Dia kata semua tuntutan Bersih 2.0 tu dah dimasukkan dalam 22 syor PSC kecuali tempoh kempen minimum 21 hari.
Kalau pun betul macam yang K'B'J kata maknanya himpunan BERIH 3.0 masih relevan pasai masih ada tuntutan Bersih 2.0 yang tak dilaksanakan. Bukan Himpunan BERSIH 3.0 yang tak relevan tapi komen K'B'J tu yang tak relevan.
Realitinya, himpunan Bersih 3.0 sangat-sangat relevan pasai Bersih 2.0 tuntut 8 perkara tu DITUNAIKAN bukannya sekadar jadi syor PSC atau mana-mana pihak berkaitan.
Kot-kot ada yang terlupa boleh tengok balik senarai 8 tuntutan Bersih 2.0 tu macam imej kat atas tu.
Dari 8 tuntutan tu nampaknya cuma 2 yang mungkin mampu dan akan ditunaikan, penggunaan dakwat kekal dan juga mereformasikan undi pos.
Bab mereformasikan undi pos tu pun walaupun memang ada reformasi dengan diadakan pengundian awal tapi masih banyak pasai undi pos tu yang kita tak puas hati dan perlukan reformasi.
Perkara yang paling kritikal dalam 8 tuntutan tu iaitu bersihkan Daftar Pemilih, walaupun SPR kata depa dah buat tapi realitinya lagi banyak pendedahan yang menunjukkan daftar pemilih tu memang terbukti kotor dan penuh dengan manipulasi.
Apa guna dakwat kekal kalau daftar pemilih contohnya ada berlambak-lambak pengundi yang sebenarnya tak sah didaftarkan tapi disahkan dengan pemberian MyKad secara salah oleh 'task force' pengundi warga asing semata-mata untuk tujuan tambah unti dalam pilihanraya.
Majlis peguam punya komen:
22 syor yang dikemuka PSC itu sudahpun mengikut halatuju yang betul namun jawatankuasa berkenaan gagal membuat saranan yang komprehensif dan terperinci untuk membuat penambahbaikan berkesan - Mkini.Komen Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS pulak:
ia juga selari dengan kandungan laporan minoriti yang ditolak oleh Dewan Rakyat semalam untuk dilampirkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC). - Hrkh.Memang, aku sendiri pun rasa Himpunan Bersih 3.0 takkan dapat bersihkan Daftar Pemilih sebelum PRU13 tapi aku yakin Himpunan Bersih 3.0 ada kuasa magik yang boleh mengatasi semua kerja celaka 'si anjing Umno' dalam bentuk undi masa PRU13 nanti.
Mkini melaporkan:
[Sumber: Mkini] |
Jadinya:
Jangan lupa temujanji kita pada 28 April 2012 nanti!!!