expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 13, 2011

Pengalaman Seorang Kawan Yang Join Bersih 2.0

Aku bertolak sorang2 dari shah alam dalam pukul 12. Aku tak libatkan sape2 pun utk pergi, so dat i speak mainly for myself. Naik tren dari shah alam je pun dh dipenuhi penyokong bersih. Awalnya semua macam segan2 tp ble dah tahu tujuan ktorang sama, semua jd rapat.

Naik ktm pun diawasi polis, turun pun diawasi polis. Sampai je sana, nak solat zohor tak boleh! Free country nak perform solat pun tak boleh. Masjid negara dikunci dan tak dbenarkan masuk. Azan saja dibenarkan, solat tak boleh. Sangat memalukan bila nak beribadah pun disekat sampai macam ni sekali.
Aku akhirnya berjumpa dgn 2 org mamat ni yg ktorg naik tren same2 dr shah alam td. Nama boy dan nyet. Akhirnya ktorang solat di tempat parking pudu. Tandas dikunci kecuali tandas perempuan even surau kat sana pun x dbenarkan masuk.
Ada mak cik ni siap bertekak dgn akak kat situ semata mata untuk mintak solat di sarau. Tapi hampa, tak dilayan. Lelaki dan perempuan tadi hanya solat di kaki lima, bawah pokok dan kawasan yg ada sumber air. Hentian pertama puduraya. FRU dah mula mengganas
Perhimpunan bersih bergerak secara aman. Tidak ada provokasi dan senjata tetlibat. Malangnya, bagi FRU dan polis, baju warna kuning dan laungan bersih jadi senjata yang amat merbahaya. Sesiapa yang memakai baju bersih dikejar bagai kucing lemah yang dikejar sekumpulan anjing liar
Mereka ditangkap, disepak, dipukul dari pelbagai arah even tidak membalas even once pun. Lebih memalukan ialah sikap provokasi pihak polis. Yup thats right, ada polis yang provok peserta perhimpunan. Ktorang dimaki hamun dan dtolak macam sampah tak berguna.
Sesiapa yang ditangkap tidak langsung diberi pluang bercakap mahupun berlembut dalam penahanan. Sangat memalukan. Akhirnya gas pemedih mata dilepaskan. Please take note, gas pemedih mata ditembak ke arah peserta directly. Terjadi sendiri di depan mata aku.
Usaha aku nak sepak balik canister tu pun gagal. Sumpah mata dah pedih gila. Anak tekak gatal. Nak meludah sana sini. Akhirnya ktorang berundur kedalam hentian pudu. Ramai yang menghulurkan pertolongan dr segi air dan garam.
Betapa harmoninya bila ramai yang sanggup meghulurkan bantuan even kte macam da nak separuh mati. Ada satu masa tu ktorang duduk je atas jalan. Tapi pihak FRU melepaskan tembakan gas pemedih mata jugak. Jarak 2 meter je woi!
Pihak polis mana yang jaga keamanan rakyatnya lepaskan gas pemedih mata dari jarak 2meter?? Ape pun the same brutal routine arrests continues. Selama apa yang aku nampak, ada dalam 15 org tertangkap. 15 tertangkap kerana berhimpun secara aman. Fair meh?
Akhirnya FRU datang dari kedua dua arah jalan. Penyokong terpaksa lari bertempiaran. Suasana jadi lengang seketika sebab penyokong bersurai akibat FRU pakai taktik serangan belakang. Aku dan mmber aku masih di pudu. Tengok keadaan lepas FRU buat sekatan, ada wartawan cedera trus naik ambulan.
Sempat jumpa penyokong lain pastu dapat tahu yang DS anwar ditangkap dipukul dan ditumbuk di kl sentral. Even pemimpin tertinggi ditangkap, kami masih kental, malah makin berkobar kobar. Tiba2 terdengar laungan reformasi dari satu jalan kecil berhadapan stesen pudu.
Rupanya kumpulan yang bertempiaran lari tadi dah berkumpul semula dan mula berarak. Sorakan ‘hidup bersih’ dan ‘reformasi’ bergema semula di puduraya! Kumpulan tu diketuai ahli pas pusat. Laungan berterusan tanpa henti. Melayu, cina india semua ada sumpah aku bukan reka cerita.
Semua bangsa berkumpul untuk tujuan sama tadi. Tak perlu kekuatan wang dan kuasa besar. Kuasa rakat sudah atasi segalanya. Tiba2 terdengar lagi laungan reformasi dari belah lain.Rupanya kumpulan kami diperkuat dengan penyertaan kumpulan lain. Kumpulan bersih daripada dataran merdeka.
Kumpulan bersih pudu dan kumpulan bersih dataran merdeka bertemu di tengah2 simpang stesen puduraya, EPIC! Laungan bersih dan reformasi makin kuat! Kami berarak dgn kumpulan lbih besar setelah bertemu dan melalui petaling street.
Semakin ramai kumpulan yang kami temui di simpang kiri dan kanan sepanjang perjalanan. Aku duk diantara barisan hadapan. Dapat kain kuning dari GEGAR utk meneruskan perarakan. Aku tak berani bg actual number, tp dr mata kepala aku sendiri, tersangatlah ramai. Almost triple from previous bersih gathering.
Perarakan tadi tu macam kumpul semua penyokong bersih utk kumpul dan bergerak ke satu tempat. Finally, we ended up gathering in front of balai polis. Semua pihak dan ngo diberi pluang berucap dan bg kata2 semangat. Melayu berucap india berucap cina berucap.
And all of that happen in front of pegawai polis n anggota FRU yang ada kat sana. And masa tu kitorang sumpah tak buat apa2 tak provok tak kutuk tak apa. Just berhimpun dgn aman n mnuntut kebersihan pilihanraya. Around 15min berucap macam tu, loceng trak FRU dibunyikan,anggotanya mula berbaris
Ktorang lari takut ditangkapla kan. Nak mula bergerak je anggota FRU tu, mulalah pihak polis provok kitorang. Yes u heard me right, polis provok ktorang. Aku antara terakhir bersurai so mmg berlari kaw kaw la. Mmber aku boy lutut due meletup so brenti la jap kt 7E. Unfortunately time ktorang brenti tu ktorang dah trperangkap.
FRU dah block semua jalan keliling 7E tu. Akhirnya ktorang pakai kaedah terakhir…….berlakon rilek jalan sebelah FRU. Akhirnya ktorg berjalan pulang ke arah stesen komuter kl. Polis n fru ade je lagi, tp sbb ktorg nak balik diorg mne lyn. Ada pakcik india tu sorang, lagsung takde elemen kuning, kena kejar pastu kne tangkap. I dont see any problem pun snanye.
Kne provok dgn fru kompemla lari sbb cuak ye dak. And thats why he is caught i think. So aku dgn mmber2 yg baru aku kenal tu berjalan la mnuju stesen komuter tu.
cerita zelo55 apabila dia join Bersih 2.0 ini diceritakan di twitter dan aku copy dan paste semula disini, semua cerita adalah benar dan tiada tokok tambah dari aku kalau tak percaya korang boleh usha twitter dia zass
Andyhowtt

Facebook Comments