Malah dakwanya, pihak berkuasa juga hampir tidak ada langsung hubungan fizikal dengan semua penunjuk perasaan.

"Ketenteraman awam amat penting di Malaysia kerana jika kita benarkan demonstrasi jalanan, ia tidak akan berkesudahan, akan terdapat kumpulan lain yang mahu terus berdemo,” kata Najib selepas berjumpa dengan Perdana Menteri Britain David Cameron semasa lawatan empat harinya ke negara itu.
Jika perhimpunan tidak dikawal, “anda akan menghadapi situasi di mana lebih banyak demonstrasi jalanan akan berlaku,” katanya.

Namun, Najib mengakui paling “maksimun 15,000" orang yang hadir pada rali 9 Julai itu, berbanding perangkaan polis sebelum ini yang mendakwa hanya 5,000 hingga 6,000 orang yang hadir.
BERSIH 2.0, bagaimanapun mendakwa 50,000 yang menghadirinya.