Yang dah lama ditunggu-tunggu dah pun tiba, tarikh himpunan
BERS✔H 3.0 dah pun diumumkan. Tarikh 28 April 2012 pasti akan jadi sejarah yang lebih hebat berbanding himpunan BERSIH 2.0.
Sebelum kita masuk pilihanraya yang hampir pasti akan penuh dengan macam-macam penipuan, jom kita turun ke jalanraya dulu.
Bagi yang dah lama mengidam ketagih semburan air kimia dan gas
pemedih mata penyesak dada, yang mungkin 'terkilan' pasai takdak masa demo-demo sebelum macam demo himpunan hijau dan demo-demo bersaiz kecil yang lain, himpunan BERSIH 3.0 ni aku yakin kompom ada punya.
Bagi yang tertanya-tanya macamana rasa badan kena air kimia dan tersedut gas
pemedih mata penyesak dada, inilah peluang terbaik untuk rasa kali pertama.
Jadinya, bagi yang dijadualkan bekerja pada tarikh tu boleh la cepat-cepat isi borang cuti. Bagi yang kerja sendiri boleh mula adjust supaya boleh cuti pada tarikh tu.
Kalau orang macam Sasterawan Negara Pak Samad Said yang dah berumur 77 tahun pun masih bersemangat untuk turun ke jalan raya, takkan kita tak sanggup.
Harakahdaily melaporkan:
Mungkin ada yang tak berapa nak percaya, boleh dapat ka angka 500,000 tu. Senang ceritanya, kalau kita sendiri pun tak turun mungkin angka tu mustahil tapi kalau kita buat kerja ke arah tu, angka tu tak la besar mana.