Pengalaman Bersih 2.0. Mengajar Erti Perjuangan Sebenar.......
Walaupun entry ini disiapkan lewat pada asalnya disebabkan oleh kerja yang bertimbun dan masa yang agak terhad, tapi rasanya masih tak terlewat untuk di kongsi pengalaman menarik ini.
Perhimpunan Bersih 2.0 adalah satu perhimpunan haram kata sepupu PM. Memanglah haram sebab Bersih tidak pernah berdaftar dengan mana persatuan pun. Kelakar juga menteri-menteri bangang nie. Mufti hanya berdiam diri, bab arak dan judi tak pulak mengatakan haram. Lantak lah, janji Ana dah bertekad akan turun bersama sahabat untuk sama-sama memperjuangkan 8 tuntutan tersebut. Seminggu sebelum Ana berangkat ke sana, macam-macam ugutan dari pihak kerajaan antaranya menahan individu yang terlibat di bawah akta darurat, saper kerja gomen akan dibuang kerja dan berbagai-bagai ugutan di media arus perdana. Ana tekad akan turun juga
Tanggal pada 8hb .07.2011 jam 9.30 malam kenapa hati ini berdebar-debar untuk bersiap-siap. Ana siapkan diri Ana. 9.45 mlm bertolak dengan menaiki Kereta Wira Ana. Dalam perjalanan sempat menelefon Ibu Ana yang Ana sayangi dan Aina dikasihi. Ana memohon restu dari Ibunda Ana, doakan Ana selamat pergi dan balik. Jika Ana tidak pulang jagalah Aina (Isteri Ana) sebaik mungkin. Itulah pesanan terakhir .
Tiket pergi dan balik, Highlight hijau adalah tiket balik. |
Bertolak dari Parit Buntar Jam 12.30 mlm (09.07.2011) dapat berita kena langgar banyak road block sebab tue la lambat. Di atas bas sebelum perjalanan sempat juga Abg G member sedikit taklimat ringkas dan membaca Doa, moga perjuangan ini diberkati Allah SWT. Sampai di Hentian Jalan Duta lebih kurang jam 5.30 pagi 09hb 07.2011 (tarikh keramat). Sahabat Ana Joe Pg silap beli tiket, naik bas lain. Ana pun tak tau camna dia boleh silap beli tiket. Pecah perut Ana nak tergelak. Tranasional dan Mara Linear sikit punya beza ka. Lain la kalau Royalti dan Ehsan, Nampak lebih kurang tapi maksud memang berbeza. Siap ambik tiket balik jam 5.30 ptg 9hb 07.2011. Camna boleh silap pun Ana tak tau. Sampai Ana buat entry nie pun dok gelak lagi sorang-sorang. Joe Pg oh Joe Pg. {Kutuk aku ye. Cis!- Joe}
Kami terus solat subuh berjemaah di Masjid Jalan Duta(Wilayah). Selesai solat Ana perasan betapa ramai orang dari segenap negeri datang dengan tujuan dan matlamat yang sama. Ada dalam lingkungan 200 orang berkumpul di Masjid Wilayah. Dari Masjid Wilayah kami terus ke Brickfield dengan menaiki teksi dengan bayaran RM 20/4 orang/kereta. Paham-paham sendiri la sorang kena caj baper, Ini KL
Setibanya di Brickfield kami menjamah apa yang patut disitu, Ana sempat balun nasi lemak mamak, pedas cam nak perli kami jer mamak, Sahabat Ana perasan yang ada sorang mamak tue muka cam Siva speaker Dun Perak. Betul la Ana cakap. Kalau korang tak percaya try ler pergi makan kat sana. Makan line clear ada orang sponsor. Makan di KL jangan buat main, silap-silap kena basuh pinggan kat belakang. Terima kasih diucapkan kepada yang sponser kami makan pada pagi tue. Nie bukan rasuah macam BN, nie kira kenduri.
Inilah Pejuang-pejuang Islam yang rela Shahid,Anda ada berani. |
Habis menketedarah pada pagi itu kami berjalan kaki terus ke Masjid Negara dan tiba sekitar jam 7.30 pagi. Waktu tepat tak ingat, agak-agak ja la. Kami berjalan hampir 6 km dari kedai mamak. Ketika dalam perjalanan sungguh ramai abg polis di serata jalan. Ada kenderaan yang terserempak dengan kumpulan kami ketika berjalan, ada yang melaungkan takbir. Fuh sungguh semangat hati ini. Tapi apa nak buat polis lebih ramai dari kami.
Setibanya kami di Masjid Negara kami sempat bersihkan diri, mandi, niat beriktikaf, solat dhuha, mengaji dan ada juga yang sempat melelapkan mata buat seketika. Bermulalah episod hidup dalam pelarian dalam pekan KL di sini. Dalam keadaan tenang dan nyaman, ketika mana Ana sedang membaca Surah Yassin, tiba-tiba kami dikejutkan dengan serbuan pihak polis di dalam Masjid Negara, Ana yang ketika itu sedang membaca Surah Yassin, Ana gagahkan jua untuk menghabisnya. Abg G dan Abby yang terlena tidak berapa jauh dari Ana terkejut serta terjaga dari tidur. Dalam keadaan yang kelam-kelibut, terdengar lah saranan dari sorang pejuang yang mengatakan “kita solat hajat ramai-ramai”. Itulah kelebihan jemaah PAS, sempat lagi berfikir. Kami semua terus bingkas bangun untuk solat Hajat walaupun Ana tidak sempat habis membaca Surah Yassin. Ketika kami sedang solat Hajat, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa cemas nya hati ini, solat hajat di kelilingi puluhan polis. Memang kami semua sembahyang tidak dalam keadaan khusyuk di sebabkan terdengar dari Walkie Talkie polis dengan jelas “Sesiapa yang berada di dalam Masjid Negara, tangkap mereka”. Dalam hati ini berbisik sayu, Ya Allah, selamatkanlah kami ini, permudahkanlah urusan kami hari ini, jika mati, biarlah mati dalam memperjuangkan agama mu, kalau ditangkap, biarlah ditangkap dalam redha mu, Ya Allah. Terfikir juga dalam fikiran ini, ini baru sikit dugaan, umat Islam di PALESTIN lebih berat dugaan dari ini. Datang lah sedikit semangat selepas terfikir sejenak. Paling best part ini imam yang megimamkan kami membaca doa hampir ½ jam. Polis Juga turut amin doa yang dibacakan imam tersebut, Ana kurang kenal imam tersebut. Sahabat Ana cakap iman tersebut datang dari pimpinan PAS Negeri Perak yang datang bersama anak muridnya. Hati Ana terus berdegup kencang, mana taknya, hampir ditangkap sebelum berjuang. Tak dapat dibayangkan solat hajat berjemaah dalam keadaan dikepung oleh Polis, SB dan FRU. Hanya tuhan yang tahu perasaan ini. Selesai solat kami di arahkan besurai. Alhamdulillah, mungkin ketua polis yang berada di situ berubah fikiran selapas mendengar doa yang di baca imam tadi walaupun arahan menahan kami dikeluarkan. Amin, syukur diri ini dan rakan-rakan masih boleh pergi berjuang. Kami meninggalkan masjid negara dalam linkungan jam 9.00 pagi 09.07.2011.
Nantikan sambungan seterusnya. Panjang la beb. Nak edit gambar dan ayatnya pun ambil masa. Pergh!
Penulis yang membahasakan Ana di dalam artikel di atas adalah Omar Abdul Aziz (Nama Di Facebook)