Demonstran geng stesen KTM mula bergerak ke Pasar Seni sambil melaungkan Hidup Rakyat ! BERSIH BERSIH ! dan Reformasi !. Tiba di Pasar Seni, geng Pasar Seni yang menunggu di stesen LRT mula bergabung membentuk ketumbukan besar yang kemudian bergerak menyusuri lorong-lorong tikus tepi bangunan Dayabumi dan Pejabat Besar POS KL.
Gerakan yang besar ini telah membuatkan kumpulan kami terpisah di mana Syed dan Paksu bergerak agak ke hadapan. Demonstran kali terkandas di belakang bangunan Sultan Abd Samad di mana lori FRU warna merah "block' di laluan menuju Dataran Merdeka. Lebih kurang 8000 orang berkumpul di sini. Kling !Kling ! Loceng dari lori merah FRU dibunyikan menandakan amaran sudah diberi dan puluhan tembakan TEAR GAS dilepaskan ke udara menuju ke arah ribuan demonstran.Dek kerana TEAR GAS, ribuan demonstran mula melarikan diri dari berdekatan dengan kelongsong peluru tear gas ekoran gas ini amat memedihkan mata anda. Kumpulan kami sekali lagi berpecah masing-masing ketika melarikan diri dari tear gas. Kini saya bergerak solo menyusuri jalan-jalan di China Town dan kelihatan ribuan demonstran mula bergerak menuju ke Petaling Street. Sempat juga melihat beberapa pelancong asing dan barisan peguam dari Bar Council yang menunggu di Petaling Street.
Kemudian, sekumpulan anak muda Cina mula keluar dari Petaling Street dan bergabung dengan kumpulan besar demonstran menuju ke kawasan lapang dan jalan berhadapan Pudu Raya dan Menara Maybank.Saya bangga melihat kali ini kaum Cina baik dari yang muda atau tua kini sudah berani turun berdemonstrasi di jalanan.
Nah ! Momokan UTUSAN yang selalu kata Melayu dan India sahaja kaki demo hanya tinggal nostalgia.
Saya begerak menuju ke Pudu melalui Jalan Hang Jebat dan dari situ datang lagi kumpulan demonstran dari Brickfields yang kebanyakan kaum India mula bergabung membentuk ketumbukan besar menuju ke Puduraya. Di situ saya ketemu sahabat Alumni Akademi Merdeka, Sdr Afif Abdullah dan sempat bergambar kenangan dengannya. Tak sangka, perhimpunan dan demonstrasi macam ini boleh menemukan sahabat lama yang lebih kurang 2 tahan tidak ketemu.
Tiba di Puduraya ibarat "TAHRIR SQUARE MALAYSIA" , sudah puluhan ribu sudah berkumpul dan mendengar amanat pimpinan PR iaitu Dr Hatta, Dr Badrol Amin,Chegu Bard,Nasrudin dan beberapa pimpinan parti yang lain. Daripada anggaran, boleh dikatakan 50 ribu sudah menawan Pudu Raya dan Dataran Maybank kerana lautan manusia memenuhi segenap ruang kawasan tersebut. Laungan BERSIH, BERSIH PILiHANRAYA, HIDUP RAKYAT dan Hancur Kezaliman dilaungkan oleh pimpinan dan rakyat bergema di lautan manusia.
Lautan manusia yang menawan Puduraya dan Maybank telah dicemburui oleh Sang Penguasa Merah & BIRU.Lori merah datang lagi lengkap dengan pasukannya,kemudian melaksanakn tugas RUTIN mereka iaitu "tembak TEAR GAS dan Air pemedih mata " kepada demonstran. Sang penguasa BIRU dan PREMAN pula sibuk berlari mengejar demonstran yang berkumpul di tangga Maybank. Ramai juga yang ditangkap dan ditahan polis dan memaksa sebahagian demonstran bergerak ke belakang ke Pudu Raya dan Hospital Tungshin.
Saya kemudian berpatah balik mengikut satu lagi kumpulan besar menyusuri Jalan Hang Jebat yang mana ketika itu hujan mulai turun lebat. Hujan lebat tidak sesekali mematahkan pergerakan rakyat menuju ke Stadium Merdeka. Gerakan demonstran kemudian naik bukit melalui jalan di hadapan Stadium MABA (bola keranjang).
Boleh tahan juga kepenatan mendaki bukit ini yang mana ia adalah laluan menuju ke Stadium Merdeka. Kemudian Unit Amal dan pimpinan PR sprt Nik Nazmi dan Dr Hatta mengarahkan demonstran berpatah balik kerana sudah "Block" dengan kawat berduri berdekatan Stadium Merdeka. Berehat di depan Std MABA, terserempak dengan org ramai yang mahu bergambar dengan Marina Mahathir yang datang memberi sokongan pada Bersih dan beliau nampak happy dengan perhimpunan aman ini.
Jam kelihatan sudah agak lewat (4.20pm) dan saya mengambil keputusan untuk kembali ke Masjid Jamek ekoran Pasar Seni sudah dikepung Polis untuk mencari pengangkutan ke KL Sentral. Tiba di Masjid Jamek terkejut melihat POLIS sudah tawan LRT Msjd Jamek dan ia tidak dibenarkan masuk. Masjid Jamek dan Masjid India juga berkunci dan tiada azan Asar berkumandang apabila masuk waktunya.
Arahan siapakah ini? Larang orang solat dan Azam? sudah semestinya Melayu Islan lah yang membuat arahan GILA /EDAN ini ! Mungkin mereka udah banyak pahala dan kira mahu tanggung dosa rakyat tidak SOLAT!
Saya berjalan-jalan menuju ke Dataran Merdeka selepas makan nasi di Kedai mamak kat Masjid India. Di sana juga, ia ibarat DATARAN LARANGAN dan saya diarah ke Stesen Komuter Bank Negara jika mahu ke KL Sentral oleh Polis. Sempat melihat muslimat solat ditepi bangunan Sultan Abdul Samad ekorang masjid dikunci oleh PENGUASA .
Kemudian, saya tiba di Kl Sentral dan bertemu Syed, Azhar ,Paksu,Pak Tam dan Radzi yang baru lepas makan di Food Court. Masing-masing berkongsi pengalaman dan kisah suka duka menjadi demontran BERSIH 2 dan ada yang dikalangan kami yang sesat berjalan sampai di KL sampai Kg Baru. Salute sama PAKSU ! haha
Dalam perbualan kami itu telah menarik perhatian seorang anak muda Haizal yang mana PAKSU memberitahu beliau lah yang membuat aksi seni secara solo dihadapan FRU yang seolah-olah sindirin pada penguasa yang mahu disembah oleh rakyat. Foto aksi beliau telah tersebar meluas di Malaysiakini ,Al Jazeera dan lain-lain. Tahniah Haizal !. anda telah mempraktikkan apa anda belajar dalam kursus SENI persembahan dahulu.
Tiba masa dan waktunya , Tren Ekspres Senandung Mutiara kami akhirnya tiba di Kl Sentral dan bergerak menuju ke Penang pada jam 11pm.
Mehnah dan suka duka di Kota Larangan KL menjadi kenangan dan pembakar semangat untuk teruskan perjuangan...
"Hanya orang yang pernah berdemonstrasi tahu apa itu demonstrasi dan demokrasi "- Ikhwanhafiz
Jiwa Merdeka