
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon  dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.
Baharudin  Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC  terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan  keselamatan.
Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.
Jenazah beliau kini masih berada di HKL.
Menurut  rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas  pemedih mata di di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di  situ sebagai seorang doktor.
[Harakahdaily]