expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 10, 2011

Penat juga rupanya berdemonstrasi aman


SATU TEKAD, SATU AZAM, SATU PERJUANGAN. KINI TERBUKTI
Kaka~~Ada ke 6,000 ini. Lu fikir sendiri.....

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Demikian pepatah lama yang memotivasi kita ke arah agar mengumpul kudrat demi mencapai matlamat.Manifetasi pepatah itu saya lihat secara 'live' di KL, semalam, 9 Julai. Orang ramai membelah halangan Polis demi sebuah perhimpunan aman. Namanya pun 'Walk for Democracy'. Ok, berapa jauh lu jalan kaki, balik rumah nanti lu kiralah sendiri.
Saya agak 'untung' kali ini. Dengan motosikal, saya menyelinap ke sana sini memainkan dua peranan - sebagai peserta dan sebagai pemerhati demonstrasi. Bunyi 'signal' arahan Polis sudah saya maklumi berkat mengambil pengalaman demonstrasi lalu.


Sebaik sahaja mereka akan tembak gas, saya belah, Saya tahu selepas ini mesti ada tangkapan! Pergi ke tempat parkir dan masuk kelompok lain pula.

Saya bermula di Bukit Bintang kemudian ke Puduraya. Kemudian ke Jalan Hang Tuah.... Sekejap melangkah agar tapak kasut basah. Sekejap bermotor meninggalkan udara kotor.

Golongan cina juga turut serta, siapa yg dok kata PAS sahaja yg joint..


Sebagai peserta sempat juga merasa pedih mata! Saya berjumpa lelaki China yang berjalan kaki dari hentian Central. Kami berbincang sebentar mengenai sambutan Polis terhadap orang ramai. Inikah jasa Polis kepada rakyat yang tidak bersenjata.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/381/8644ca63a380370efd3e3ab9965f7df3.jpghttp://media1-cdn.malaysiakini.com/381/a932dc8820d24fded157e1cd3b9fd34a.jpg
http://media1-cdn.malaysiakini.com/382/71667dabc189caac5a6e51857d6d198b.jpghttp://media1-cdn.malaysiakini.com/381/a59c1f0214f4e59e28a6307fb1cd5bb8.jpg

Gelihati tengok FRU membelasah geng patriot. Aktiviti itu berlangsung sebentar. Selepas tangkapan, geng patriot bubar... cepat sungguh mereka 'berjaya mencapai matlamat'.
Saya sempat bertemu dengan seorang sami Budha. Beliau hanya berkaki ayam! Polis pun serba salah hendak halau beliau yang duduk kepenatan. Saya juga terserempak dengan seorang YDP PAS Kawasan dari Johor. Beliau bawa sekali anak kecil. Mujur tidak kena gas dan mandi air kimia.

Sebagai pemerhati sempat berbual dengan pelancong. Ada seorang Turki, katanya sudah 7 hari beliau di KL, 6 hari berlalu cukup bosan. Hari ini, barulah syok. Meriah untuk rakyat. Beliau jalan tanpa berbaju untuk merasakan seronoknya bertemu muslim!

Di sekitar Jalan Imbi, bertemu mamat dari Kelantan. Wah, hari ini berkat sungguh. Puas hati dapat kena sembur air... Dari bawah (water canon) dan dari atas (hujan).
Di KLCC bertemu pemuda Mesir yang ketawa sambil menyatakan tugas Polis Malaysia sangat kecil berbanding Mesir baru-baru ini.

Sekitar jam 6 saya ke Puduraya semula, badan amat letih, dan baru sedar saya tidak makan seharian.... walhal tidak niat berpuasa... Saya menginap di Hotel bajet di situ. Ketika turun mencari makan selepas maghrib, saya terserempak dengan Setiausaha PAS Kawasan Mersing. Menurut beliau, En Safani, dari PAS Caw Belukar Juling, Endau ditahan Polis. Lama kami berbual aktiviti sepanjang hari ini.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/381/c8bb11a863f0e087bd4b9759ba89638a.jpghttp://media1-cdn.malaysiakini.com/381/3012ca43a8307971a15ea2e5b69013c4.jpg

Polis bermasalah mengenalpasti pendemo. Kelompok baju kuning tidak seperti BERSIH 1.0. Agak sukar membezakan di antara pemerhati dengan peserta demo. Itulah, siapa suruh rampas baju kuning?

Hampir jam 11, baru muncul En Safani yang dibebaskan Polis. Dia cerita pula pengalaman beliau di PULAPOL. Ada makan sedap, ada kemudahan untuk solat, bla bla.... layanan baik katanya.

Saya sempat mengingatkan beliau bahawa jika Polis mahu beri layanan baik, bukannya selepas kita ditahan, tetapi layanan baik sebenarnya ialah kita langsung tidak ditahan.... Jangan mudah percaya cakap Polis.

Saya beritahu beliau, pihak Polis sudah buat kira-kira yang kesemuanya menelan RM. Mereka sudah rancang untuk tangkap berapa ramai. Mereka tidak akan tangkap kurang atau lebih. Itu sebab makanan dan surau sementara sudah sedia!
Lewat malam baru mata terlelap..




http://bm.harakahdaily.net/images/stories/harakahdaily/daily_picture/julai2011/bersih_afp.png

Facebook Comments