KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada Selasa diingatkan supaya tidak terlalu gopoh dalam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunaikan kesemua lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sedangkan satu memorandum mengenai perkara itu belumpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Satu lagi kenyataan yang BANGANG dari pengerusi SPR 'si anjing Umno'.
"Pada saya tidak sesuailah Timbalan Presiden Pas mencabar SPR dan berilah peluang kepada Yang di-Pertuan Agong teliti memorandum itu dahulu," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada Bernama pada Selasa.
Beliau menyifatkan desakan oleh Mohamad Sabu itu sesuatu yang tidak berasas memandangkan memorandum yang sepatutnya dipersembahkan kepada Tuanku Mizan oleh pengerusi Berish Datuk S.Ambiga belum diserahkan.
"Mereka (Bersih) kata nak serah memorandum kepada Agong. Saya hairan kenapa Timbalan Presiden Pas nak mencabar SPR sedangkan Bersih yang nak serah memorandum kepada Agong.
"Jangan terlalu gopoh sebelum pihak istana membuat keputusan atau cadangan. Kenapa pula timbalan presiden PAS nak buat cabaran baru kepada SPR. Tunggulah dulu, biar memorandum itu sampai kepada Yang di-Pertuan Agong," kata Abdul Aziz. - Bernama.
Kenyataan SPR tu macam nak tipu rakyat, nak bagitau yang kononnya BERSIH tak berminat pun nak serahkan memorandum tuntutan tu kepada Agong pada 9 Julai lepas.
Memang Agong belum terima memorandum tu. Bukan BERSIH 2.0 tak mau serah, malah berusaha nak serah dengan strategi. Pasai tu la kumpulan yang dipimpin oleh Dr. Hatta akhirnya berhimpun depan KLCC manakala kumpulan yang dipimpin Husam pulak berhimpun dekat Stadium Merdeka. Dua-dua kumpulan tu tak pun berusaha berarak ke Istana Negara macam masa BERSIH yang pertama dulu, biar FRU sibuk 'berperang' dengan kumpulan demonstrasi.
Yang sampai di hadapan Istana Negara cuma Sasterawan Negara A. Samad Said dengan satu kumpulan kecil. Kumpulan yang cukup kecil macam dalam video kat bawah ni. Cukup kecil kalau nak dibandingkan dengan kumpulan Patriot sekali pun. Strategi ni untuk pastikan kebarangkalian kumpulan tu berjaya sampai ke depan Istana Negara dengan aman.
Walaupun yang hantar memorandum tu Pak Samad, individu yang mungkin paling bersopan tuturkata di Malaysia ni, yang beberapa hari sebelum tu diperkenankan mengadap Agong, memo tu tak berjaya jugak disampaikan kepada Agong pasai dihalang polis.
Walau apa pun, tuntutan BERSIH 2.0 tu bukannya untuk Agong penuhi tapi untuk dilaksanakan oleh SPR untuk pastikan yang pilihanraya jadi bukan saja dilihat bersih tapi menang benar-benar bersih.
Serahan kepada YDP Agong tu cuma sebagai simbolik saja, nak tunjukkan sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep Raja berpelembagaan, tempat terakhir untuk rakyat mengadu. Himpunan besar-besaran pulak dibuat untuk menggambarkan kemahuan rakyat. Kalau pihak Istana Negara terima memo tu pun sebenarnya dah boleh dianggap sebagai satu bonus.
Tak logik langsung kalau ada yang berharap kalau Agong dapat memorandum tuntutan BERSIH 2.0 tu, Agong akan bertitah mengarahkan kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan tu. Memang tak pernah jadi dalam sejarah Malaysia.
Taktau la pulak kalau Agong sekarang ni cukup berani nak buat rekod baru? Tak payah bermimpi la...
Pasainya memang macam tu konsep Raja berpelembagaan cara Malaysia. Raja dipandu oleh perlembagaan manakala perlembagaan pulak dipandu oleh parlimen. Raja cuma berkuasa berdasarkan peruntukan perlembagaan. Yang jelasnya, Raja dan kerajaan memang tak tak pernah bertembung malah memang sepatutnya bertembung.
Tuntutan BERSIH adalah tuntutan rakyat kepada SPR. Pasai tu la Mat Sabu terus secara langsung desak SPR 'si anjing Umno' laksanakan tuntutan tu. Pasai tu la Mat Sabu terus secara langsung ugut akan buat himpunan BERSIH lagi sekali.