Maaf kerana kru Kedah La bercuti dari alam maya kelmarin kerana semua berada di himpunan Bersih. Kami hadir ke KL sebagai menunaikan tanggungjawab dan arahan untuk turun perjuangkan sebuah demokrasi yang adil dan bersih di Malaysia.
Jadi tak fokus sangat untuk buat liputan, so untuk laporan Bersih 2.0 tu pembaca boleh dapatkan info dari semua media maya pro Pakatan Rakyat. Jangan lupa lepas tu share link, sebarkan seluas-luasnya. Berlambak-lambak info yang ada siap dengan video lagi.
Jangan asyik jadi pembaca saja tapi jadi jugak penyebar maklumat. Ingat kerajaan zalim Tunisia dan Mesir tumbang kerana Revolusi Facebook. Jangan pandang remeh maklumat alam maya sebab ia sangat efisien di kalangan orang berilmu, orang berilmu adalah golongan dihormati dalam masyarakat, justeru cakap mereka didengar dan dipakai.
Sewaktu Tok Senapi dok berhimpun di depan Maybank bersama '6 ribu orang' (keh keh keh, RTM dan Utusan rabun itek) dapat mesej Tok Non dan Saiburi Sudin kena tahan di KL Central polis angkut naik trak. Setengah jam lepas tu terima mesej dari depa, dok ada kat Pulapol jadi VIP kat situ. Inilah adat perjuangan, baru kena gari, naik trak, masuk pusat tahanan kira kecik jer tu. Rakyat Burma dan China mati kerana nak perjuangkan demokrasi tapi sampai hari ini demokrasi tak dapat jugak.
Tok Non balas mesej Saiburi Sudin... "Sabaggg, kata Hassan Al Banna penjara adalah tempat rehat." Dia balas balik "Rehat kepala otak hang, ni bukan penjara... aku dok ketag kaki nak pi demo ni."
Teringat dalam hatiku, macam ni dok ada kalu orang PAS, kerajaan toksah buat macam manalah nak takutkan rakyat tak akan berjaya punya, sebaliknya akan menambahkan lagi semangat juang sehingga akhirnya kezaliman kerajaan BN yang memerintah lebih setengah kurun itu akan tumbang.