Saya titipkan pula catatan perjalanan demo.
Kita berdemo berdasarkan aqidah...
Kami menaiki 2 buah bas. Sampai di
Jalan Duta jam 5 pagi. Cukup ramai orang di sana. Selepas solat subuh
mengambil teksi ke Brickfields. Pergi sarapan. Selepas itu berjalan
kaki lebih kurang 5 kilometer untuk masuk ke Masjid Negara. Rombongan
kami dalam 25 orang berpecah menjadi sel-sel kecil. 2-3 orang
berjalan terpisah memasuki masjid. Sempat beriktikaf, mandi dan rehat
sebentar.
9.30 pagi polis mula masuk masjid dan
mengarahkan semua yang berada di masjid keluar. Seorang tok sheikh
segera mengajak kami semua solat hajat dulu. Semua pun solat. Solat
dan doanya cukup panjang. Ketika tahiyat akhir terdengar dari
walkie talkie polis. “Arahan kepada semua anggota. Sila tangkap
semua yang ada di dalam masjid”. Solat jadi bertambah tak
khusyuk. “Habislah. Masuk lokap la aku pas ni” kataku dalam
hati. Selepas solat kami diiring keluar. Kami tidak dibawa menaiki
trak polis dan dilepaskan menuju ke Stesen KTM lama berhampiran.
Kami berkumpul semula di Stesen KTM. Mula di
kaunter ERL(tak ingat sangat). Selepas tu masuk ke platform 1
apabila orang makin ramai. Setiap kali komuter berhenti semakin
ramai berkumpul. Ini ditambah lagi oleh orang luar yang masuk ke
dalam stesen. Polis mula bertindak. Melarang kami duduk di hujung
platform. Siapa yang tiada tiket(komuter) sila keluar. Pergi ke
tengah. Saya dan Omar Abd Aziz telah pun berada di platform 3(di
seberang sana).
Nampaknya tiada peluang dapat berdemo
awal. Lagipun waktu masih awal. Dalam puku 11 pagi. Lantas kami
mengambil keputusan ke Bukit Bintang. Layan Transformers dulu. Jauh
rupanya tempat tu. Dalam perjalanan ke sana kami melalui Dayabumi.
Banyak trak-trak dan anggota di situ. Selepas tu melalui Central
Market. Tidak banyak anggota namun jelas kelihatan. Berhampiran
Pudu pula kawasan ditutup sepenuhnya. Tiada sebuah pun teksi atau
bas kelihatan. Melalui pula Hospital Tung Shin menuju Bukit
Bintang. Melilau gak cari Berjaya Times Square. Maklumlah kami
orang luar.
Hampir 12.30 berjaya membeli tiket
kat Golden Screen Cinemas. Sementara tunggu Zohor baik layan dulu.
Lagipun peluang berhimpun ketika ini agak tipis.Baru nak masuk panggung Siper
Fisabilillah telefon. Demo
nak mula dah kat Dayabumi. Terus kami turun menuju Dayabumi.
Berhampiran Hospital Tung Shin, kami berjumpa dengan sekumpulan
brader Johor. 5-6 orang.
“Jalan
berhampiran Pudu telah ditutup. Tiada peluang kita nak pergi
Dayabumi. Baik kita pergi terus ke Stadium. Jalannya pun tak jauh”.
Kami pun bergerak ke sana. Kami melalui IPK Kuala Lumpur di Jalan
Hang Tuah. Berjalan si seberang jalan pintu masuk IPK. “Kalu
kena tangkap ni tak yah masuk trak. Giring seberang jalan pun boleh
masuk dah”, kataku dalam hati
Mulanya ingin
terus ke stadium namun ternampak satu masjid (Masjid Bukhari Jalan
Hang Tuah). Jam pukul 1 petang. Jom kita solat dulu. Jom. Masuk
dalam masjid. Pergh! Ramainya orang dalam ni. Ambil wudhuk dan
beriktikaf di masjid. Tiba-tiba kelihatan beberapa orang segera
ambil beg masing-masing nak keluar. “Apahal bang?”, tanyaku
pada pada brader di sebelah. “Polis minta semua keluar. Kalu tak
masjid akan dikunci”, jawab brader tu.Ramai la keluar
nak pakai kasut. Nak keluar ke atau solat dulu. Waktu nak masuk
nih? Aku bertanya dalam hati. Aku juga tanya pendapat Omar. Camna
ni? Akhirnya kami membuat kesimpulan. Solat dulu sebelum pi
perang(demo je). Depa nak kunci dalam masjid lantak pi la. Kami
menyeru kepada yang lain solat dulu. Kena kurung pun kurunglah.
Ramailah yang masuk balik untuk solat dulu.
Iman solat Zohor
ni muda belia. Dalam 30 an(kurang 35 kot). Sedap suara dan doanya.
Habis doa aku bertempik. Takbir! Allahuakhbar. Bergema dalam masjid
nih. Masjid ni taklah besar sangat. Dalam 500 jemaah je. Habis
solat kami berkumpul di luar.
Di luar masjid
semuanya asyik pandang memandang. Sapa nak lead ni? Unit amal mana?
Anta dari mana? Johor. Anta? Negeri Sembilan. Takde sesiapa orang
KL/ pimpinan yang akan lead? “Ana ada kawan dari Amal KL. Ana
call dia”, kata sorang brader tu. Tak lama kemudian mai 2 orang
bermotor(dari Unit Amal kot). Dekat siku(kanan/kiri tak ingat)
diikat reben merah. Kita akan berarak dari Jalan Hang Tuah ni
menuju ke Jalan Pudu. Untuk menyertai geng-geng lain. Pas tu depa
pun belah. Kami pun mula bergerak. Agak selerak pergerakan dan
sunyi. Takde cheer leader dan Unit Amal yang membantu.
Rasanya kami ni
group yang terpinggir. Tiada pimpinan dan Unit Amal yang membantu
kami. Kami kemudian mendapat maklumat yang ramai pimpinan di KL
Sentral telah pun ditmabak gas. Kumpulan di Dayabumi, Masjid Jamek,
Masjid Negara dan Kampung Baru juga telah ditembak. Ust Mujahid
AJK Pas Pusat merangkap AP Parit Buntar dtang dan memimpin bila
kami melepasi IPK KL. Dari jauh kelihatan FRU and the gang menunggu
kami. Logiknya kami akan tersekat dan akan ditembak.
Apabila
menghampiri Jalan Pudu(berhampiran Hospital Tung Shin) kami
berhenti. Setelah berbincang dengan dengan beberapa orang Unit
Amal, diputuskan untuk mengelak bertembung dengan FRU. Kami masuk
lorong kiri di bangunan berhampiran dan berarak ke Stadium Merdeka
untuk bertemu dengan kumpulan yang lain. Tak pernah lagi demo
camni. Berjalan melalui lorong kecil(hanya 2 lorong) di celah-celah
bangunan, melalui taman-taman. Anjing pun bertakbir(menyalak) kot
bersama-sama kami. Kiri kanan lorong kami lalui. Kumpulan kami
semakin besar. Orang ramai yang lalu lalang dan mereka yang
terpisah dari kumpulan lain setelah ditembak juga menyertai kami.
Tak pasti jalan
mana kami lalui. Jauh memang jauh. Dari pukul 2 petang kami
berarak. Sejak 3 petang lagi kakiku mula sakit. 4 petang ketika
sampai di satu hotel (tak ingat nama) aku pun surrender. Omar hang
pi la. Aku tak larat dah. Omar pun meninggalkan aku dan mengikut
kumpulan tadi.
Aku bertanya
kepada seorang pegawai hotel pink tadi. Ada teksi tak. Takde teksi
bang. Abang naik monorel(Stesen Nenas) ni, turun di Stesen
Titiwangsa. Dengan harga RM1.60 aku menaikinya dan turun ke
Titiwangsa. Sambar satu teksi ke Jalan Duta. Dekat je. Meter teksi
tunjuk 5.40. Takpelah bang. Saya bayar RM10. Yang lain tu kira
halal.
4.15 Sampai
Jalan Duta. Habis makan(makan tengah hari woi!)
Al Tunggali telefon. Hang kat mana? Camna nak balik ke Jalan Duta? Aku pun
terangkanlah. Pi Titiwangsa. Ambik teksi mai sini. 5.00 petang dia
pun sampai. Makan. Kul 6 kami pun bertolak balik. Sampai rumah kul
10. Hantar Al Tunggali balik rumah sat. Pas tu balik rumah.
Demikianlah catatan ringkas saya.
Kesimpulannya
Allah telah
menetapkan rezeki masing-masing. Berapa ramai yang tidak dapat
menyertai demo. Ada yang kalah(tersangkut) sebelum berjuang. Hanya
seorang sahaja yang syahid(setakat ini), puluhan yang dipukul, masuk
pulapol, ribuan ditangkap dan merasa air asid. Rezeki masing-masing.
Semuanya kehendakNya
Catatan
- semua nama adalah nickname. Bukan nama sebenar. Kecuali Abg G.
- yang saya terkilan1 – tidak mempunyai keberanian menegur sorang polis wanita yg masuk ke Masjid Negara tanpa menutup aurat. Tiada tudung dan baju t lengan pendek. SB atau PVR(polis sukarela)2 – tak rasa gas, dipukul dan lain-lain oleh (ke)pala merah.3 – tak menjadi salah seorang yang ditahan cam Samat Mamat4 – tak bawak handy cam dan digi cam. Tiada kenangan visual dan audio yang dapat disimpan