expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0 telah pun berlalu. Segala kenangan akan dicoretkan di sini (http://bersihtiga.blogspot.com/). Catatan demo, gambar, video dan segala berkaitan akan disimpan di sini. Mengikut kemampuan saya. Semuanya akan menjadi sejarah yang kekal hingga kiamat. Insya Allah

Thursday, April 26, 2012

Ubah. Selamatkan Malaysia

<object style="height: 390px; width: 440px"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/SG4kSalvAB0?version=3&feature=player_detailpage"><param name="allowFullScreen" value="true"><param name="allowScriptAccess" value="always"><embed src="http://www.youtube.com/v/SG4kSalvAB0?version=3&feature=player_detailpage" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="440" height="360"></object>

Monday, April 16, 2012

Lagu tema Bersih 3.0

Saya memilih lagu Panik oleh Bunkface sebagai lagu tema Bersih 3.0. Video ini pula diambil dari Youtube Mambangtanah. Layan...

Sunday, April 8, 2012

Di Ambang Bersih 3.0 - Wang dan lembu lagi penting dari anak cucu..


A Samad Said sewaktu perlancaran BERSIH 3.0 di Alor Setar

Di Ambang Bersih 3.0 - Daripada 1250 Responden, 932 Setuju BERSIH 3.0 Wajar Diadakan

Undian di Sinar Harian. Undi di sini.

P/s: Ayuh!

Di Ambang Bersih 3.0 - Mengapa BERSIH 3.0 Perlu Diadakan?

Hanya 1 daripada 8 Tuntutan Ditunaikan - Mat Sabu

[TMI] KUALA LUMPUR, 5 April — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan himpunan Bersih 3.0 perlu diadakan memandangkan hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC).

Pada sidang media yang diadakan di pejabat agung PAS, Mohamad berkata tujuh tuntutan lain langsung tidak dimasukkan dalam laporan 22 cadangan yang diusulkan PSC.

“Ini kerana daripada lapan tuntutan hanya satu ditunaikan, iaitu celup jari.
“Yang lain langsung tidak dipedulikan bahkan daftar pemilih paling kotor,” katanya menambah parti Islam itu menyokong penganjuran himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka di sini.

Selain dakwat kekal, tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Selain memberikann perbandingan jelas antara Malaysia dengan Myanmar, Mohamed berkata negara kita ketinggalan jauh dalam usaha menambah baik sistem pilihan raya berbanding dengan negara itu yang telah mengamalkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

Himpunan Bersih 3.0 yang dijadual akan berlangsung 28 April ini di Dataran Merdeka.

Menurut Mohamad atau lebih mesra dengan penggilan “Mat Sabu” himpunan kali ketiga itu akan menjadi medan untuk memberikan tekanan kepada kerajaan berhubung tuntut lapan perkara Bersih yang belum dipenuhi kerajaan.

Perhimpunan dengan tema “Duduk dan Bantah” ini adalah anjuran bersama 84 NGO lain yang akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Perhimpunan ini juga adalah lanjutan daripada himpunan Bersih 2.0 yang berjaya dilancarkan pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya.