expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 11, 2011

Kaizen Bersih 2.0

Oleh : AdukaTaruna

Gua di sini menyeneraikan beberapa kaizen yang mungkin boleh dipertimbangkan bagi pihak penganjur, dan bagi pihak peserta.


Pihak penganjur.

[1]

Tukar gantikan Pengerusi BERSIH setiap siri. Ianya akan membuatkan pihak musuh2 demokrasi terpaksa berbelanja untuk menukar senjata. Sebarang penukaran senjata bakal mencipta lompong2 lucu. Dan ditegaskan cadangan kami, BERSIH perlu dibuat setiap tahun bagi menghambat SPR bersama tarikh PRU.

BERSIH 1.0 diarahkan PR.
BERSIH 2.0 diarahkan NGO di mana Ambiga sebagai pengerusi.
BERSIH 3.0 dicadangkan diarahkan mahasiswa, tetapi pengerusinya Marina Mahathir.

Jika Marina Mahathir menggantikan Ambiga, gua nak baca Awang Selamat tuduh Anwar kudakan Marina Mahathir. Atau Marina Mahathir kudakan PAS.

[2]

Tidak merasmikan port berkumpul secara khusus. Cuma minta peserta berjalan2 di atas jalan raya sekitar pusat kepada Kuala Lumpur. Mereka akan bergabung secara sendiri dan automatik nanti. PDRM tidak ada lokasi target untuk membuat sekatan. Untuk merencanakan halangan pengangkutan awam.

[3]

Disebalik penjualan baju rasmi, penganjur perlu tegaskan pemakaian pengikat kepala BERSIH. Baju sukar dibawa masuk. Tetapi pengikat kepala mudah.

BERSIH 2.0 menyaksikan kekurangan seri apabila tiada keseragaman dari pakaian. Boleh diatasi seandainya semua memakai pengikat kepala yang sama, walau warna kulit berbeza, warna pakaian berbeza dan stail rambut yang berbeza.

[4]

Pemimpin PR dan BERSIH tidak boleh hadir secara berkumpulan. Ini kerja bangang. PDRM boleh menahan pemimpin PR dengan 'sekali jala' di KL Central. Mujur Mat Sabu cerdik. Hadir berasingan.

[5]

Pemimpin perlu memakai pelindung siku dan lutut dalam pakaian mereka. Ini kerana PDRM menggunakan kaedah jatuh dan ikat. Mat Sabu yang menunggang motor dilanggar pajero polis dari belakang. Jatuh dan ikat.

Kecuali Khairy yang mengalami SOP yang aneh; ramai pemimpin PR dan BERSIH mengalami SOP yang sama. Terkam, jatuhkan dan ikat guna cable.

So, apabila dijatuhkan, pasti otak kita mengarahkan lutut / tangan atau siku untuk menampung kejatuhan. Di sinilah kecederaan berlaku. Kalau nak lagi safety, guna kavler macam Datuk T.


Pihak peserta.

[1]

Jangan berkumpul di stesen pengangkutan awam sehingga membentuk kelompok. Berjalan2 dan bersiar2 di laluan pejalan kaki jalan raya sementara menanti gelombang terbentuk.

[2]

Jika sukar membawa baju BERSIH, pastikan membawa pengikat kepala BERSIH walau apa cara. Terlalu banyak dan mudah untuk di bawa tanpa dijumpai PDRM. Keseragaman adalah psikologi yang sangat baik.

[3]

Pastikan berwuduk menjelang waktu solat. Dan jangan bersolat di masjid jika boleh. Tinggalkan masjid tempat selamat untuk wanita. Lelaki jangan provok PDRM bagi mengambil tindakan terhadap masjid. Lihat Sinar Harian. Bagaimana peserta BERSIH bersolat di celah2 pokok bunga, ruang pejalan kaki. Ambil wuduk guna air mineral.

[4]

Sepanjang gua menghadiri demo di Malaysia, rakyat Malaysia tertinggal satu unit psikologi selain keseragaman pakaian. Yakni bunyi. Gua harap, peserta demo akan datang boleh menyeludup masuk alat2 bunyi seperti perlawanan bola sepak.

Alatan bunyi sebegitu ramai boleh didengari sejauh 5km. Ianya memudahkan peserta lain mengesan lokasi yang sedang berkumpul. Meriah dan membakar semangat.

[5]

Garam sudah menjadi sebab2 ditahan. Gantikan garam dengan paket kecil ENO. Dan sorokkannya dengan baik. Sebab, kalau dah ditulis, pasti ENO pula menjadi bahan haram.

[6]

Jika himpunan di sekat FRU, barisan hadapan harus merapati FRU sehampir mungkin. Jangan melebihi jarak 30 meter. Ianya adalah jarak lontaran manusia bagi objek seberat bom asap. Lontarkan kembali bom asap itu kepada FRU. Jika berhampiran sungai, lontarkan ke dalam sungai.

[7]

Unit Amal harus ada unit medic berbasikal. Bagi memberi bantuan kecemasan pertama. Tetapkan satu standard bahasa tangan yang menunjukkan tahap kesakitan. Contoh angkat dan geleng2kan tangan seperti pemain bola liga dunia buat ketika mengalami kesakitan yang amat sangat. (Time sakit mana boleh jerit minta tolong).

Jika bahasa ini dipelajari dan difahami oleh peserta, maka, asbabnya bantuan dan perhatian boleh diberikan secepat mungkin.

[8]

Daftarkan nama rakan yang ditahan ke JUHAM. Barisan peguam PAS. Maklumat rujuk sini :

http://www.facebook.com/pages/Jabatan-Undang-Undang-Hak-Asasi-Manusia/146990755327193?sk=info

Jangan takut / melawan ketika ditahan. Polis zaman Najib bagi kita makan. Jadi, marilah bersama-sama ditahan dan ditangkap. Ada kita kisah?

[9]

Ada nampak Nik Abduh?

Dari saya
- pemimpin PR tak kira kurus atau gemuk mestilah berjogging/berlari/berjalan seminggu sebelum program. Bagi badan betul-betul fit. Tak nak jadi cam saya dan Ust Mujahid. Pancit tengah jalan.
- manfaatkan motorsikal ahli-ahli Pas(Adil biaq pi). Gunakan untuk mengangkut pemimpin PR masuk war zone. yang lain pi ronda-ronda ricky line clear untuk demo.
- pastikan ambil tiket pulang(bas) habis lewat. Paling baik kalu tak payah ambil. Ambil on the spot bila nak balik. Kita tak tahu bila demo akan habih atau bila kita akan dibebaskan. Jika ditangkap

Facebook Comments