Pada asalnya penulisan ini ingin aku coretkan Jumaat lepas yakni sehari sebelum BERSIH 2.0 berlangsung. Namun demikian, komitmen untuk mencari jalan tikus di kota Kuala Lumpur dan keasyikan berkaraoke membuatkan hasrat untuk menulis itu terbantut.
Asalnya juga, aku mahu menulis ulasan peribadi tentang BERSIH 2.0 dari sudut pandang pro dan kontranya bila melihat sana sini orang menyokong dan membangkang tindakan mahu melakukan demo BERSIH. Tapi selepas BERSIH 2.0 berlangsung, aku rasa agak ketinggalan zaman untuk aku berbicara tentang pro dan kontra untuk BERSIH ini terus berlangsung.
Penulisan kali ini hanya akan menjadi satu memoir pengalaman aku berdemo untuk menuntut sesuatu yang aku rasa wajar diperjuangkan. Ia mungkin klise dan membosankan bagi orang yang sering berdemo. Tapi untuk aku (yang baru pertama kali pergi berdemo), aku rasa aku perlu ada satu dokumentasi agar dapat aku renung kembali peristiwa ini di masa hadapan. Aku hanya satu watak kecil dalam peristiwa ini dan tidak mempunyai signifikasi pada halatuju peristiwa ini, tapi tiada perkara yang kecil dalam dunia ini di mata Tuhan.
Sehingga ke malam sebelum demo ini, aku masih belum membuat keputusan samada untuk pergi ataupun tidak. Hati aku meronta-ronta mahu pergi, tapi minda aku berkata jangan. Ada dua sebab mengapa aku masih teragak-agak untuk membuat keputusan.
Pertama, kerana larangan dari bapaku untuk terlibat dalam aktiviti bantahan secara fizikal sebegini. Bapaku hantar SMS supaya tidak menyertai perhimpunan ini. Beliau suruh penglibatan aku terhad sekadar di twitter dan Facebook sahaja. Sebenarnya, bapa aku menyokong tuntutan BERSIH, cuma beliau tak mahu aku berhadapan dengan masalah di kemudian hari.
Kedua, kerana ancaman/ugutan yang dikeluarkan oleh polis/PERKASA/silat lincah/pertubuhan ayahanda benar-benar berbunyi serius. Seolah-olah ada nyawa yang bakal terkorban jika kita menghadiri perhimpunan 'haram' ini. Gerun weih. Aku ni dah la lembik dan tidak gagah perkasa.
Namun demikian, ada beberapa perkara yang menguatkan kembali semangat aku untuk menghadiri perhimpunan yang diklasifikasikan sebagai 'haram' ini. Antara lainnya, setelah aku berbual (di Twitter) dengan seorang sahabat.
Aku meluahkan kegusaran aku terhadap perhimpunan ini. Rupanya kami berkongsi kerisauan yang sama. Anehnya, dia seakan-akan gembira dan tidak sabar untuk menanti perhimpunan ini berlangsung. Walaupun aku ini bukanlah lelaki yang gagah, macho dan perkasa, namun apabila melihat ada perempuan (ya, sahabat itu adalah seorang perempuan) yang lebih kental jiwanya dan semangatnya berbanding aku, malu juga rasanya beb! Terpaksalah aku gagahkan diri untuk menjadi salah seorang peserta demo BERSIH 2.0 ini.
Malam itu, beberapa jam sebelum perhimpunan BERSIH bermula, bertemankan dua adik lelaki aku dan seorang kawan, kami menjelajah ke kotaraya Kuala Lumpur. Memerhatikan polis buat kerja lebih masa di Dataran Merdeka dan menutup jalan-jalan utama ke dalam pusat bandaraya. Kalau diperhatikan dari cubaan mereka untuk menutup pintu masuk ke pusat bandar, sememangnya kau takkan nampak sebarang peluang untuk lolos.
Sebelum itu, kami singgah ke Taman Melewar untuk dengar ceramah pra-BERSIH dan makan bihun sup. Sempat la juga aku mendengar ceramah Chegu Bard tentang kisah cincin USD25 juta Rosmah Mansor. Selepas aktiviti mencari jalan tikus itu, kami sesat sebentar sebelum pergi berkaraoke di Selayang. Err.... OK, aku sudah mula mahu melalut.
Keesokan harinya, kami (aku dan dua orang adik) bertolak dari rumah tepat pukul 11 pagi. Aku memakai t-shirt warna maroon, seluar track-suit dan kasut futsal. Tak lupa juga aku selitkan plastik simpan dompet/hanset dan satu tiub ubat gigi ke dalam poket.
Sesampainya kami di roadblock lebuhraya KL-Seremban di hadapan Taman Teknologi Malaysia, adik aku yang naik motor lagi satu membuang begnya yang berisi dengan kain tuala ke dalam parit tepi lebuhraya. Motor beliau lepas, tapi motor yang aku naiki ditahan oleh polis. Mujurlah kami lepas tanpa sebarang masalah.
Untuk hampir sejam berikutnya, kami berpusing-pusing sekitar Kuala Lumpur untuk mencari jalan masuk. Namun usaha kami tidak berjaya. Mana-mana jalan memasuki Kuala Lumpur, semuanya ada sekatan polis.
Satu perkara menarik yang aku perhatikan, jalan di Kuala Lumpur pada hari itu menjadi benar-benar lengang. Suatu pemandangan yang sangat sukar dan tidak mungkin akan anda jumpa lagi dalam tempoh terdekat. Siapa yang pernah lalu jalan dari simpang PWTC ke Kepong, korang tahu la betapa hazabnya kenderaan kat situ. Tapi pada pagi tu, jalan lengang selengang lengangnya.
Syukurlah, sampai di suatu bulatan (aku rasa bulatan Hang Tuah) kami berjaya celus. Sekatan jalanraya ada, tapi polis bertugas di situ duduk di bawah flyover dan seakan-akan tidak kisah motorsikal kami mahu lalu di situ. Syukur pada Tuhan, ada sedikit kesenangan di situ. Mungkin juga polis di situ tidak ambil kisah tentang kedatangan lebih ramai pendemo. Atau mungkin juga polis itu mahu lebih ramai pendemo yang boleh mereka belasah. Aku tak mahu bersangka buruk, aku ucap terima kasih pada mereka kerana melepaskan kami.
Masuk sahaja ke dalam pusat bandar, kami tetap juga berpusing-pusing mahu mencari tempat memulakan pengembaraan. Kami benar-benar tidak tahu di mana hendak bermula. Maklumlah, seumur hidup kami ini kali pertama kami pergi demo. Di pertengahan jalan, motor yang aku naiki dengan motor yang adik aku naiki telah berpecah. Bagaimana boleh berpecah, jangan ditanya. Anggap sahajalah masing-masing salah ambil jalan.
Aku dan adik aku yang naik motor bersama berhenti dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Manakala adik aku yang seorang lagi tu rasanya terlontar jauh sampai ke Taman Tasik Titiwangsa. (Jangan tanya aku bagaimana dia boleh sampai ke situ. Hehe...)
Sesampainya di Stesen KTM Kuala Lumpur, aku nampak beberapa kumpulan manusia DARI SEMUA BANGSA. Jadi bila aku dengar media perdana mengatakan bahawa kononnya kehadiran pendemo bangsa bukan Melayu boleh dikira dengan jari, aku rasa mereka ini samada tidak siuman ataupun buta.
Sewaktu di sini, ada satu kumpulan berbangsa India yang aku rasakan memang ala-ala Sivaji The Boss. Ketua mereka (aku rasa ketua sebab dia jalan paling depan) pakai t-shirt warna jingga (oren) yang ada bertulis tulisan Tamil di dada. Di peringkat awal, aku mengikuti kumpulan ini masuk ke dalam kawasan stesen. Orang masih belum ramai di stesen. Aku dengan adik aku boleh dikatakan sudah hilang punca. Tidak tahu mana arah hendak dituju.
Sewaktu aku dan adik aku masih mencari-cari arah itu, seorang anak muda bertubuh bulat (bukan gemuk) menegurku. Melalui perbualan ringkas kami, aku mengetahui bahawa dia tiba dari Sarawak penerbangan awal pagi tu. Sarawak tu! Bayangkan malunya aku kalau aku yang duduk di Lembah Klang tak sanggup datang untuk menuntut hak aku sendiri.
Perbualan kami terputus setakat aku sehinggalah aku berjumpa dengan seorang sahabat aku yang bertugas sebagai pasukan medik BERSIH pada demonstrasi tersebut. Tapi aku tidak lama berjumpa/berbual dengan beliau kerana beliau kelihatan sibuk meninjau keadaan kesihatan para peserta. Jauh di belakang sana, asap putih sudah mula berkepul-kepul naik ke udara tanda bahawa gas pemedih mata sudah mula dilepaskan oleh pihak berkuasa. Ketakutan mula timbul kembali di sudut hati. Adik aku plak? Dia nampak rileks aje. Dia sudah biasa jadi budak nakal di sekolah, maka deruan adrenaline di tempat-tempat sebegini bukan suatu masalah baginya. Aku rasa-rasalah...
Aku tak ingat jalan yang kami lalui, tapi kami berarak dalam satu kumpulan yang agak ramai (yang pasti lebih banyak dari 6000 seperti yang disebut oleh Ketua Polis Negara yang samdol tu) melalui hadapan pintu gerbang Petaling Street. Sana sini terdengar laungan penaik semangat yang disambut oleh peserta demo. Debaran di dada mula berkurangan. Agaknya kerana aku fikir polis tak akan mengganggu perhimpunan aman kami ini. Adakah sangkaan aku silap? Tidak, sangkaan aku tidak silap, tapi SANGAT silap.
Dari situ kami berarak ke bulatan hadapan Menara Maybank, sampai sahaja di situ, dapat dilihat lautan manusia yang membanjiri seluruh kawasan. Sekali lagi aku tegaskan, siapa yang kata peserta demo hanya 6000 orang, samada anda bodoh, sewel, kurang siuman, terencat akal ataupun buta. Sesampainya kumpulan kami di sana, kami disambut dengan tepukan dan sorakan dari berpuluh ribu orang lain yang sudah sedia ada di sana. Aku memandang ke bahagian kiri, ada dua trak berwarna merah yang menanti. Degupan dadaku kencang kembali.
Anda mahu tengok trak merah itu? Sila lihat gambar di bawah. Gambar itu aku ambil beberapa saat sebelum tembakan air gatal dan gas pedih dilepaskan. Sebaik tembakan pertama dilepaskan, beberapa orang pendemo menyerbu trak merah tersebut sehingga mengakibatkan trak merah itu terpaksa mengundur.
Serentak aku teringatkan kepada permainan komputer "Age Of Empire" yang mana ada satu kenderaan yang dipanggil trebuchet aka trak lembap. Dalam permainan komputer itu, apabila trak lembap tu dikepung, trak itu akan mengundur dan cuba lari. Aku fikir situasi alam nyata sama dengan permainan komputer, maka kami pun beramai-ramai menyerbu dengan harapan trak itu tidak akan berbuat onar lagi. Malangnya, serentak dengan itu, pusingan kedua air gatal ditembak dan gas dilepaskan. Kali ini lebih dahsyat dan lebih ramai orang yang berada di kawasan berhampiran situ menjadi mangsa. Terpaksa mengaku kalah, kami pun perlahan-lahan berundur menjauhi bulatan depan Menara Maybank.
Aku menyaksikan dua orang wanita berbangsa Cina yang bersandar di dinding dalam keadaan sesak nafas dan menangis akibat pedih mata. Segera aku hulurkan kain basah yang aku temui di tepi rel penghalang jalan dan garam Eno dalam paket kecil yang diberikan oleh seorang pakcik lain di situ. Tidak lupa juga akuhulurkan sedikit ubat gigi yang aku bawa dalam poket, dengan harapan ubat gigi yang dicalit di bawah mata itu boleh mengurangkan rasa pedih akibat gas pemedih mata.
Saat itu air mata aku dah melimpah entah berapa banyak. Air mata yang bercampur baur antara pedih dan sedih. Pedih bahana gas pemedih mata. Sedih pula apabila memikirkan nasib rakyat yang diperlakukan seperti musuh hanya kerana ingin menyuarakan tuntutan ke arah Malaysia yang lebih baik. Tapi pada ketika itu, aku tak perlukan garam ataupun air untuk mengurangkan kepedihan. Kononnya macho dan gagah perkasa la tu.
Syukur juga sebenarnya, kesan gas pemedih mata itu, hidung aku yang selama ini tersumbat teruk telah berjaya dipulihkan saluran udaranya. Tapi kelegaan itu tidak datang dengan harga yang murah. Entah berapa banyak hingus, kahak dan air liur yang keluar dari badan sebaik sahaja terhidu gas pemedih mata itu. Badan terasa benar-benar kering, maka kain basah dan garam harus dicari.
Kami bergerak menuju ke hadapan Puduraya. Masing-masing sudah hilang arah. Marshal yang diharapkan sebagai kapten dan penunjuk jalan tidak nampak muka. Arahan yang tiba pada pendemo saling bertentangan antara satu sama lain. Yang satu suruh mara ke hadapan. Yang lagi satu suruh bertahan menanti. Kepala yang sudah putar, kesan gas pedih yang memabukkan, menjadi bertambah bingung.
Satu perkara yang aku rasa perlu untuk aku tulis kat sini, untuk kes KALAU ada anak cucu aku yang mungkin akan baca suatu hari nanti adalah, masa aku kena asap pertama dan kedua itu, aku menangis. Aku menangis semahu-mahunya dan aku tak malu untuk mengaku aku menangis kuat-kuat sampai tersedu.
Segala macam perasaan negatif bercampur baur dalam kepala otak aku. Aku tak pernah rasuah polis, aku tak pernah kena saman sebab memandu laju, aku tak pernah rogol budak bawah umur mahupun atas umur. OK, aku mengaku aku orang yang panas baran, tapi itu bukan satu jenayah. Malangnya hari tu aku (dan berpuluh ribu, mungkin beratus ribu manusia lain) diperlakukan seolah-olah kami ni penjenayah. Kami hanya mahukan Malaysia yang lebih baik. Kami bertindak mengikut lunas-lunas Perlembagaan. Layakkah kami diperlakukan sebegini?
Masuk sahaja ke dalam pusat bandar, kami tetap juga berpusing-pusing mahu mencari tempat memulakan pengembaraan. Kami benar-benar tidak tahu di mana hendak bermula. Maklumlah, seumur hidup kami ini kali pertama kami pergi demo. Di pertengahan jalan, motor yang aku naiki dengan motor yang adik aku naiki telah berpecah. Bagaimana boleh berpecah, jangan ditanya. Anggap sahajalah masing-masing salah ambil jalan.
Aku dan adik aku yang naik motor bersama berhenti dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Manakala adik aku yang seorang lagi tu rasanya terlontar jauh sampai ke Taman Tasik Titiwangsa. (Jangan tanya aku bagaimana dia boleh sampai ke situ. Hehe...)
Sesampainya di Stesen KTM Kuala Lumpur, aku nampak beberapa kumpulan manusia DARI SEMUA BANGSA. Jadi bila aku dengar media perdana mengatakan bahawa kononnya kehadiran pendemo bangsa bukan Melayu boleh dikira dengan jari, aku rasa mereka ini samada tidak siuman ataupun buta.
Sewaktu di sini, ada satu kumpulan berbangsa India yang aku rasakan memang ala-ala Sivaji The Boss. Ketua mereka (aku rasa ketua sebab dia jalan paling depan) pakai t-shirt warna jingga (oren) yang ada bertulis tulisan Tamil di dada. Di peringkat awal, aku mengikuti kumpulan ini masuk ke dalam kawasan stesen. Orang masih belum ramai di stesen. Aku dengan adik aku boleh dikatakan sudah hilang punca. Tidak tahu mana arah hendak dituju.
Sewaktu aku dan adik aku masih mencari-cari arah itu, seorang anak muda bertubuh bulat (bukan gemuk) menegurku. Melalui perbualan ringkas kami, aku mengetahui bahawa dia tiba dari Sarawak penerbangan awal pagi tu. Sarawak tu! Bayangkan malunya aku kalau aku yang duduk di Lembah Klang tak sanggup datang untuk menuntut hak aku sendiri.
Perbualan kami terputus setakat aku sehinggalah aku berjumpa dengan seorang sahabat aku yang bertugas sebagai pasukan medik BERSIH pada demonstrasi tersebut. Tapi aku tidak lama berjumpa/berbual dengan beliau kerana beliau kelihatan sibuk meninjau keadaan kesihatan para peserta. Jauh di belakang sana, asap putih sudah mula berkepul-kepul naik ke udara tanda bahawa gas pemedih mata sudah mula dilepaskan oleh pihak berkuasa. Ketakutan mula timbul kembali di sudut hati. Adik aku plak? Dia nampak rileks aje. Dia sudah biasa jadi budak nakal di sekolah, maka deruan adrenaline di tempat-tempat sebegini bukan suatu masalah baginya. Aku rasa-rasalah...
Aku tak ingat jalan yang kami lalui, tapi kami berarak dalam satu kumpulan yang agak ramai (yang pasti lebih banyak dari 6000 seperti yang disebut oleh Ketua Polis Negara yang samdol tu) melalui hadapan pintu gerbang Petaling Street. Sana sini terdengar laungan penaik semangat yang disambut oleh peserta demo. Debaran di dada mula berkurangan. Agaknya kerana aku fikir polis tak akan mengganggu perhimpunan aman kami ini. Adakah sangkaan aku silap? Tidak, sangkaan aku tidak silap, tapi SANGAT silap.
Kumpulan Chegu Bard melalui Petaling Street |
Dari situ kami berarak ke bulatan hadapan Menara Maybank, sampai sahaja di situ, dapat dilihat lautan manusia yang membanjiri seluruh kawasan. Sekali lagi aku tegaskan, siapa yang kata peserta demo hanya 6000 orang, samada anda bodoh, sewel, kurang siuman, terencat akal ataupun buta. Sesampainya kumpulan kami di sana, kami disambut dengan tepukan dan sorakan dari berpuluh ribu orang lain yang sudah sedia ada di sana. Aku memandang ke bahagian kiri, ada dua trak berwarna merah yang menanti. Degupan dadaku kencang kembali.
Anda mahu tengok trak merah itu? Sila lihat gambar di bawah. Gambar itu aku ambil beberapa saat sebelum tembakan air gatal dan gas pedih dilepaskan. Sebaik tembakan pertama dilepaskan, beberapa orang pendemo menyerbu trak merah tersebut sehingga mengakibatkan trak merah itu terpaksa mengundur.
Beberapa saat sebelum air gatal disemburkan. |
Aku menyaksikan dua orang wanita berbangsa Cina yang bersandar di dinding dalam keadaan sesak nafas dan menangis akibat pedih mata. Segera aku hulurkan kain basah yang aku temui di tepi rel penghalang jalan dan garam Eno dalam paket kecil yang diberikan oleh seorang pakcik lain di situ. Tidak lupa juga akuhulurkan sedikit ubat gigi yang aku bawa dalam poket, dengan harapan ubat gigi yang dicalit di bawah mata itu boleh mengurangkan rasa pedih akibat gas pemedih mata.
Berundur akibat serangan gas pemedih mata dan air gatal. |
Syukur juga sebenarnya, kesan gas pemedih mata itu, hidung aku yang selama ini tersumbat teruk telah berjaya dipulihkan saluran udaranya. Tapi kelegaan itu tidak datang dengan harga yang murah. Entah berapa banyak hingus, kahak dan air liur yang keluar dari badan sebaik sahaja terhidu gas pemedih mata itu. Badan terasa benar-benar kering, maka kain basah dan garam harus dicari.
Kami bergerak menuju ke hadapan Puduraya. Masing-masing sudah hilang arah. Marshal yang diharapkan sebagai kapten dan penunjuk jalan tidak nampak muka. Arahan yang tiba pada pendemo saling bertentangan antara satu sama lain. Yang satu suruh mara ke hadapan. Yang lagi satu suruh bertahan menanti. Kepala yang sudah putar, kesan gas pedih yang memabukkan, menjadi bertambah bingung.
Satu perkara yang aku rasa perlu untuk aku tulis kat sini, untuk kes KALAU ada anak cucu aku yang mungkin akan baca suatu hari nanti adalah, masa aku kena asap pertama dan kedua itu, aku menangis. Aku menangis semahu-mahunya dan aku tak malu untuk mengaku aku menangis kuat-kuat sampai tersedu.
Segala macam perasaan negatif bercampur baur dalam kepala otak aku. Aku tak pernah rasuah polis, aku tak pernah kena saman sebab memandu laju, aku tak pernah rogol budak bawah umur mahupun atas umur. OK, aku mengaku aku orang yang panas baran, tapi itu bukan satu jenayah. Malangnya hari tu aku (dan berpuluh ribu, mungkin beratus ribu manusia lain) diperlakukan seolah-olah kami ni penjenayah. Kami hanya mahukan Malaysia yang lebih baik. Kami bertindak mengikut lunas-lunas Perlembagaan. Layakkah kami diperlakukan sebegini?
Sudah tumpas selepas empat kali makan asap. |
Di hadapan Puduraya tu, badan aku memang dah habis tenaga. Rasanya banyak air dalam badan aku yang berjaya ditarik keluar secara paksa oleh gas pemedih mata tadi. Aku mencari perlindungan di sebuah warung kopi Cina yang masih dibuka. Aku rasa memang tauke warung ni sengaja buka. Di atas meja, mereka sediakan sekampit garam yang baru dibeli. Kalau ada sesiapa datang ke warung mereka, mereka akan tawarkan untuk guna air paip mereka buat mencuci mata.
Saat aku dan adik aku tumpang berlindung di warung itu, hujan turun dengan lebatnya. Ku panjatkan kesyukuran pada Tuhan kerana memberikan sedikit 'bantuan' dari langit. Gas pemedih mata itu pada hari hujan bisanya tidak lagi sekuat hari cerah. Aku sudah terdampar di tepi warung, terkena tembakan gas pedih buat kali yang keempat, dan tembakan itu benar-benar membunuh moral dan semangat juangku. Badan dan semangat sudah hampir tiada. Mengalir bersama deruan hujan dan air mata kesedihan.
Waktu ini, aku dapat saksikan ramai orang yang ditangkap oleh polis. Ternampak beberapa babak keganasan polis terhadap para pendemo. Kalau Najib Razak kata tindakan polis itu adalah 'minima', aku katakan "kepala hotak dia". Aku nampak beberapa babak di mana segelintir polis menyerang untuk mencederakan orang awam. Bila orang sudah bergari dan meniarap, apa perlu lagi mereka ini dibelasah?
Tidak berapa lama (eh, rasanya agak lama juga kot) lepas tu, selepas serangan pihak polis mula reda, kami berkumpul semula di hadapan Puduraya dan berpatah balik ke bulatan depan Menara Maybank. Dari situ, kami melalui jalan berbeza untuk ke Bulatan Stadium Merdeka. Aku fikir bilangan manusia yang berkumpul kali ini lebih banyak kalaupun tidak sama banyak dengan pusingan pertama tadi. Kali ini perarakan berjalan lancar tanpa gangguan polis.
Sesampainya kami di bulatan ini, sekali lagi kami disambut dengan tepuk sorak dari para pendemo yang sudah lama berkumpul di situ. Mataku mengerling ke hadapan, ada lagi dua trak merah polis. Debar di dada timbul kembali. Tapi melihat situasi sekeliling, aku yakin tiada lagi serangan yang akan dilepaskan. Ini jalan mati. Kalau kami diserang, kami tak ada tempat nak lari dan mungkin jadi macam kumpulan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diserang di KL Sentral.
Kami berkumpul di bulatan stadium buat seketika, mendengar ucapan beberapa ahli sekretariat BERSIH dan kemudiannya pulang sebaik jam tepat menunjukkan pukul 4 petang. Aku fikir polis melakukan kesilapan bila mereka terpaksa kerah sepenuh tenaga selama beberapa minggu untuk menggagalkan perhimpunan aman yang hanya selama kira-kira 2 jam. Sangat membazir sumber pada pendapat aku.
Untuk mengelakkan tulisan ni jadi terlalu panjang, ada beberapa minuite yang aku terpaksa buang dari tulisan ini. Contohnya sepanjang aku berhimpun ni, aku sering memeriksa garismasa dalam twitter aku supaya tak terlepas berita panas. Dari situ aku dapat tau yang Azmin Ali adalah antara pemimpin pembangkang yang paling awal kena tahan.
Kisah masa berlindung di warung cina pun banyak lagi perinciannya, tapi kalau nak diceritakan di sini, agak panjang juga nanti jadinya.
Tu belum lagi campur kisah adik aku yang bersama dengan aku tu nyaris-nyaris nak kena cekup dengan polis.
Lagi satu yang best, ada sorang SB kat warung cina yang tahan muka ketat bila ada sorang brother pendemo dari Hulu Selangor yang maki-maki polis turut sama menumpang di warung itu. Haha!
Sampai ke saat tulisan ini ditamatkan, hashtag #BersihStories masih lagi sarat dengan kisah pendemo yang berkongsi pengalaman mereka. Anda dijemput untuk membaca sendiri kisah benar tentang apa yang berlaku di sana. Tak ada kedengkian, tak ada hasad dengki, yang ada hanyalah manusia-manusia biasa macam aku berkongsi pengalaman mereka memeriahkan demokrasi.
Baca semula semua tuntutan BERSIH 2.0 dan kalau ada yang menemui poin yang kurang tepat, saya bersedia berdiskusi dengan anda dan mengaku kalau saya silap.
Salam BERSIH dan ikhlasnya, saya merindukan saat-saat di sana... :)