bintang tidak mempunyai liputan rangkaian telefon. Mungkin ada pihak yang sengaja mematikan liputan rangkaian telefon pada waktu itu. Aku mencuba berulang kali, akhirnya aku berjaya menghubungi Said. Aku tidak jelas dimana dia berada, aku berjalan mundar mandir sekitar kawasan tersebut. Aku berbual dengan sekumpulan remaja cina yang turut sama terlibat dalam perhimpunan tersebut. Katanya, rakannya memaklumkan yang para peserta kini sedang bergerak ke KLCC dan ada juga kumpulan yang tersangkut dihadapan Concord Hotel serta Sogo.
Jam sudah menunjukkan hampir 5 petang dan merasakan perhimpunan Bersih 2.0 pada hari itu pasti sudah berakhir. Aku mengakhiri perhimpunan tersebut dengan situasi yang agak genting dan mencemaskan. Akhirnya aku berjaya berjumpa kembali dengan Said, aku dan dia pergi ke restoran nasi kandar yang Said berlindung tadi untuk menghilangkan penat dan dahaga. Di dalam restoran itu juga terdapat ramai para peserta perhimpunan yang berehat dan melepaskan penat setelah separuh hari berdemostrasi dan berhadapan dengan asakan FRU dan polis. Aku berbual panjang dengan dua orang lelaki dari Selangor berkenaan politik dan perhimpunan tersebut. Dari apa yang disuarakan mereka menunjukkan bukan aku sahaja yang mahukan perubahan tetapi rata –rata rakyat Malaysia mahukan perubahan terutamanya perubahan dalam pilihanraya.
Mengakhiri Perhimpunan
Setelah hampir jam  6 petang Adil menghubungi aku, dia memaklumkan mereka sedang berada dalam perhimpunan akhir di KLCC bersama beberapa pemimpin seperti Chegu Bard dan beberapa yang lain lagi. Itu merupakan perhimpunan penutup kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tersebut. Aku dan Said tidak dapat melibatkan diri dalam perhimpunan penutup itu kerana menerima asakan hebat FRU disamping keadaan fizikal yang telah tidak mengizinkan.  Aku bercadang untuk berjumpa semula di hadapan Mcdonald di Jalan Bukit Bintang. Sekitar jam 6.30 petang kami berempat berjaya bertemu kembali  dan masing – masing tidak lekang dari menceritakan pengalaman sepanjang hari tersebut. Selepas itu kami pergi ke sebuah kedai makanan untuk mengisi perut. Selepas itu kami mengambil keputusan untuk bermalam di buget hotel di Bukit Bintang kerana perkhidmatan bas di puduraya telah dihentikan hingga jam 10 malam dan pulang ke Bukit Mertajam keesokannya. Tenyata semua antara kami malahan ratusan ribu rakyat yang terlibat dalam perhimpun Bersih 2.0 pada 9 Julai tersebut puas kerana berjaya terlibat dalam membentuk sejarah.
Sejarah Tercipta
Perhimpunan “Bersih 2.0” 9 Julai 2011 yang telah berlaku itu pasti akan tercatat dalam lingkungan sejarah tanah air kita. Jika berlaku perubahan kelak, ianya akan pasti akan tertulis di dalam buku – buku tekt sekolah dan menjadi rujukan kajian dan bacaan intitusi – intitusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Peristiwa ini juga akan terangkum dalam dokumentari – dokumentari yang akan dilihat dan ditatap oleh generasi anak cucu cicik kita 20,30 tahun yang akan datang. Berbanggalah kita kerana kita yang melakukannya. HIDUP RAKYAT!!!!
credit to  Alex Cheong for this picture

credit to  Alex Cheong for this picture

credit to  Alex Cheong for this picture

credit to http://www.tranungkite.net/v11/ for this picture

Catatan:
-       Hampir ratusan ribu rakyat dari pelbagai negeri dan kaum menyertai perhimpunan “Bersih 2.0”, namum media arus perdana cuba menafikan dengan menyebut hanya 6000 sahaja
-       Hampir 1600 para peserta perhimpunan aman “Bersih 2.0” ditangkap
-       Ramai pemimpin utama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil “Bersih 2.0” ditangkap, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ustaz Hadi Awang
-       Dato Seri Anwar Ibrahim tercedera selepas ditembak dengan gas pemedih mata di KL Santrel.
-       Naib Presiden PAS Mat Sabu cedera dan terpaksa dibedah dibahagian lutut selepas motosikal yang diboncengnya ke Masjid Negara dilanggar oleh Polis.
-       Terdapat lebih dari satu tempat rakyat berkumpul seperti di Pudu Raya, Masjid Kampung Baru, Sogo, Dataran Merdeka, KL Sentral dan Stadium Merdeka. Namum mereka ini tidak dapat bergabung serentak kerana asakan dan halangan FRU serta FRU.