expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 19, 2011

EXCO SELANGOR DR HALIMAH ditangkap - TAMRIN QIYADI BERSIH..........

KL SENTRAL lakar sejarah negara hari ini
Ketika dibebaskan..

Hari bersejarah untuk Malaysia yang mahu BERSIHkan sistem pilihanraya dalam negara supaya mampu setaraf dengan dunia maju selaras dengan idaman mantan PM Tun Dr Mahathir yakni wawasan 2020.

Menurut neraca dunia kriteria penting untuk mempersadakan sesebuah negara ke peta dunia ialah daya saingnya dalam bidang ekonomi dan sudah tentu juga daripada bidang pendidikan dan sosiopolitiknya.

Rakyat Malaysia yang berjiwa global dan panjang akal serta sedar tentang hak kemanusiaan diri dan keluarganya, mampu merancang bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk masa depan keluarganya.

Justeru, kebangkitan rakyat di seluruh pelusuk negara bahkan daripada Sabah dan Sarawak untuk menuntut pihak berwajib mempastikan sistem pemilihan pemimpin yang menerajui negeri dan negara adalah telus, betul dan bersih mengikut piawaian antarabangsa sepatutnya diraikan oleh semua pihak yang celik dan berintegriti .

Bukan sistem kolot dan kotor. Itulah yang disebutkan sebagai amanah yang diberikan (mandat) oleh rakyat. SPR suatu suruhanjaya, badan yang kakitangannya dibayar gaji oleh rakyat sepatutnya diberi kebebasan untuk menjalankan tanggunjawabnya secara professional.Bukan untuk ditekan oleh mana-mana pihak. Bukan, budak suruhan UMNO/BN.
 
 Mana-mana parti politik yang sudah jelas tidak diterima oleh rakyat sepatutnya membiarkan SPR berdikari dan menjalan tugas rasminya.Jangan bongkak dan sombong dan terdesak mengambil undang-undang rimba untuk menghukum rakyat yang berjiwa besar, berakal tajam dan bersemangat waja.

9.7.11 akan menjadi hari BERSEJARAH yang memberi impak besar untuk membangkitkan kesedaran rakyat tentang apa yang terjadi dalam negara. Mungkin ada rakyat jauh di desa, di hutan belantara atau di Felda yang boleh sentiasa ditipu. Mereka hidup-hidup ditipu oleh pihak UMNO/BN.  TV dan media alat propaganda sentiasa menonjolkan betapa  manis bak madu  UMNO/BN dan segala yang dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat dipakejkan sebagai menggerunkan  dan pahit serta bahaya.

    Allah telah berjanji bahawa hak akan terserlah akhirnya dan kebatilan akan lenyap. UMNO/BN tidak akan mampu mempertahankan segala perancangan kejahatan mereka selama-lamanya. Walau dengan wang ringgit, projek, kemewahan, percutian, tanah dll sekalipun yang disogokkan kepada rakyat serta orang upahan tukang karut mereka.( Baca Utusan Malaysia).


    Pengalaman pertama saya di KL SENTRAL bersama dengan 13 Muslimat dari pelbagai tempat dan 8 Muslimin termasuk seorang pelajar Sudan yang terpingga tak tahu kenapa ia diberkas, semata-mata hanya kerana berada di KL Sentral tiba-tiba di tangkap dan dibawa oleh trak polis ke BALAI POLIS JINJANG.

Selama 2 jam kami berpanas dalam trak di balai polis itu dan tidak dibenarkan turun, buang air dan juga solat. Pelajar Sudan ini resah gelisah tak tahu apa cerita.Dia telefon abangnya yang tak tahu di mana letaknya Jinjang di Selangor.

Alhamdulillah, kesempatan Allah beri dalam trak tersebut saya manfaatkan untuk baca Ma'thurat dan surah Yasin.Ustazah Shifa' minta saya beri tazkirah pula.
 Melihat lebih daripada separuh adalah anak-anak muda dalam lingkungan 20an saya pun mula tazkirah.Saya hanya kupas surah Al Fatihah dan sedikit Asmaul Husna sesuai dengan keadaan kami dalam trak polis di BALAI POLIS Jinjang.

Alhamdulillah, kumpulan kami tenang.Asalnya, kecoh sedikit sebab seorang muda yang telah ditangkap digari dan ditiarapkan untuk masuk dalam trak.Beliau terluka sedikit.Bila sampai di balai polis jinjang Alhamdulillah, polis-polis yang menjaga kami itu berlembut dan bersetuju membuka garinya.Beliau berpeluh-peluh menahan kesakitan.

Saya beri tazkirah dalam Bahasa Malaysia, sesekali saya sampuk dalam Inggeris kerana pelajar Sudan si Nabil pun perlu ditenteramkan. Saya mengingatkan semua termasuk diri saya sendiri bahawa yang berkuasa hanyalah Allah, bukan POLIS atau kerajaan.Perkataan saya gunakan tadi ialah 'ini adalah tuisyen bagi kita untuk menghadapi padang mahsyar kelak' supaya berjaya S.P.M.=SIJIL PADANG MAHSYAR!!


   Saya juga sempat berseloroh dengan mereka, anggaplah pengalaman itu sebagai 'tamrin' untuk memperkuatkan iman dan kebergantungan kita kepada Allah. Selepas 2jam kami berpanasan dan minta untuk solat kerana jam telah 5petang, akhirnya kami dibawa ke PULAPOL,Jln Semarak bersama 4 trak lain.

'Statement' ringkas diambil.Kemudian saya desak lagi mahu solat. Selepas solat hajat, kami pergi ke khemah untuk minta air. Semasa saya baru nak hampir sampai ke khemah, 'ketua' polis yang menahan kami tadi menghampiri saya, 'Mana kumpulan yang dari KL Sentral tadi?'Saya jawab jujur,'Kami baru berjumpa dalam trak tadi saya pun tak berapa kenal, kenapa?'

Dia jawab,"yang dah diberi IC tadi boleh balik, kami akan hantar ke KL Sentral' Sebenarnya, saudara mara kami ramai tadi sudah pun menunggu di luar Balai Jinjang
dan apabila kami di hangtar pula ke PULAPOL mereka sudah mengekori kami dan menunggu di luar pagar.
Ramai rakan dan taulan serta ahli PAS dan PAKATAN RAKYAT telah mendoakan kami.Bagi pihak kawan kumpulan kami yang tak seorang pun pakai baju BERSIH, saya mengucap jazakumullahu khairan kathiir.Moga Allah membalas jasa saudara dan saudari.
 
 
Selamat memBERSIHKAN jiwa raga, Salam perjuangan....kembali kepada kebenaran hakiki.
YB DR HALIMAH ALI

Facebook Comments