Oleh: Wartawan Kedah Taims
Kuala lumpur: Dalam perhimpunan Bersih 2.0 yang hanya dihadiri oleh kira-kira 60 orang di Kuala Lumpur kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencederakan dirinya sendiri. Akibatnya beliau terpaksa dimasukkan ke hospital.
Doktor yang memeriksanya juga menyedari rupanya Anwar hanya berpura-pura sakit. Peliknya doktor itupun pura-pura memberi rawatan menggunakan segala peralatan yang ada di hospital. Agaknya doktor kat hospital tu semua doktor palsu keluaran Universiti UMNO yang baru nak dicadangkan oleh Datuk Mukhriz Mahathir. Mukriz baru nak cadang rupanya depa dah jadi doktor.
Pagi ini leher Anwar kelihatan berbalut. Sebenarnya doktor kat hospital tu takmau balut tapi Anwar letak pistol kat kepala doktor tu "Hang tak balut tengkok aku, aku tembak hang." Dek kerana tak mahu ditembak, doktor itu pun balutlah.
Sekian laporan oleh Kedah Taims, hangpa kena percaya berita ku ni kalu tidak aku akan cop hangpa 'Lembu Ambiga.'.
(Berita ini telah dipetik oleh Bloomberg, CNN, Reuters, Aljazira serta semua agensi berita utama dunia)